Black mahu saman penulis gosip..Nah Amekaw!!!

DIA tekad mahu menyaman penulis gosip itu. Itu kenyataan terbaharu daripada penyanyi yang dikenali dengan nama Black ini. Nama Black tiba-tiba menjadi kontroversi apabila dia dikhabarkan bercuti bersama kekasihnya dan menginap di sebuah hotel di sana.

Biarpun sudah mengakui kepada media bahawa percutian bersama kekasihnya pada awal tahun lalu itu turut disertai oleh tiga lagi rakan mereka, namun Black kesal apabila isu tersebut dikaitkan pula dengan agama.
Selepas gosip tersebut muncul menerusi sebuah akhbar mingguan, amarah Black sememangnya tidak dapat dibendung lagi.

Ini kerana penulis gosip tersebut bukan sekadar mendakwa Black dan kekasihnya itu bersekedudukan, tetapi turut melabelkan Black sebagai tidak ada agama kerana melakukan perkara itu (bersekedudukan).
Berkesempatan mengadakan sesi fotografi khas bersama Black, pemilik nama sebenar, Hanifah Md. Hanafiah, 25, meluahkan isi hatinya kepada Kosmo! bahawa tuduhan tersebut sangat tidak berasas dan dia nekad mahu menyaman penulis gosip tersebut.

"Kenapa isu ini boleh timbul sekarang, sedangkan cerita saya pergi bercuti bersama kekasih yang kini merupakan bekas kekasih dan rakan-rakan ke Pulau Redang sudah lama.

"Kami pergi ke sana pada bulan Januari lalu. Kalau ingin menulis cerita mengenai saya sekalipun, janganlah sehingga mengaitkan isu agama," ujarnya yang marah dengan penulis ruangan gosip akhbar mingguan tersebut.

Bercadang mahu menyaman penulis gosip tersebut jika dia tahu siapa gerangan individu tersebut, akui Black, sebagai seorang Islam dia masih tahu batas-batas agama dan tidak akan sesekali melakukan perbuatan terkutuk (bersekedudukan) itu.

Kata Black, dia mempunyai ibu dan bapa yang mendidiknya dengan baik. Malah, dia juga tahu hukum agama hasil pengajian menerusi sekolah agama ketika bergelar pelajar.

"Orang tengok saya sentiasa senyum dan baik, tetapi janganlah buli saya. Mungkin saya tidak ada kontroversi dan penulis tersebut sengaja menciptanya. Kalau kontroversi itu membina, saya boleh terima. Namun yang menjatuhkan (reputasi), saya tidak boleh terima," jelasnya yang sehingga kini masih terasa hati dengan penulisan penulis gosip tersebut.

Ditanya adakah dia menyesal dengan perbuatannya pergi bercuti bersama rakan-rakan, ungkap Black, sebagai individu, dia ada hak untuk bercuti dengan siapa dan ke mana sahaja. Dia tidak perlu berasa kesal kerana tidak melakukan perbuatan yang dilarang ketika bercuti.

Kaki perempuan

Mengulas mengenai hubungan cintanya, jelas Black, sejak beberapa bulan lalu dia dan kekasihnya itu sebenarnya sudah tidak bersama lagi.

"Kalau ikutkan kami akan bertunang pada Hari Raya Haji ini, tetapi nak buat macam mana sudah tidak ada jodoh," jelasnya yang sudah menjalinkan hubungan cinta dengan gadis yang dirahsiakan identitinya itu sejak empat tahun yang lalu.

Masih bersedih dengan perpisahan itu, ujar Black, dia kini trauma untuk bercinta lagi.
"Buat masa ini saya masih trauma untuk bercinta lagi setelah hubungan saya dan dia yang sekian lama terjalin putus," ungkapnya.

Dikaitkan dengan isu 'kaki perempuan' dan ramai kawan wanita sebagai punca perpisahannya dengan kekasihnya itu, bidas Black, ia bukan disebabkan orang ketiga tetapi perpisahan mereka angkara kurang persefahaman.

