ANKARA: Seorang wanita mengaku menembak
mati lelaki yang didakwa merogolnya. Dia juga mengaku memenggal kepala
lelaki itu sebelum menanamnya di dataran di kampungnya.
Nevin Yildirim, 26, kini menunggu
perbicaraan selepas membunuh lelaki terbabit di kediamannya di Yalvac,
barat daya Turki minggu lalu. Ibu dua anak itu yang hamil lima bulan
mendakwa, dia mengandungkan anak perogol itu.
Dia menuntut pihak
berkuasa supaya membenarkannya menggugurkan kandungannya walaupun telah
empat minggu melepasi had yang dibenarkan untuk melakukan pengguguran.
Nevin berkata, perogol itu, Nurettin Gider mula menyerangnya beberapa
hari selepas suaminya meninggalkan kediaman mereka sejak Januari lalu
untuk bekerja di bandar lain.
Dia mendakwa, Nurettin mengancamnya
dengan pistol dan berkata akan membunuh anaknya yang berusia dua dan
enam tahun jika mendedahkkan perbuatannya.
Pemerkosaan itu berterusan selama lapan
bulan hingga 28 Ogos lalu apabila Nevin memutuskan dia tidak sanggup
lagi untuk berdiam diri. Pada hari itu, dia menembak Nurettin selepas
lelaki terbabit memanjat tembok di belakang kediamannya dan menembaknya
sekali lagi ketika dia cuba mengambil pistolnya. Nevin berkata: “Saya
mengejarnya. Dia jatuh Dia mula menyumpah saya.
“Kali ini, saya tembak alat sulitnya.
Dia kemudian senyap. Saya tahu dia sudah mati. Saya kemudian memenggal
kepalanya,” katanya. Keseluruhannya, Nevin menembak Nurettin 10 kali,
termasuk beberapa kali di kemaluannya. Dia juga menikam lelaki itu.
Nevin kemudian membawa kepala Nurettin yang berlumuran darah ke dataran
di kampungnya di Yalvac, kata penduduk. –
Sumber: Agensi/HM






3 comments:
Ouch , mesti dia dah sangat geram dgn perogol ni kan.
sesuai untuk dikatakan, PADAN MUKA!
Memang dia geram sgt tu... Padan muka bukan penyelesaian... Masih ramai di luar tuh...
Post a Comment