Che Mat Jusoh Meninggal ? Tersebar Kat FB Malam Tadi

KUALA TERENGGANU – Peminat bola sepak negeri ini dikejutkan dengan berita palsu mengenai kematian Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Terengganu (PBSNT), Datuk Che Mat Jusoh dalam laman sosial Facebook semalam.

Status berbunyi “Berita Terkini: CMJ juga dikenali sebagai Dato Che Mat Jusoh telah pergi buat selama-lamanya akibat sakit jantung kronik.

Dato Che Mat Jusoh meninggal jam 3:45 tadi. Pada rakyat Ganu, sila sedekahkan al-Fatihah. Semoga rohnya dicucuri rahmat ...amin” telah dikemaskini oleh laman sosial kelab peminat bola sepak Terengganu.

Bagaimanapun, status tersebut dipadamkan beberapa minit kemudian selepas mendapat kecaman pelbagai pihak.

Che Mat ketika dihubungi Sinar Harian menganggap ia hanya kerja budak-budak nakal dan enggan memperbesarkannya, walaupun beliau boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah berkenaan.

“Saya boleh saman..tapi biarlah, budak-budak nakal saja tu. Awak boleh nilai sendiri (keadaan saya sekarang yang masih hidup),” katanya yang enggan memanjangkan isu tersebut.

Beliau bagaimanapun tidak menafikan pernah berhadapan dengan isu sama sebelum ini apabila ada pihak menyebar khidmat pesanan ringkas (SMS) mengatakan beliau tenat selepas terjatuh dalam bilik air di Kedah.

“Sampaikan kawan telefon tanya keadaan saya, tapi itu hanya laporan palsu disebarkan pihak tidak bertanggungjawab,” katanya.

Ia merupakan kontroversi terbaru yang melanda Che Mat selepas kira-kira 500 penyokong pasukan bola sepak Terengganu mengadakan demonstrasi aman di kawasan parkir di hadapan Pusat Akuatik bermula jam 10.30 pagi bagi menyatakan pendirian mereka supaya satu perubahan besar dilakukan dalam pentadbiran tertinggi PBSNT, Sabtu lalu.

Perhimpunan kumpulan dengan kempen Asal Bukan Che Mat (ABC) bagi mendesak Che Mat meletak jawatan tetap diadakan walaupun Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said menasihati penyokong tidak berbuat demikian.

Che Mat dalam reaksinya kelmarin pula berkata, beliau tidak pernah tutup pintu untuk berbincang, malah mengalu-alukan mana-mana pihak yang mahu ambil alih pengurusan bola sepak sekiranya mereka benar-benar serius.

Sehubungan itu, katanya, beliau sedia mengadakan pertemuan dan sesi dialog bersama wakil penyokong pasukan Penyu yang baru-baru ini mengadakan demonstrasi mendesaknya meletak jawatan.

SUmber: Sinar Harian

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.