Dihiris Telinga, Di Potong Jari Dan Dihalau Rumah Kerana Pinjaman Tidak Mampu Dibayar

SELAYANG – Seorang peniaga daging kambing tidak menyangka kehidupannya tidak pernah sunyi daripada penderitaan setelah membuat pinjaman sebanyak RM50,000 dengan sebuah syarikat kewangan berlesen pada tahun 2006 untuk tujuan menjalankan perniagaan.

Deritanya bermula apabila dia gagal menjelaskan baki pinjaman berkenaan sebanyak RM13,000 tahun lalu.
Akibatnya kepala dia ditetak dengan senjata tajam, telinga kanannya dihiris manakala dan ibu jari tangan kanannya dipotong tahun lalu.

Bagaimanapun mangsa, A. Mutukrishnan menerima satu lagi kejutan apabila dia dihalau dari rumahnya di Selayang di sini oleh pekerja syarikat kewangan berlesen itu baru-baru ini.

Alasan yang diberikan ialah rumah tersebut sudah digadai kepada bank.

“Disebabkan rasa tidak puas hati dengan tindakan itu, saya telah merujuk perkara tersebut ke bank berkenaan.

“Saya cukup terkejut apabila bank mengakui kelalaian mereka meluluskan proses tukar hak milik rumah tersebut kepada syarikat terbabit tanpa pengetahuan saya,” dakwanya pada sidang akhbar di sini semalam.

P/S: Nie lah akibatnya berhutang dengan AhLong- Nama je ada lesen tapi berlagak samseng.. Nielah akibatnya melakukan pinjaman secara Riba dan sesungguhnya Allah menghalalkan jual beli dan mengharamkan riba...
Sumber: Kosmo

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Anonymous said...

Cakap memang senang tapi tak de sapa pun nak tolong. Itulah akibatnya membuat orang ramai pinjam kat along. Bila kita betul2 susah dan terdesak dan cuba buat rayuan mengeluarkan duit kwsp, kerajaan tak benarkan. Kata mereka kwsp adalah simpanan untuk hari tua. Kalau dah susah dan tak dapt mencari penyelesaian ada yang sehingga bunuh diri, jadi tak sampai ke tua dan tak ada gunanya duit itu. Cubalah fahami keaadan kita ini.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.