Lebih 12 juta halimunan, hidup tanpa identiti

Bayangkan anda tidak memiliki negara...

Menetap di sebuah tempat merdeka dan maju, tetapi tidak boleh bersekolah, bekerja atau mendapatkan perkhidmatan kesihatan.

Anda tidak mempunyai kad pengenalan atau lesen memandu dan tidak boleh ke luar negara, sepanjang hayat anda.

Menakutkan? Itu juga perasaan lebih 12 juta orang yang kini hidup menumpang di seluruh dunia, termasuk di Malaysia.

Orang tanpa negara ini seolah-olah tidak wujud di muka bumi, tiada kewarganegaraan, tiada rekod kelahiran dan kematian.

Hanya datang dan pergi begitu sahaja. Mungkin ramai tidak faham mengapa seseorang itu tidak mempunyai negara?

Menurut Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), ada individu kehilangan kewarganegaraan kerana masalah infrastruktur atau konflik di negara sendiri.

Faktor kedua: Diskriminasi. Ini termasuk kes kaum Kurdish Faili di Iraq dan orang Rohingya di Myanmar yang dikecualikan status warganegara oleh kerajaan masing- masing kerana mereka daripada etnik berbeza.

Punca lain adalah pembubaran negara, pembentukan negara baru dan penetapan semula garisan sempadan.

Siapa mereka?

Untuk mengenali siapa dikatakan individu tanpa negara, kes terbaru yang boleh dirujuk adalah kaum Rohingya di Rakhine, Myanmar.

Rohingya adalah antara kumpulan minoriti terbesar di dunia tanpa kewarganegaraan selepas kerajaan Myanmar menarik balik taraf itu bermula 1962 kerana budaya berbeza dengan etnik Burma.

Malangnya, orang Rohingya bukan satu-satunya kaum yang ditindas kerajaan sendiri kerana masalah sama turut berlaku di Iraq, Nepal, dan Eropah.

Menurut Suruhanjaya Tinggi PBB untuk Pelarian (UNHCR), masalah orang tanpa negara paling banyak berlaku di Asia Tenggara, Asia Tengah, Eropah Timur, Timur Tengah dan Afrika.
UNHCR sendiri tidak mempunyai data tepat kerana golongan ini tidak didaftar dan hidup bersembunyi tetapi mengikut jangkaan agensi itu, Estonia, Iraq, Kenya, Latvia, Myanmar, Nepal, Syria dan Thailand mempunyai jumlah orang tanpa negara paling ramai di dunia.

Amerika Selatan pula menjadi contoh jumlah orang tanpa negara paling sedikit kerana kebanyakan negara di wilayah itu memberikan kewarganegaraan secara automatik kepada sesiapa sahaja yang lahir di negara mereka.

Sehingga kini, UNHCR masih cuba untuk membawa keluar golongan ini daripada terus menjadi halimunan, dalam kempen yang dilancarkan sejak setahun lalu.

“Jika kita tidak selesaikan isu orang tanpa negara ini sekarang, masalah ini akan berterusan sampai bila-bila kerana ibu bapa yang tidak mempunyai warganegara tidak boleh mewariskan kewarganegaraan kepada anak mereka.

“Pengasingan dan penindasan ke atas satu kumpulan manusia secara berterusan buat beberapa generasi akhirnya akan menimbulkan tekanan hebat dalam masyarakat dan menjadi punca konflik,” kata Pesuruhjaya Tinggi PBB untuk Pelarian, Antonio Guterres.

Namun usaha untuk menyelesaikan masalah ini sukar kerana orang tanpa negara adalah antara isu yang paling kurang mendapat perhatian masyarakat dunia.

“Dalam media, hanya sedikit perbincangan mengenai hal ini, di universiti pun terlalu sikit kajian. Di PBB sendiri sebelum ini, tidak banyak dibincangkan mengenai isu orang tanpa negara,” kata Mark Manly, ketua unit untuk orang tanpa negara di UNHCR kepada agensi berita kemanusiaan AlertNet milik Reuters.

Apa dikatakan Manly itu terbukti apabila hanya 38 negara telah menandatangani Konvensyen Mengurangkan Orang Tanpa Negara walaupun perjanjian itu telah wujud sejak 51 tahun lalu.

Apa nasib mereka?

