Apalah Ko nie Raja Ema - " Sudah Bertahun-Tahun Saya Tidak Bertudung"

Semenjak menghiasi muka depan majalah Nona, nama Raja Ema yang popular dengan lagu Jejaka Idaman kembali meletup. Salah satu persoalan yang ditimbulkan oleh peminatnya ialah mengapa Raja Ema tampil dengan imej tidak bertudung sedangkan penampilan terakhirnya ketika menjadi isteri Sheqal sangat manis menutup aurat.


Hari ini menerusi Harian Metro, Raja Ema tampil untuk menerangkan persoalan yang timbul ini kepada peminat-peminatnya. Kata Raja Ema:-
Terus terang, saya tak faham kenapa isu buka tudung pula yang digembar-gemburkan kerana saya sudah bertahun-tahun tidak bertudung cuma ramai orang yang tak tahu kerana saya sudah lama tidak aktif dalam bidang hiburan lagi. Bertudung bukanlah satu paksaan kerana kita perlu dengan rela hati untuk melaksanakan kewajipan itu. Saya tidak mahu sekadar bertudung saja tapi pakaian tetap mengikut bentuk badan, menjolok mata atau bertudung tapi masih mendedahkan sebahagian rambut.
Apabila ditanya tentang perubahan wajahnya yang tampak lebih cantik dan jelita, Raja Ema enggan memberikan komen sama ada dirinya menggunakan botoks. Kata Raja Ema:-
Maaf, saya tak dapat komen mengenai isu penggunaan botoks tapi saya mengaku memang ada berjumpa doktor dan mengambil suntikan vitamin C dan produk berkaitan untuk mengekalkan kecantikan wajah dan tubuh. Selain itu, saya memang menjaga pemakanan seimbang, senaman dan mengambil produk yang sesuai untuk mendapatkan berat badan idaman dengan nasihat doktor.
Patutlah Raja Ema makin cun kan? Yang penting, Raja Ema pergi berjumpa dengan doktor terlebih dulu dan tidak hentam kromo sahaja mengambil ubat yang ada dijual di pasaran. Semoga Raja Ema akan dapat membuat comeback di dalam industri hiburan tanah air. Pasti ramai yang merinduinya kelibatnya.
                                                              gambar semasa bertudung
 

Sumber: Harian Metro


Artikel Menarik Lainnya



12 comments:

Anisa Anuar said...

mintak dijauhkan la terkeluar ayat cengini...pengajaran boleh diambil..

Anonymous said...

"Bertahun2 tak pakai tudung", "pakai tudung tak boleh nak paksa2....."
Betapa bodoh dan ceteknya akal artis ni. Inilah yang dikatakan fahsnan libral. Mengaku Iskam tapi tak mahu tunduk kepada ajaran Islam.

Anonymous said...

mmg ler pakai tdung tu bkn paksaan, tp menutup aurat tu wajib, kalo dh wajib tu ko pikir la sndri..adoii..

hazwan hairy said...

perghhh cntik siot skrg..hahah...

p/s: abe! nnti klo jd g marathin nk roger lah...hakhak

iyan shazlind said...

hati manusia mmg selalu berbolak balik

Kaki Sembang said...

hazwan..nak dtg bgthu..kakisembang selalu ada kt sini..

fizafantagirO said...

betapa ceteknya pemikiran artis@nenek ini ..hishh .. semoga dia diberi petunjuk..

Anonymous said...

aastaghfirullahhhaladzim ...boleh dikatanya BERTUDUNG BUKAN PAKSAAN .. ishhkkk ' tak abis ngaji ' kerr si EMA ni .. muga diberi taufik dan hidayah oleh NYA

kruzz said...

Bertudung bukan satu kewajipan tapi menutup aurat adalah satu kewajipan bagi orang yang mengaku beragama Islam. Ikhlas atau tidak itu soal lain. Yang penting suruhan Allah dipatuhi manakala larangan dijauhi. Tak paham kenapa keikhlasan yang jadi alasan sedangkan kewajipan menutup aurat itu adalah hukum yang jelas. Dengan kata lain.... menutup aurat adalah paksaan bukannya pilihan.

kruzz said...

Satu perkara kena paham. Bertudung bukan wajib tapi menutup aurat adalah kewajipan yang telah ditetapkan oleh Allah. Kewajipan ini bukannya pilihan tapi adalah paksaan. MESTI menutup aurat. Ikhlas atau tidak itu masalah lain. Kewajipan menutup aurat kekal samada ikhlas atau pun tidak.

Anonymous said...

Manusia mudah berubah... Apa nk heran... Tp di malaysia... Bertudung adalah budaya bukan agama... Org x bertudung agak dipandang serong kerna dedah aurat... Org bertudung dgn berperangai syaitan org x gembar-gemburkn kerna sekurang2nya org itu telah menutup auratnya... Jadi, itulah jadinya budaya mendahului agama...

miss zheng said...

haish...kena muhasabah diri ni..pakai tudung kenapa...


---cantik dan menawan dengan www.jamuexpress.com FREE delivery & gift awaiting 4 u!---

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.