Sanggupkan Kamu Jadi Anak Derhaka - JASA IBU ADALAH TERAMAT BESAR DAN HARGAILAH IBU KITA

Assalamualaikum..Pagi-pagi nie sebelum melelapkan mata, ambe hendak berkongsi sikit kisah Imam Hasan Al- Bashri dengan seorang lelaki yang begitu taat kepada Ibunya.

Ibu adalah harta yang paling bernilai setiap daripada kita, selepas kasih kita kepada Allah dan Rasul kepada Ibu Bapalah ketaatan yang patut kita berikan selagi tidak bercanggah dengan Allah dan Rasul.

Jika Ibu kita sudah meninggalkan kita, kita sebagai anak yang soleh hendaklah selalu mendoakan kepada mereka. Dah jika Ibu masih hidup janganlah menderhaka dan bercakaplah dengan lemah lembut kepada Ibu.

Di dalam berapa surah Al-Quran adalah ditekankan mengenai dengan keperluan tuntutan anak kepada ibubapa tetapi penekanan adalah kepada ibu:
"... Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungkannya dengan menanggung kelemahan demi kelemahan..." (Surah Luqman, ayat 14), "... Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapanya. Ibunya telah mengandungnya dengan menanggung susah payah..." (Surah Al-Ahqaf, ayat 15).

Di dalam Al-Quran, seorang anak yang salleh yang tidak mempunyai bapa tetapi hanyalah seorang ibu ialah Nabi Isa AlaihiSalam. Siapa yang telah dikatakan sebagai taat kepada ibunya dan tidak menjadikannya sebagai seorang yang sombong takabbur ataupun celaka..." (Surah Maryam, Ayat 32).

Jom layan kisah Imam Hasan al-Bashri R.A

Imam Hasan al-Bashri R.A.  melihat seorang lelaki bertawaf mengelilingi Baitullah dengan membawa sebuah keranjang besar dari daun kurma.

Maka Imam Hasan menegur lelaki tersebut dengan katanya: "Wahai tuan, lepaskanlah keranjangmu, hormatilah kesucian BaitUllah."


Lelaki tersebut menjawab: "Wahai Syaikh, dalam keranjang ini ada ibuku. Aku telah menggendongnya di bahuku sebanyak 7 kali haji. Aku menggendongnya dari kediamanku di kawasan Syam yang paling jauh hingga ke sini. Aku mengelilingi tempat-tempat perlaksanaan haji dan juga Baitullah sambil menggendongnya, maka apakah aku sudah memenuhi haknya?"


Imam Hasan menjawab: "Seandainya kamu menggendongnya di atas bahumu selama 70 tahun dari belahan bumi yang paling jauh, maka itu pun kamu belum memenuhi hak ibumu dan barangkali apa yang telah engkau lakukan itu hanya untuk satu kali engkau berputar dalam perutnya".

Sungguh besar hutang kita dengan ibu kita. PadaMu Ya Allah, kami memohon agar dibahagiakan ibu ayah kami dengan kami, jadikanlah kami penyejuk mata mereka, ampunilah kedua mereka serta tinggikanlah darjat mereka dalam syurgaMu.

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.