Gila - Gadis 19 tahun yang keletihan dipaksa lakukan seks dengan lelaki tidak dikenali

Seorang gadis berusia 19 tahun telah melalui pengalaman buruk akibat dijerat seorang wanita kononnya untuk menawarkan peluang pekerjaan di Melaka. Remaja itu yang berasal dari Sungai Semun, Perak dikurung, dipukul dan dipaksa untuk mengadakan hubungan seks dengan beberapa lelaki yang dibawa oleh orang yang mengurungnya.
 
Remaja itu bernasib baik kerana telah diselamatkan dalam serbuan polis di sebuah hotel bajet di Taman Melaka Raya di sini.
 
Remaja itu yang namanya tidak disiarkan memberitahu polis yang dia telah disebat dengan kabel televisyen beberapa kali dan gambar bogelnya diambil setiap kali dia mandi di rumah seorang wanita berusia 20 tahun.
Salah seorang lelaki yang menangkapnya mengancam untuk memuat naik gambar-gambar bogelnya di YouTube jika dia tidak mahu menurut kemahuan lelaki itu untuk memancing pelanggan.
 
Menurut laporan polis itu, mangsa mendakwa bahawa dia dipaksa memberi khidmat seks kepada ramai pelanggan walaupun mengadu keletihan.
 
Pasukan polis telah menyerbu hotel itu dan menahan tiga wanita sebelum menyelamatkan mangsa.
Dalam operasi susulan, polis menangkap seorang lelaki berusia 21 tahun di Klebang dekat sini dan merampas beberapa barang-barang kepunyaan mangsa dan wang bernilai RM450 dalam bentuk wang tunai.
 
Siasatan mendedahkan bahawa mangsa telah dipujuk untuk datang ke Melaka oleh seorang wanita, yang dikenali sebagai Nabsiah, dengan janji bahawa dia akan ditawarkan bekerja di restoran makanan segera di sini.
 
Walau bagaimanapun, ketika dia sampai, dia telah dibawa dan dikurung di sebuah rumah oleh Nabsiah dan kawan-kawannya dan diberitahu bahawa dia perlu “melayan” beberapa senarai pelanggan.
 
Datuk K. Basil, yang mengetuai pasukan petugas kerajaan negeri menyatakan bahawa Ketua Polis Negeri Melaka, Senior Asst Comm Datuk Chuah Ghee Lye telah mengarahkan serbuan itu.
 
SAP Datuk Chuah menyatakan kebimbangannya dengan laporan terdahulu mengenai seorang wanita dari Melaka yang telah didakwa menjebak remaja perempuan yang melarikan diri dari rumah dan memelihara mereka di sini sebelum memaksa mereka melacur.
 
Datuk Basil berkata:” pasukan petugas itu, yang ditubuhkan oleh Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Ali Rustam, akan bekerjasama rapat dengan polis dan pihak berkuasa tempatan untuk menghapuskan pelacuran di negeri ini.
 
Sumber: Sinar

Artikel Menarik Lainnya



4 comments:

Syaz Blackrose said...

apa nak jd zaman sekarangni, perempuan sesama perempuan pun dah tak boleh dipercayai

Farah Zahid said...

betul2 gila!
langsung tak selamat dah nak keluar cari keje. manusia, manusia.

Wawa the Bulan June said...

zaman skrng susah nak cari orang yg btul2 boleh d percayai ..

Wawa the Bulan June said...

zaman skrng susah nak cari orang yg btul2 boleh d percayai ..

Labels

10 Model Kereta Yang Mengalami Penurunan (2) 9 Tahanan (1) Ac Mizal (1) AES (1) Agama (1) Ajaran Sesat (2) akhir zaman (1) Amanat Haji Hadi (4) Anuar Musa (2) Anwar Ibrahim (4) Awie Kelab Malam (1) Bashar Al Assad (4) Bawani (1) Bawani UUM (1) Berita Panas (54) Biodata Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid (1) Bogel (3) Bola Sepak (1) bunuh diri (1) C Sugumaran dibelasah sehingga mati. (1) Ceramah (1) curang (2) Dajal laknatullah (1) Dibunuh Kejam (7) Diet Yang Berkesan (1) Digantung Kerja. (1) Drama Sehangat Asmara (1) Fahaman Syiah Yang Songsang (6) Gila (2) gym (1) Harga Kereta Turun (1) Hasan Nasrullah (1) Hina Islam (1) i (1) info kaki sembang (441) Info KakiSembang (82) Info Rileklaa (12) Info TintaMerah (22) Isteri Mat Yo Mengamuk (2) Janda (1) KakiSembang join Contest (1) KakiSembang join segmen (2) KakiSembang menulis (8) Kejadian Ribut Di Pulau Pinang (1) Kemalangan (1) Kematian (3) Kematian Kanang Anak Langkau (1) Kesesatan Syiah (21) khalwat (2) kiamat (1) KL112 (4) Kompaun DBKL (1) kosmo (1) Krisis di Syria (14) Kristian Di Malaysia (1) ku (1) LAHAD DATU (6) listen listen listen (1) Live Streaming (1) Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part3 Boboi (1) Makanan pelik (1) maksiat (1) Maulidur Rasul (1) Menutup aurat (2) MLM 2012 (1) Mujahidin Syiria (10) Mujahidin Syria (10) Nabi Muhammad ( SAW ) (3) Nabi Muhammad s.a.w (3) Nasharudin Mat Isa (2) Nasihat (1) ng (1) ngeri (5) Patrick Teoh Biadap (1) pelacuran (1) Pelik (25) Pencuri (2) pengajaran (2) Pengemis (1) Penjenayah (4) perlawanan Johor Darul Takzim vs Kelantan (1) Pilihanraya (1) Politik (9) PRU 13 (3) Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin (2) Rasuah (1) Rasulullah S.A.W (1) Rogol (16) Rosmah Mansor (3) Rusuhan Di turki (1) Saidina Umar Ibni Khattab (1) Sekadar Renungan bersama TintaMerah (88) Semakan Daftar Pemilih SPR (1) sex (10) sosej usus babi (1) SPRM (1) Sultan Sulu (2) Syiah (22) tazkirah (16) Tian Chua (1) Tragedi (1) Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (1) Ulama (1) Ustaz Azhar Idrus (9) Wanita Kencing Dan Mandi Dalam Keretapi (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

Blog Archive

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.