Artis Rasa Terkilan | Erra Fazira Cukuplah Mengaibkan dan Memfitnah Pasal Saya

Artis Rasa Terkilan | Erra Fazira  Cukuplah Mengaibkan dan Memfitnah Pasal Saya | MENGARUT! gosip itu cerita lama. Mengapa ia dibangkitkan semula? Adakah kerana ada pihak tidak senang apabila dicubanya cucuk kisah rumah tangga saya tidak jalan?
gambar Erra Fazira Bertudung

“Direka pula gosip suami saya berkahwin lain juga tidak jalan dan sekarang ini mereka bangkitkan pula hubungan saya dengan pelakon baru itu?” kata primadona filem Melayu, Erra Fazira.
Kenyataan Erra itu sebagai mengulas pertanyaan mengenai desas-desus kononnya dia mempunyai hubungan dengan pelakon baru, Amar Baharin.
Ditemui pada majlis rumah terbuka Indigital dan Cube Film, di Pusat Komuniti Bukit Bandaraya, Bangsar, Erra menyambut pertanyaan dengan wajah terpinga.

“Dia ibarat adik, tidak mungkinlah. Berhentilah menabur fitnah pada saya dan fikirlah secara matang sebelum hendak mereka cerita. Gosip sebegini buat orang tergelak saja.

“Tolong juga fikir perasaan keluarga saya dan suami. Tahukah mereka gosip ditabur selama ini menyinggung perasaan kami. Saya ini isteri orang, jangan buat cerita seolah-olah saya tidak tahu menilai perbuatan buruk dan baik,” kata Erra.

Pada pertemuan itu, Erra mengakui dia sendiri buntu dari mana datangnya gosip yang diperkatakan, namun dia percaya hal ini diperbesarkan pihak media apabila mendapat gegaran daripada ruangan gosip di Internet.

“Saya sedar kerjaya saya sebagai artis memungkinkan diri saya sewenang-wenangnya difitnah. Ada ketika saya membelek kisah artis di Internet khususnya yang berkaitan dengan saya, saya beristighfar panjang.

“Mereka yang menulis itu seolah kenal benar dengan saya, tahu luar dan dalam atau lebih mengenali saya daripada diri saya sendiri. Saya tidak hairan kalau pihak media dapat sumber yang salah.

“Zaman sekarang dengan adanya Internet segalanya mungkin,” kata wanita jelita juga pemegang peranan utama filem pecah panggung, Sembilu itu.

Obsesi orang memperkatakan soal rumah tangga ada kalanya membuatkan Erra ketawa sendiri. Bayangkan sehingga saat Erra memperkenalkan single terbarunya Cinta Diam-Diam ciptaan Manusia Putih, ada pihak membuat spekulasi kononnya lagu itu ada kaitan dengan kisah peribadinya.

Menyangkal sama sekali dakwaan itu, Erra memaklumkan, sesebuah lagu yang dicipta berdasarkan imaginasi serta pengalaman yang pernah dilalui penulis lirik mahupun komposer itu sendiri.

“Perlu ke setiap lagu yang dihasilkan harus ada kena mengena dengan penyanyi? Lagu ini saya terima daripada Manusia Putih lengkap berserta dengan liriknya.

“Saya sukakan lagu ini kerana melodinya ringkas bahkan konsepnya juga memenuhi intipati dalam album terbaru nanti. Lagipun saya suka judulnya, Cinta Diam Diam yang menangkap.
“Indonesia sudah lama menggunakan judul seperti Kekasih Gelapku misalnya, tetapi di Malaysia apa yang diperkenalkan Manusia Putih ini masih baru. Jadi sebelum orang lain buat, lebih baik saya mulakan,” katanya yang berpuas hati dengan penerbitan lagu berkenaan.

Daripada kisah peribadi, menyingkap pula soal kerjaya. Baru-baru ini, Erra mengejutkan ramai pihak apabila menarik diri daripada pementasan teater Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali yang sepatutnya mula dipentaskan di Istana Budaya sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55.

Teater itu bagaimanapun akhirnya terpaksa ditunda lagi pada tarikh baru iaitu 14 September ini. Akui Erra, dia berasa amat sedih terpaksa menarik diri daripada pementasan berkenaan. Bagaimanapun, dia mempunyai alasan kukuh untuk berbuat demikian.

“Pementasan teater itu beberapa kali ditunda menyebabkan tarikh baru diterima bertindih dengan projek yang sudah saya persetujui. Kerana begitu hendak menjayakan pementasan teater berkenaan, beberapa projek yang saya terima ini sudah beberapa kali juga ditukar tarikhnya.

“Mujurlah pengarah dan produser faham. Disebabkan perubahan tarikh terbaru pementasan teater itu, saya memang sudah tidak mampu untuk memberi komitmen dan tidak mahu hanya kerana pembabitan saya menerusi teater itu, produksi yang lain mendapat susah.

“Jadi saya ambil keputusan melepaskan watak isteri kepada bekas Perdana Menteri Malaysia ke-4, Tun Dr Siti Hasmah. Terus terang saya sangat sedih kerana ketika pementasan Tun Mahathir, tidak lama dulu, saya yang bawakan watak itu.

“Justeru, apabila pihak produksi memaklumkan untuk mementaskan pula kisah ketokohan Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali dan sekali lagi memberi kepercayaan kepada saya, memang saya amat teruja.

“Namun, apa yang berlaku di luar jangkaan dan saya terima dengan hati terbuka. Saya harapkan semoga Lisa Surihani yang menggantikan tempat saya dapat menghidupkan watak itu dengan baik. Walaupun tidak terbabit, saya tetap akan menyokong pementasan berkenaan,” katanya.

Terikat dengan dua projek drama bersiri, satu telefilem dan satu filem berjudul KL Meroyan, Erra turut ditanya sejauh mana kepuasan diperoleh menerusi pembabitan dalam drama TV.

“Semua drama lakonan saya disiarkan di Astro dan ia hanya dapat disaksikan pelanggan stesen berkenaan saja. Kepuasan dari segi lakonan pula, saya belum dapat yang betul-betul mencabar seperti pernah saya lakukan untuk filem.

“Seperti sekarang ini, saya memang teringin sangat hendak berlakon kisah aksi. Zaman saya berlakon filem dulu, kisah aksinya tidak seperti sekarang yang saya kira lebih menarik dan memberi kepuasan,” katanya.

Harian Metro- Sumber

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.