Kehadiran orang tanpa negara memburukkan masalah sosial di sesebuah tempat. Dalam kes lebih dahsyat, ia turut mencetuskan peperangan apabila orang yang diketepikan ini mula mengangkat senjata, seperti di Ivory Coast dan Congo.

Golongan ini tidak boleh membuka akaun bank atau berkahwin secara sah. Ada yang ditahan bagi tempoh lama kerana tidak boleh membuktikan siapa diri mereka dan dari mana mereka datang.

Timbalan pesuruhjaya tinggi untuk perlindungan di UNHCR, Erika Feller berkata, orang tanpa negara menjadi mangsa mudah jenayah pemerdagangan manusia, perhambaan, pelacuran, dan buruh paksa kerana tidak dilindungi undang-undang di negara tumpangan mereka.

Persoalannya, sampai bila mereka akan menjadi seolah halimunan sama ada di negara sendiri, atau di negara lain di mana mereka kini menetap?

Apakah kemanusiaan sudah pudar sehingga pihak berkuasa sanggup membiarkan golongan yang menjadi mangsa keadaan ini terus tertindas?

“Amat memalukan apabila jutaan manusia dibiarkan hidup tanpa kewarganegaraan, iaitu hak paling asas bagi seorang manusia. Masalah ini seolah-olah tidak diendahkan. Kita mesti mengubah sikap ini,” kata Guterres.

Sumber: Sinar Harian

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Shuk_ArChie said...

setuju dgn pendapat tu.. Nasib baiklah kita lahir dgn status rakyat *****... itupon masih ada yg x bersyukur :)

Labels

10 Model Kereta Yang Mengalami Penurunan (2) 9 Tahanan (1) Ac Mizal (1) AES (1) Agama (1) Ajaran Sesat (2) akhir zaman (1) Amanat Haji Hadi (4) Anuar Musa (2) Anwar Ibrahim (4) Awie Kelab Malam (1) Bashar Al Assad (4) Bawani (1) Bawani UUM (1) Berita Panas (56) Biodata Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid (1) Bogel (3) Bola Sepak (1) bunuh diri (1) C Sugumaran dibelasah sehingga mati. (1) Ceramah (1) curang (2) Dajal laknatullah (1) Dibunuh Kejam (7) Diet Yang Berkesan (1) Digantung Kerja. (1) Drama Sehangat Asmara (1) Fahaman Syiah Yang Songsang (6) Gila (2) gym (1) Harga Kereta Turun (1) Hasan Nasrullah (1) Hina Islam (1) i (1) info kaki sembang (443) Info KakiSembang (82) Info Rileklaa (12) Info TintaMerah (22) Isteri Mat Yo Mengamuk (2) Janda (1) KakiSembang join Contest (1) KakiSembang join segmen (2) KakiSembang menulis (8) Kejadian Ribut Di Pulau Pinang (1) Kemalangan (1) Kematian (3) Kematian Kanang Anak Langkau (1) Kesesatan Syiah (21) khalwat (2) kiamat (1) KL112 (4) Kompaun DBKL (1) kosmo (1) Krisis di Syria (14) Kristian Di Malaysia (1) ku (1) LAHAD DATU (6) listen listen listen (1) Live Streaming (1) Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part3 Boboi (1) Makanan pelik (1) maksiat (1) Maulidur Rasul (1) Menutup aurat (2) MLM 2012 (1) Mujahidin Syiria (10) Mujahidin Syria (10) Nabi Muhammad ( SAW ) (3) Nabi Muhammad s.a.w (3) Nasharudin Mat Isa (2) Nasihat (1) ng (1) ngeri (5) Onani (1) Patrick Teoh Biadap (1) pelacuran (1) Pelik (26) Pencuri (2) pengajaran (2) Pengemis (1) Penjenayah (4) perlawanan Johor Darul Takzim vs Kelantan (1) Pilihanraya (1) Politik (9) PRU 13 (3) Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin (2) Rasuah (1) Rasulullah S.A.W (1) Rogol (18) Rosmah Mansor (3) Rusuhan Di turki (1) Saidina Umar Ibni Khattab (1) Sekadar Renungan bersama TintaMerah (88) Semakan Daftar Pemilih SPR (1) sex (13) sosej usus babi (1) SPRM (1) Sultan Sulu (2) Syiah (22) tazkirah (16) Tian Chua (1) Tragedi (1) Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (1) Ulama (1) Ustaz Azhar Idrus (9) Wanita Kencing Dan Mandi Dalam Keretapi (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

Blog Archive

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.