Nabi Nuh dan Nabi Lut [a.s.] `dayus’? Kupasan Yang Menarik Dari Ustaz Hishamuddin Abdul Aziz


Soalan:-

Assalamualaikum ustaz, minta komen sedikit berkenaan gambar yang ana postkan di wall ustaz, mengikut kata si folan, nabi Nuh [a.s] dan nabi Lut [a.s] pun dayus kerana mereka gagal dalam mentarbiah isteri masing-masing

Jawapan:-

Perlu diingat bahawa bukan sahaja kepada Nabi Muhammad [s.a.w] kita tidak boleh melemparkan tuduhan-tuduhan yang jahat, tetapi juga terhadap seluruh Nabi-Nabi yang lain juga, termasuklah Nabi Nuh dan Nabi Lut [a.s]; sebaliknya kita wajib menjaga kemuliaan semua nabi-nabi, termasuklah kedua-dua nabi yang telah disebutkan.

Tuduhan dayus adalah suatu tuduhan yang berat kerana para ulama telah sepakat meng`kategori’kan dayus sebagai dosa besar kerana si dayus akan mendapat laknat dan tidak mencium bau syurga.

Oleh sebab itu maka, kita mesti memahami makna dayus dalam etika yang sebenar, sebelum menuduh seseorang itu dayus tanpa mengira siapa pun dia.

Di antara makna `dayus’ menurut para ulama adalah seperti berikut:-
 هو الذي لا يغار على أهله
Ertinya: “Seseorang yang tidak ada perasaan cemburu [kerana iman] terhadap ahlinya [isteri dan anak-anaknya] [An-Nihayah, 2/147; Lisan al-Arab, 2/150]

Imam al-‘Aini pula berkata: “Cemburu lawannya dayus” [Umdatul Qari, 18/228]
Berkata pula an-Nuhas:

قال النحاس هو أن يحمي الرجل زوجته وغيرها من قرابته ويمنع أن يدخل عليهن أو يراهن غير ذي محرم
Ertinya: Cemburu [iaitu lawan kepada dayus] adalah seorang lelaki itu melindungi isterinya dan kaum kerabatnya dari ditemui dan dilihat [auratnya] oleh lelaki bukan mahram.” [Tuhfatul Ahwazi, 9/357]

Disebut dalam kitab Faidhul Qadir:
فكأن الديوث ذلل حتى رأى المنكر بأهله فلا يغيره
Ertinya: Seolah-olah ta’rif dayus itu membawa erti kehinaan [kepada si lelaki] sehingga apabila ia melihat kemungkaran [dilakukan] oleh isteri dan ahli keluarganya ia tidak mengubahnya.”  [Faidhul Qadir, 3/327]

Imam az-Zahabi pula berkata:-
فمن كان يظن بأهله الفاحشة ويتغافل لمحبته فيها فهو دون من يعرس عليها ولا خير فيمن لا غيرة فيه
Ertinya: Dayus adalah sesiapa yang menyangka [atau mendapat tanda] bahawa isterinya melakukan perkara keji [seperti zina] maka ia mengabaikannya kerana `cinta’nya kepada isterinya, maka tiada kebaikan untuknya dan tanda tiada kecemburuan [yang diperlukan oleh Islam] dalam dirinya.” [Al-Kabair, 1/62]

Sekian salinan makna `dayus’.
Namun, berkenaan dengan isteri Nabi Lut dan Nuh [a.s] pula para ulama tafsir telah sepakat mengatakan bahawa pengkhianatan mereka berdua (isteri Nuh dan Lut [a.s]) itu sebagaimana ada disebut di dalam ayat 10, surah at-Tahrim adalah kerana mereka tidak mahu membantu dan menyokong perjuangan suami mereka.

Khianat mereka itu bukanlah kerana mereka pernah berbuat zina atau seumamanya.
Ibnu Abbas mengatakan; “Tidaklah pernah berbuat serong akan seorang isteri nabi jua pun.”

Al-Qusyairi mengatakan bahawa ahli tafsir ijma’ artinya sama pendapatnya bahawa tafsir khianat di dalam ayat 10, surah at-Tahrim ni bukanlah dalam hal zina.

Di sini, diberikan contoh-contoh sebagai garis panduan di dalam mengukur dan meletakkan seseorang suami atau ayah itu, terutamanya diri kita sendiri sebagai dayus menurut ustaz Zahiruddin;

1) Membiarkan kecantikan aurat, bentuk tubuh isterinya dinikmati oleh lelaki lain.

2) Membiarkan aurat isterinya dan anak perempuannya dewasanya terlihat (terselak kain).

3) Membiarkan anak perempuannya ber’dating’ dengan tunangnya atau teman lelaki bukan mahramnya.

4) Membiarkan anak perempuan berdua-duaan dengan pasangannya di rumah kononnya ibu bapa ‘spoting’ yang memahami.

5) Menyuruh, mengarahkan dan berbangga dengan anak perempuan dan isteri memakai pakaian yang seksi di luar rumah.

6) Membiarkan isterinya atau anaknya berpelukan atau bersentuhan dengan lelaki lain.

7) Membiarkan isteri kerja dan keluar rumah tanpa menutup aurat dengan sempurna.

8) Membiarkan isteri disentuh anggota tubuhnya oleh lelaki lain tanpa sebab yang diiktiraf oleh Islam seperti menyelematkannya dari lemas dan yang sepertinya.

9) Membiarkan isteri kerap berdua-duan dengan pemandu kereta lelaki tanpa sebarang pemerhatian.
Dan banyak lagi contoh-contoh yang lain.

Kedayusan-kedayusan ini hanya akan sabit kepada lelaki jika semua maksiat yang dilakukan oleh isteri atau anaknya secara terbuka dan diketahui olehnya, adapun jika berlaku secara sulit, suami tidaklah bertanggungjawab dan tidak sabit ‘dayus’ kepada dirinya.

Beranikah kita, melatakkan Nabi Nuh dan Nabi Hud [a.s] di dalam situasi-situai di atas? Wal iyazu billah…
Wallahu a’lam…

Sekian dari saya, Hishamuddin Abdul Aziz yang sentiasa mengharap didoakan mencapai keampunan dan redha Allah…

P/S: Bukan Senang kita hendak menjadi ketua Keluarga, Silap2 Kita dalam golongan yang dayus... membiarkan ahli keluarga membuka aurat di tempat awam..x takutkah kita tentang dayus ini
 Sumber

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.