"Muka macam saya ini boleh jadi playboy ke? Sebenarnya saya ramai kawan wanita. Mungkin bila saya keluar, mereka yang melihat kata saya sedang bercinta. Saya hanya mempunyai seorang kekasih. Hanya dia sejak dulu lagi. Namun, hubungan kami juga sudah terputus," ceritanya.

Ditanya mengenai ciri-ciri wanita idamannya, kata Black, wanita tersebut harus melebihi ibunya. Ulasnya, jika ibunya dapat menjaga dirinya dengan baik, dia mahukan wanita yang dapat menjaganya lebih baik daripada ibunya sendiri.

Sumber

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Herma Julianny said...

siap la penyebar fitnah...
tp kan, kalau tak nak gosip, tek perlulah keluar bercuti bersama...
dah namanya artis..
pasti akan menjadi perhatian orang yang sentiasa nak 'menjatuhkan' orang ni..
huhu..

Labels

10 Model Kereta Yang Mengalami Penurunan (2) 9 Tahanan (1) Ac Mizal (1) AES (1) Agama (1) Ajaran Sesat (2) akhir zaman (1) Amanat Haji Hadi (4) Anuar Musa (2) Anwar Ibrahim (4) Awie Kelab Malam (1) Bashar Al Assad (4) Bawani (1) Bawani UUM (1) Berita Panas (49) Biodata Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid (1) Bogel (3) Bola Sepak (1) bunuh diri (1) C Sugumaran dibelasah sehingga mati. (1) Ceramah (1) curang (2) Dajal laknatullah (1) Dibunuh Kejam (7) Diet Yang Berkesan (1) Digantung Kerja. (1) Drama Sehangat Asmara (1) Fahaman Syiah Yang Songsang (5) Gila (2) gym (1) Harga Kereta Turun (1) Hasan Nasrullah (1) Hina Islam (1) i (1) info kaki sembang (436) Info KakiSembang (82) Info Rileklaa (12) Info TintaMerah (22) Isteri Mat Yo Mengamuk (2) Janda (1) KakiSembang join Contest (1) KakiSembang join segmen (2) KakiSembang menulis (8) Kejadian Ribut Di Pulau Pinang (1) Kemalangan (1) Kematian (3) Kematian Kanang Anak Langkau (1) Kesesatan Syiah (20) khalwat (2) kiamat (1) KL112 (4) Kompaun DBKL (1) kosmo (1) Krisis di Syria (13) Kristian Di Malaysia (1) ku (1) LAHAD DATU (6) listen listen listen (1) Live Streaming (1) Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part3 Boboi (1) Makanan pelik (1) maksiat (1) Maulidur Rasul (1) Menutup aurat (1) MLM 2012 (1) Mujahidin Syiria (10) Mujahidin Syria (10) Nabi Muhammad ( SAW ) (2) Nabi Muhammad s.a.w (2) Nasharudin Mat Isa (2) Nasihat (1) ng (1) ngeri (5) Patrick Teoh Biadap (1) pelacuran (1) Pelik (24) Pencuri (2) pengajaran (1) Pengemis (1) Penjenayah (4) perlawanan Johor Darul Takzim vs Kelantan (1) Pilihanraya (1) Politik (9) PRU 13 (3) Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin (2) Rasuah (1) Rasulullah S.A.W (1) Rogol (15) Rosmah Mansor (2) Rusuhan Di turki (1) Saidina Umar Ibni Khattab (1) Sekadar Renungan bersama TintaMerah (88) Semakan Daftar Pemilih SPR (1) sex (9) sosej usus babi (1) SPRM (1) Sultan Sulu (2) Syiah (21) tazkirah (15) Tian Chua (1) Tragedi (1) Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (1) Ulama (1) Ustaz Azhar Idrus (9) Wanita Kencing Dan Mandi Dalam Keretapi (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

Blog Archive

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.