Tragis - Al Fatihah - Pegawai AADK maut terjatuh semasa berkas peragut

Inilah satu contoh pekerja yang sangat komited dalam menjalankan tugas, semoga Allah mencucuri rahmat kepada Allahyarham.
 
SUSPEK kes ragut yang menyebabkan seorang pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK), Mohd. Majdi Abd. Hamid maut diberkas oleh orang ramai di Bedong, Sungai Petani, Kedah, semalam. 
 
SUNGAI PETANI 4 Sept. - Niat murni seorang Penolong Pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk memberkas peragut berakhir dengan tragedi apabila dia maut selepas terjatuh dan kepalanya terhentak di atas jalan raya akibat ditendang suspek di Bedong dekat sini.

Mangsa, Mohd. Majdi Abd. Hamid, 33, yang bertugas di Pusat Pemulihan Penagihan Narkotik Karangan, Kulim meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) di sini pagi ini, setelah koma lebih 17 jam.
Isteri mangsa, Nor Baizura Rohim, 30, berkata, kejadian berlaku kira-kira pukul 12.30 tengah hari semalam semasa mangsa bersama anak perempuan mereka berusia lima tahun keluar membeli cendol di pekan Bedong.


Sumber: Utusan

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.