Padah Kejar Duit Haram Ke Tanah Suci Mekah

Surabaya: Anggota keselamatan di kota ini menahan seorang lelaki yang bakal mengerjakan haji kelmarin kerana cuba menyeludup 499 pasang sijil kahwin palsu ke Arab Saudi.

Dokumen perkahwinan berkenaan sepatutnya diberi kepada seorang lelaki di Arab Saudi pada harga 1 juta rupiah (RM319.46) setiap satu set, menurut laporan di sini.

Lelaki dikenali sebagai Bukari Muhammad Rizal, 40, adalah antara mereka yang bakal berlepas ke Tanah Suci Makkah untuk mengerjakan haji selepas berkumpul di asrama Sukolilo, di sini.

Ketika mereka tiba di lapangan terbang bandar ini, Jumaat lalu, anggota keselamatan menemui sijil kahwin itu yang diletak di celah pakaian dalam bagasi Bukari dan segera menahannya.

Pihak berkuasa lapangan terbang segera menghubungi Kementerian Hal Ehwal Agama di pejabat Jawa Timur yang memegang kuasa mengeluarkan sijil berkenaan.

Sahkan dokumen palsu

Pegawai kementerian kemudian mengesahkan semua dokumen itu adalah palsu, Polis meminta penerbangan segera ditangguhkan, kata jurucakap pejabat wilayah bagi kementerian berkenaan, Fatkul Arief. Kami masih menunggu keputusan Kementerian Hal Ehwal Agama (di Jakarta) sama ada dia (Bukari) masih dibenarkan mengerjakan haji, katanya lagi.

Bukari dilaporkan sebagai penduduk daerah Pamekasan di Jawa Timur. Sijil palsu itu sepatutnya diberi kepadanya oleh seorang saudara perempuan.

Fatkul berkata, sijil palsu itu mungkin akan dijual kepada pekerja dari negara itu diArab Saudi. Majikan di Arab Saudi dilaporkan lebih mengambil suami isteri sebagai pekerja atau amah.

Mudah dapatkan kerja

Menggunakan sijil palsu ini, pekerja Indonesia di sana boleh dapat kerja dengan lebih senang meskipun mereka bukan suami isteri, kata Fatkul.

Beliau juga berkata, dokumen palsu itu mudah dicam kerana kekurangan hologram manakala nombor siri dan warna dakwat pada kertas berbeza dengan apa yang dipakai kementerian berkenaan.

Dokumen itu bertarikh 2010, dengan ditandatangani bekas Menteri Haji, Suryadharma Ali, yang memulakan tugas pada 2009. Bagaimanapun, sijil asli 2010 menggunakan tandatangan menteri sebelumnya, Maftuh Basyuni.
Sumber: Agensi

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.