Ustaz Azhar Idrus – Akibat Suka Dengar Nyanyian Wanita

Prof Dr Syeikh Ahmad as-Syarbadi, seorang pensyarah di Universiti al-Azhar menjawab:
Hukum mendengar suara nyanyian wanita adalah bergantung kepada keadaan suara tersebut.

Sekiranya suara wanita itu suara yang lemah lembut dan menaikkan syahwat maka hukum nyanyian ini adalah haram. Hukum lelaki mendengarnya pun adalah haram kerana:

boleh menyebabkan terjebak dalam dosa. Ini juga kerana suara ini boleh menimbulkan godaan kepada orang lelaki.

Demikian juga sekiranya terdapat perkara yang haram dalam nyanyian tersebut maka haram nyanyian tersebut dan haram mendengarnya.

Adapun sekiranya nyanyian itu seperti berikut:

Suara yang yang normal, terpelihara dari perkara yang haram, tidak ada yang lemah gemalai dan tidak menyebabkan godaan kepada lelaki.

Lirik yang baik, terpelihara dari perkara yang tidak elok dan lirik yang menggalakkan kepada perkara yang baik
.
Maka tidak haram mendengarnya.

Dalam sirah Nabawiyah ada menyebut bahawa Rasulullah saw pergi ke rumah seorang sahabiah bernama Rubaie’ binti Mu’awwiz ra untuk memberi tahniah sempena perkahwinannya. Sampai di sana Nabi saw mendengar beberapa orang wanita-wanita muda memukul gendang dan mendendangkan nyanyian. Nabi saw tidak menegah mereka menyanyi sehinggalah apabila mereka menyebut lirik berikut:

((وفينا نبي يعلم ما في غد))
“Kami mempunyai Nabi yang mengetahui apa yang terjadi pada esok hari.”
Nabi saw pun bersabda:
دعي هذا وقولي ما كنت تقولين
“ Jangan sebut rangkap ini dan nyanyikanlah dengan rangkap-rangkap nyanyian yang sebelumnya.” (Hr Ibnu Hibban).

Rujukan: Bainal Fan wal Feqh oleh Rejab Abu Malih.

Sumber:  Giler Kentang

Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

babycomel said...

pasni xmau la nyanyi suka-suka lg =) kang xpasal2 mereka2 yg mendengar dpt dosa

Tinta Asyraf said...

Hu. Nasib baik tidak lah menjadi haram yg mutlak. Kalau tak hbs kita. Hari2 ada org perempuan yg nyanyi dlm tv.biasanya diorg ni x pakai tudung Dan pakai seksi. Nyanyi cantik dah, lirik Dan lagu ok tp pakai seksi.

Anonymous said...

Pucuk pangkal diri sendiri.... Tidak ada salah kepada nyanyian... Tidak ada salah kepada lagu... Tidak ada salah kepada muzik... Lagu yg mampu membawa ke arah khayalan sehingga terlupa kewajipan dan tatasusila kita kepada agama yang ditegah... Jadi dengarlah lagu semahu mu... Siapa pun penyanyi itu... Jgnlah kita mentafsir muzik dgn kata dan jiwa nista... Sesungguhnya yang mengawal nafsu dan iman adalah diri kita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.