New Jersey – Seorang wanita tidak mengaku salah menyebabkan kematian seorang lelaki selepas dia didakwa menyuntik silikon melebihi dos sewaktu menjalankan prosedur membesarkan alat kelamin.
Kasia Rivera, 35, (gambar) tidak mengaku cuai dan menyebabkan mangsa, Justin Street yang berusia 22 tahun meninggal dunia.
Street yang merupakan bapa kepada dua orang anak dikatakan berjumpa Rivera untuk membesarkan kemaluannya selepas membaca iklan mengenai perkhidmatan tersebut.
Rivera menjalankan prosedur itu di rumahnya. Dia yang didakwa tidak memiliki lesen atau latihan perubatan telah menyuntik silikon ke kemaluan Street. Lelaki tersebut meninggal dunia keesokan harinya. Ujian perubatan mendapati dia mati akibat embolisme silikon
Sumber: Harian Metro.




2 comments:
tak ngeri langsung news ni. Sikit pun tak ada unsur ngeri. Macamana en boleh katakan ianya berita ngeri?
Sbb penulis mmbayangkan... Anda membayangkn atau sekadar membaca..?
Post a Comment