Gila - Gadis India Terpaksa Kahwin Dengan Mayat

Seorang perempuan India terpaksa mengahwini lelaki yang hidup bersamanya 10 tahun dan memberinya keturunan. Namun perkahwinan itu dilakukan ketika lelaki itu sudah meninggal dunia.

Chudki Hembram dan Mahalal Marandi hidup bersama selama 10 tahun tanpa adanya ikatan perkahwinan, kerana mereka tidak mampu untuk mengadakan pesta. Mereka sudah dikurniakan empat orang anak.

Mahalal meninggal dunia pada minggu lalu dan hal itu membuat Chudki merasa tertekan. Chudki risau, nasib anak-anaknya akan bertambah sengsara kerana ibu bapa mereka tidak memiliki status perkahwinan yang sah. Seluruh warga desa di tempat tinggal Chudki akhirnya sepakat untuk membantu Chudki mengakhiri penderitaan itu

Meskipun saat itu, keluarga mempelai lelaki sibuk mengurus pemakaman Mahalal, warga desa menceritakan penderitaan Chudki yang sudah lama hidup dengan Mahalal. Keluarga Mahalal sepakat untuk membantu Chudki mengadakan upacara perkahwinan.

Warga desa akhirnya berkumpul dan mempersiapkan upacara perkahwinan itu berdasarkan adat tempatan. Seseorang ditugaskan untuk memegang tangan Mahalal Marandi yang sudah tidak bernyawa dan menempelkan telapak tangan itu ke dahi Chudki.

Usai pernikahan itu diadakan, Chudki rasmi menjadi janda Mahalal Marandi.

"Saya menerima perkahwinan yang kami lakukan usai kematian suami saya. Jadi, tidak akan ada yang menyebut anak-anak saya sebagai anak haram," ujar Chudki, seperti dipetik Gulf News.

Seluruh warga di desa tersebut menganggap peristiwa itu sebagai peristiwa teraneh yang pernah terjadi. Namun mereka ikut gembira menyaksikan perkahwinan itu.

Sumber

Artikel Menarik Lainnya



3 comments:

UmmiAbi said...

Astagfirullah al azim..kaf-lam-ya-nga ni memang betul2 agama yang xguna akal..bahkan sesat. Kalau fikir logik akal pun anak kaf-lam-ya-nga tu still anak haram.huhu...ummi boleh cakap:"kesiaaaan" jela..
Ummi nk bg contoh lg 1 agama diorang xde logik akal coz baru-baru ni ummi nampak diorang bawak patung diorang pergi bersiar-siar..siap hias cantik2 naik lori,pastu balik sembah..Err...

Kaki Sembang said...

tu laa manusia akhir zaman ummi

Anonymous said...

Rasanya amalan ni da lama sejak dulu... Zaman tetap x berakhir lg... Anyway, kita pandang pd agama kiter sajer... Kukuhkan... Agama org biarknla kerna itu kepercayaan mereka... Siapa kita nk menghina agama org lain... Kalo org lain hina agama kiter..?

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.