Gadis Liar Berumur 12 Tahun Ditahan Polis

KUALA LUMPUR: Akibat tabiat si bapa yang gemar memukul ibunya, anak perempuan pasangan berkenaan berusia 12 tahun menunggang motosikal tanpa lesen sejauh 40 kilometer (km) untuk mencari hiburan sebelum dicekup dalam Ops Samseng Jalan Raya di sekitar ibu kota, semalam.
Kanak-kanak bawah umur itu juga berhenti sekolah sejak sebulan lalu kerana mendakwa tidak mampu fokus pada pelajarannya akibat krisis keluarganya.

Ketua Unit Kuat Kuasa Khas Trafik Kuala Lumpur (U3K), Asisten Superintendan Azmi Wahid berkata, kanak-kanak itu yang menunggang motosikal jenis Yamaha Lagenda bersama seorang rakannya berumur 16 tahun ditahan untuk pemeriksaan.
Menurutnya, pemeriksaan mendapati kedua-dua remaja berasal dari Kajang itu tidak memiliki lesen memandu dan tidak membawa kad pengenalan.

“Siasatan lanjut mendapati mereka keluar dari rumah pada awal pagi menaiki sebuah motosikal milik ahli keluarga dan menuju ke Kuala Lumpur untuk mencari hiburan.

“Mereka mengaku mencari ketenangan dan mengalami tekanan akibat tabiat bapa yang suka memukul ibu di depan anak-anak,” katanya kepada Metro Ahad, semalam.
Katanya, kedua-dua mereka dibawa ke Balai Polis Trafik Kuala Lumpur sebelum ibu bapa masing-masing diminta hadir untuk diberi amaran.

Azmi berkata, turut ditahan seorang lelaki berumur 24 tahun yang bekerja sebagai pekerja landskap atas kesalahan menunggang motosikal dalam keadaan mabuk.
“Sebanyak 92 saman dikeluarkan selepas memeriksa 230 kenderaan dalam operasi yang dijalankan dari 12 tengah malam hingga 3 pagi,” katanya.

Sumber: Mymetro.

P/S: Jaga anak anda..Jaga Amanah Allah...Jangan Sampai anak-anak penyebab anda ke neraka..

Artikel Menarik Lainnya



4 comments:

www.QueAchmad.com said...

cian kat budak tu. Pengaruh rakan sebaya dia jd cmtu

baby comel said...

bila ibubapa bermasalah, pasti efeknya adalah anak-anak.. sayangkan, muda lg. jgn sia-siakan hidup tu

Putera Dunia said...

Budak-budak zaman sekarang, nak jadi bapa pun makin takut dengan kemajuan budak zaman sekarang.. huhu

Anonymous said...

Pengaruh rakan sekadar pemangkin... Yg sebenar bertangungjawab adalah ibu dan bapa... Fullstop...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.