Meh Kita Tengok Sesi Temuduga Dengan Peragut!

Malaysia inilah satu negara yang rakyat dia memiliki tahap kesabaran dan intelektual yang tinggi.
Apa yang anda akan saksikan dalam klip video di bawah, adalah seorang remaja lelaki ditangkap kerana meragut di Bukit Kiara pada Mac lalu.

Boleh tak anda bayangkan tak apa yang akan berlaku kalau seorang paragut ditangkap di negara seperti China, India, Indonesia atau mana-mana negara Afrika?

Belasah separuh mati itu sudah wajib…..namun hampir pasti akan dibogelkan, dikerat anunya, dicurah petrol dan dibakar.

Itulah nasib kalau buat hal di negara-negara seperti di atas.
Di Malaysia macam mana? Ada kes belasah, bukan tidak ada. Tapi tidak pernah melampau.
Dalam klip di bawah lagi best. Awal klip tu adalah seorang yang tengah memukul…balik dia yang kena sound….“kau sape nak jatuh hukum kat sisni”….pulak dah!

Lepas tu, budak yang meragut itu diberikan layan kategori penuh manja dan cukup dengan kata-kata nasihat.
Oklah…adalah ciri-ciri negara yang mana rakyatnya terpelajar dan bijak.

Tunggu polis datang dan bawak balai untuk mulakan siasatan.
Kalau tanya penulis, kedua-dua kaedah ada betulnya.
Kalau belasah pun okay…nak bagi nasihat pun okay.

Nasib si penjenayah la dia kantoi dalam kumpulan anggota masyarakat yang mana. Kalau kena belasah pun jangan nak mengadu, kerana jenayah meninggalkan luka dan parut yang mungkin tidak akan hilang dalam jiwa dan fizikal mangsa serta anggota masyarakat di sekitarnya.


Cuma dalam klip  ini, betul-betul bernasib baik la budak yang meragut tu, brader yang duk rakam tu tak putus-putus menasihat dengan ikhlas hati…walaupun nasihat dia pun entah apa-apa…adake patut suruh pergi mintak sedekah. Sumber: Oleh: AK-47



Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.