Usah Pilih Penganut Syiah Jadi Pasangan - Mufti Perlis

Usah pilih penganut Syiah jadi pasangan

Fahaman beri kesan pegangan akidah: Mufti

KANGAR: Umat Islam di negara ini yang mengamalkan fahaman Sunnah Wal Jamaah dinasihatkan supaya tidak memilih penganut Syiah sebagai pasangan hidup mereka kerana ia dikhuatiri boleh memberi kesan terhadap pegangan akidah.
...


Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya, berkata kebelakangan ini ramai wanita dan lelaki Malaysia tidak memeriksa fahaman pasangan hidup masing-masing hingga menimbul kebimbangan berlaku perkahwinan antara kedua-dua penganut berkenaan.

“Tambahan pula, ketika ini ramai warga luar, terutama dari Iran, Pakistan dan Lubnan yang terkenal dengan fahaman Syiah menetap di Malaysia serta mengambil kesempatan berkahwin dengan penduduk tempatan,” katanya ketika dihubungi, semalam.
Beliau berkata, perkara pokok yang dibimbangi adalah dari segi pegangan akidah, amalan dan fekah yang berbeza antara kedua penganut terbabit, sekali gus boleh menimbulkan masalah dalam perkahwinan mereka.

“Mahkamah Syariah sukar untuk membuat keputusan jika ada suami isteri yang mempunyai fahaman berbeza merujukkan kes mereka. Justeru, elak berkahwin dengan mereka yang berfahaman Syiah.

“Tindakan bukan hanya terbatas kepada fahaman Syiah dari luar, malah perlu mengelakkan berkahwin majlis fatwa negeri yang tidak menggalakkan perkahwinan antara penganut Syiah dan Sunnah pada 7
dengan penduduk tempatan yang menganut fahaman berkenaan,” katanya.

Juanda berkata, peringatan itu selaras mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perlis pada 15 dan 16 November lalu yang bersetuju supaya pernikahan membabitkan dua fahaman yang berbeza itu perlu dielakkan.

Katanya, Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) sudah memperakukan keputusan
Disember lalu. 

 Ulasan Ambe:
Bagi ambelah ajaran Syiah adalah tidak patut dan jangan sesekali disebarkan di bumi Malaysia ini, kerana ini akan mengundang perpecahan di kalanngan Umat Islam yang majoritinya berfahaman Sunni..

Ajaran Syiah yang diamalkan kebanyakan di Iran adalah sesat dan ajarannya menyerupai agama Hindu dan ini adalah bertentangan dengan Akidah Ahli Sunnah Wal Jamaah.

Iran berbangga dengan jenayah pelacuran sifar di sana, bagi ambelah buat apa hendak berbangga kerana di Iran dan pengikut Syiah menggalakkan perkahwinan Mutaah ( Kontrak ) dan ini tidak ada dalam Islam sebenarnya dan kebenaran itu sudah di tarik balik.

Islam adalah fitrah dan Islam melarang penganutnya mencederakan diri sendiri seperti gambar di atas mencederakan diri sendiri adalah dilarang dalam Islam, kami Ahli Sunnah mencintai cucu Nabi Hassan dan Hussein. Adakah perlu mencederai diri sendiri kerana kecintaan ini? adakah dituntut dalam Islam? jawapannya tidak ada..

Pepun ambe berdoa pada diri ambe sendiri dan kepada sahabat semua dihindari dari fitnah dunia yang begitu dashyat di akhir zaman ini. Sentiasa lah berdoa semoga ahli keluarga dan masyarakat kita terhindar daripada bala dan malapetaka ini.

wallahualam..hentikan kezaliman dan pembunuhan besar-besaran kamu terhadap ahli Sunnah di Syria sama2lah kita berdoa untuk saudara kita yang berjuang di sana menentang rejim Bashar Al Assad laknatullah yang berfahaman Syiah. Takbir!!!!

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.