Dato Seri Najib Tertinggal Satu Perkara Dalam Bajet Petang Tadi...


Assalamualaikum, PM Dato Seri Najib berbaju hijau begitu segak membacakan belanjawan untuk tahun 2013..Banyak janji yang diberikan, moga2 janji itu jangan hanya retorik dan gula-gula menjelang pilihanraya. Dengar cerita gula naik 20 sen..moga-moga Malaysia bertambah sejahtera dan di berkati Allah.

Tadi masa dengar belanjawan aku minum kt kedai Mamak dengan kawan tauke kedai makan, bila sebut pasal yang bonus untuk orang2 gomen dia tepuk tangan. Aku tanya pehal lak ko nie..patutnya org gomenlah yang patut gembira..

Dia kata kat aku, lepas nie boleh laa aku naik harga makanan dengan nada bergurau..haha dia cakap pi mai pi mai tang tu jugak..itu di punya pandanganlah..

PM cerita pasal potongan PTPTN, pasal bantuan  yang banyak tapi aku rasa PM tertinggal satu benda iaitu minta Tolong mansuhkan wang hantaran x pun bantulah sikit orang bujang nak kawen nie.hahaha aku tengok pakcik dan makcik zaman sekarang letak harga hantaran mengikut peredaran masa, orang bujang macam aku nie bukan x nak kahwin tapi x dek duit bro.haha nak kena ada paling kurang 20k tu pun janda kalau anak dara mahu 30k..

Nak kawen sekarang mahal, nak nie laa nak tu laa...last2 berhutang dengan bank pas kwen jadi bangkrup C..haha.

Lagi dasyhat  pinjam dengan Ah Long  Bukit Beruntung lepas tu x leh nk bayar interest tinggi gunung Kinabalu..Pas tu korang tahu lah seksa hidup di kejar Ah Long dan tidak beruntung sampai bila-bila...haha

Belanjawan dunia kita duk cari, belanjawan untuk akhirat macam mana..Macam-macam dah Allah duk janji dan Allah tidak pernah memungkiri janji..Janji Syurga yang mana dibawah syurga itu ada sungai-sungai yang mengalir untuk orang beriman...x pernah pun kita ambil peduli ork..sebab keyakinan ini hanya untuk orang beriman ( Doakan ambe duk dalam golongan yang beriman InsyaAllah ).


 

Artikel Menarik Lainnya



7 comments:

Ikmal said...

Assalam, betul tu bro... duit hantaran tu lupa nak di bentangkan juga... hahaha... apa taknya, makin tahun makin tinggi pula duit hantaran yg di minta dekat kaum Adam nie... alahai... mana nak cari duit banyak macam tu... kita nie bukannya dapat gaji besar sangat... (^_^)

www.QueAchmad.com said...

abe setuju sgt. beban ngat bila hantaran tinggi. Makin lama makin tinggi... Hurmmm

Anonymous said...

NAJIB DAH MASUK PAS KEWWWWWW,..

ahmad zikron said...

dapat bonus pn naik harga ke?bukannya naik gaji pn..

Tinta Asyraf said...

Ni bajet untuk diorang je bro...Dia Beri gula2 pas tu kita byr..macam mana kita bayar, kita bayar 0.20 sen gula yang naik tu. Ingat sikit ker, dah lah gula naik, jadi dia akan berkait kpd semua, pembekal akan naikkan kos minyak, pekedai akan naik kan harga makanan.

Kedua bro, kita byr melalui saman speed trap yg dipasang kamera tu, pukul 2.00pg bro,laluan tak ada orang naik lebih 70km/sejam kena snap. 300 bro, kalu byr terus,150 bro.sikit ke bro.

apa ni, bajet apa.PTPTN, yang mana boleh bayar sekali gus dalam masa setahun boleh diskaun 20%. sapa dapat ni bro. Orang kaya jela. Orang macam aku mana lepas nak bayar sekali gus.

Pastu gula2 beri br1m, rebat 3G, apa ni bro...apa sebenarnya ni. Otak pemimpin kena tengok 100 tahun ke depan bukan untuk menang pilihanraya.

Kita dibebani dgn harga barang,kereta,rumah,pendidikan. semua itu hutang. tambah pulak dengan beban di atas.

Susah2..Aku bukan tak setuju. Tapi pikirla panjang untuk masa depan anak2 cucu cicit ciak belake.

baby comel said...

duit hantaran? errm, nak komen td tapi tiba2 jadi kelu =)
duit hantran tu kan mak pak pempuan yg tentukan.. kena deal betul2 la kan. (saya cakap sbb belum kawin lagi & kalau nak kawin pun buat yg wajib2 sudah, xmahu la membazir) :)

muhammad asyraf said...

cuba mengumpul untuk berkahwin.. sukar sebenarnya.. :)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.