Pelakon Johan As’ari menganggap imej seksi yang ditampilkan pelakon
Nabila Huda semasa Anugerah Blokbuster yang berlangsung Sabtu lalu
bukanlah gambaran terhadap tuduhan kejahatan wanita itu secara
menyeluruh.
Johan, 26, berkata, masyarakat tidak seharusnya menilai anak kepada
penyanyi terkenal, Amy (Search) itu hanya kerana pakaian seksi yang
digayakan sebaliknya perlu melihat sisi dalaman Nabila.
"Pakaian bukan ukuran untuk menggambarkan keperibadian dirinya kerana
sepanjang saya mengenali Nabila, dia adalah seorang sahabat yang baik,
cukup mengambil berat dan mementingkan keluarga.
"Malah jika tiada sebarang aktiviti dia lebih gemar duduk di rumah
bersama anaknya," ujar Johan ketika dihubungi mStar Online di sini,
pada Selasa.
Pakaian yang digayakan Nabila semasa menghadiri Anugerah Blockbuster telah menimbulkan kontroversi.
Pelakon itu diminta mengulas imej seksi yang ditampilkan Nabila semasa
hadir pada majlis Anugerah Blokbuster yang diadakan di Stadium
Malawati, Shah Alam dekat sini Sabtu lalu.
Cara pemakaian Nabila turut mendapat reaksi Amy yang kurang senang
dengan imej berkenaan kerana ia boleh mengundang kontroversi buruk
terhadap Nabila sendiri.
Amy yang turut berada pada majlis itu dikatakan telah menasihati Nabila
supaya menutup dengan selendang pada bahagian badannya yang terdedah.
Sementara itu Johan memberitahu, semasa bertemu pada malam anugerah itu
dia telah melihat Nabila dalam keadaan yang agak sopan apabila bahagian
yang dimaksudkan telah ditutup dengan selendang.
"Saya tidak tahu sejauh mana pakaian tersebut dikatakan terdedah kerana
semasa berjumpa dengannya dia mengenakan selendang untuk menutupi
bahagian yang terdedah itu.
"Saya yakin dia tahu apa yang dilakukan dan bijak membawa diri. Selebihnya saya tidak berani nak komen," ujarnya.
Dalam pada itu, Johan menafikan desas-desus hubungannya dengan wanita
tersebut yang dikatakan pasangan bercinta sebelum ini renggang
disebabkan tidak mendapat restu keluarga.
Johan berkata, keluarganya tidak pernah menghalang dia berkawan baik
dengan Nabila dan turut merestui hubungan rapat yang terjalin di antara
mereka.
"Tidak pernah timbul soal tidak mendapat restu keluarga kerana kami
bukannya bercinta. Namun saya akui kami sudah jarang berjumpa kerana
sibuk dengan kerjaya masing-masing. Bagaimanapun dia masih sahabat baik
saya," katanya.
Dalam perkembangan lain, Johan sedang sibuk dengan penggambaran filem Paku di sekitar Kuala Lumpur.
Selain itu, dia juga bakal muncul dengan drama bersiri Syahadah Cinta
menerusi saluran Al Hijrah dan telefilem Udin Balik Kampung (RTM).
-MStar





8 comments:
Assalam, pakaian turut memainkan peranan juga dan menggambarkan budaya dan peribadi seseorang... Andai baik akhlaknya maka baiklah juga pakaiannya.... Jangan hilang ketimuran kita dek kerana pakaian yg tak sopan.... Islam pun menyuruh kita agar menutup aurat terutama sekali perempuan... Pakaian mcm tu memang layak di tegur oleh sesiapa pun...
Lelaki mcmni xsesuai dibuat suami..Xboleh membimbing,Lelaki yang membiarkan isterinya sentiasa jahil adalah lelaki dayus..Nauzubillah...Moga kita semua dapat lelaki yang soleh & beriman..Yang boleh membimbing kita ke syurga bukan ke neraka..:)
SubhanaAllah ..
leh lak ditanya nyer ... bahagian mana yang dianggap terdedah??
Buta hati namanya tu dik oi..
sedang Rambut sehelai terkeluar dari tutdung pun dianggap tidak melindungi Aurat ...
Betol Nabila ada hak tersendiri ...
Namun Umat Islam juga ada hak untuk menegur...
kerana apa yang kita lihat adalah tanggungjawab kita juga ..
memang kubur ko lain kubur aku lain ...
tapi macamana pun aku akan dipersoalkan juga ...
Jadi ko berani & berani tanggung .. jangan lak melalak bila orang menegur .. kerana ini tanggungjawab SeIslam...
Adusss...
Dunia ...
(__ __)
BODOHHHH..Kalau dah jahil 2..jgn ler nak menjahilkan org lain...
Kalau jahil dalam agama tak payah nak komen apa2 la....mendedahkan kebodohan diri ada la...pi belajaq ilmu agama lagi...nasihat untuk saya dan kawan2 sekelian terutamanya artis
alahai.. johan ni.. 1 fakulti dgn i dlu... plzzz.. huhuhu
perghh ! seksi gila siot ehhh .. kalau aku lelaki ,, ermmmm ,, isk2 .. pkaian macam tu dia kata x seksi ,, buta kot ..
pada johan apentah....aku harap kau bahagia dgn syer saham yg kau tuai ini di akhirat kelak.
Post a Comment