Silap Mintak Rasuah laa - Anggota Polis Cuba Minta Rasuah Selebriti Buat Laporan

Seorang anggota polis trafik akan menempuhi episod malang dalam hidupnya apabila cuba meminta rasuah atau sogokan dari seorang selebriti iaitu pelakon dan DJ radio Tyzo ataupun namanya penuhnya Tuah Zoqarnain Idris.

"Saya ditahan oleh salah seorang anggota polis trafik pada Isnin lalu dan dia meminta sogokan sehingga menyebabkan saya terpaksa melaporkan perbuatan buruk itu kepada pihak atasannya agar menjadi pengajaran kepada anggota terbabit serta polis-polis lain. 
"Bukan setakat pihak PDRM sahaja, malah saya turut memaklumkan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan mereka telah memberikan respons terhadap laporan berkenaan,"
Tyzo berkata dia ditahan kerana kesalahannya memandu kenderaan menggunakan cermin gelap dan anggota polis berkenaan memberi pilihan sama ada untuk menyelesaikan kes tersebut dengan memberi sogokan ataupun mengeluarkan saman.
Katanya, selepas memohon maaf kerana kesalahan itu, anggota polis tersebut tetap menyuruhnya membuat pilihan yang ditawarkan sehinggalah Tyzo terpaksa memberitahu dia adalah petugas media dan akan melaporkan perbuatan itu kepada pihak atasan PDRM.“Mungkin kerana terkejut dengan penjelasan itu, anggota tersebut melepaskan saya dengan meninggalkan saya begitu sahaja tetapi saya sempat mencatat nama dan nombor badannya,” 
Katanya, selepas memikirkan beberapa perkara, dia telah menulis mengenai peristiwa itu lalu mengirimkannya kepada pihak atasan PDRM termasuklah Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar menerusi e-mel serta pihak SPRM. 
Sumber: mStar
P/S: Bagi ambe laaa, artis nie pun buat salah pakai cermin gelap..hehe..tapi kalau bab rasuahlaa sangat subjektif.sebab masing2 ada kepentingan contohnya Polis pun nak duit dan pesalah pun x nak bayar saman..mahal boh..
Jadi untuk mengelakkan rasuah nie, kerajaan harus mengurangkan saman tu jangan duk tinggi sangat dan menaikkan gaji pihak Polis terutama SPRM..hehe cadangan hamba sahaja, rakyat jelata..

Artikel Menarik Lainnya



8 comments:

Anonymous said...

pada aku ler mmg mamat ni yg salah mula2..ko dah kena wat pilihan..amik ler sman pastu barulah report rasuah...bila dah kena baru terhegeh hegeh nak hantar surat sana sini..sblm ni org cakap pasal saman mahal lu org marah kat pkr..lu pikirlah sendiri

Ikmal said...

Assalam, baru tau... kan kena dah.... Sepatutnya PDRM menjadi contoh bukannya nak minta rasuah... memang patut kita laporkan perkara seperti ini kelak nanti rosak imej anggota polis...

mangchikla said...

ape susah oh, saman selebriti, amik tindakan atas di perasuah..

bunbinban said...

Gua dgn polis..gua mintak maaf dulu kalau gua salah. Kalau nasib baik gua di lepaskan kalau tidak gua terima je saman. Nak bagi kat polis 'duit'...maaf la bro. Gua ada prinsip.

Anonymous said...

Polis tu patut di ambil tindakan kerana minta rasuah, tapi mamat tu pun mesti di kenakan tindakan kerana cermin gelap. Tak payah saksi saksi dia pakai cermin gelap , sebab dia dah mengaku.

Anonymous said...

Polis tu patut di ambil tindakan kerana minta rasuah, tapi mamat tu pun mesti di kenakan tindakan kerana cermin gelap. Tak payah saksi saksi dia pakai cermin gelap , sebab dia dah mengaku.

Anonymous said...

setuju kat bahagian P/S tu. patot saman jgn mahal. wat murah RM 30 ke, kalau 3 4 kali kene serik lah org tu. and btol gaji polis kene up kan lg sbb rasuah ni faktor dari gaji jgk. kalo tggi sket gaji insyaAllah tak amek rasuah mcm kat singapore. ini pendapat hamba sjh. :p

Anonymous said...

Xde maknonyo gaji polis naik lagi... Ini bukan sbb pasal gaji yg rendah, tp sbb perangai kebanyakan polis yg gunakan kuasa polis utk aniaya org ramai... Walau x semua... Katakan gaji polis naik, agak2 ada rasuah x....? Jawapannya tetap ada sbb da semacam budaya... Polis singapore tegas.. Polis sini hampagas... Dah mcm polis siam...

Labels

10 Model Kereta Yang Mengalami Penurunan (2) 9 Tahanan (1) Ac Mizal (1) AES (1) Agama (1) Ajaran Sesat (2) akhir zaman (1) Amanat Haji Hadi (4) Anuar Musa (2) Anwar Ibrahim (4) Awie Kelab Malam (1) Bashar Al Assad (4) Bawani (1) Bawani UUM (1) Berita Panas (51) Biodata Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid (1) Bogel (3) Bola Sepak (1) bunuh diri (1) C Sugumaran dibelasah sehingga mati. (1) Ceramah (1) curang (2) Dajal laknatullah (1) Dibunuh Kejam (7) Diet Yang Berkesan (1) Digantung Kerja. (1) Drama Sehangat Asmara (1) Fahaman Syiah Yang Songsang (5) Gila (2) gym (1) Harga Kereta Turun (1) Hasan Nasrullah (1) Hina Islam (1) i (1) info kaki sembang (438) Info KakiSembang (82) Info Rileklaa (12) Info TintaMerah (22) Isteri Mat Yo Mengamuk (2) Janda (1) KakiSembang join Contest (1) KakiSembang join segmen (2) KakiSembang menulis (8) Kejadian Ribut Di Pulau Pinang (1) Kemalangan (1) Kematian (3) Kematian Kanang Anak Langkau (1) Kesesatan Syiah (20) khalwat (2) kiamat (1) KL112 (4) Kompaun DBKL (1) kosmo (1) Krisis di Syria (13) Kristian Di Malaysia (1) ku (1) LAHAD DATU (6) listen listen listen (1) Live Streaming (1) Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part3 Boboi (1) Makanan pelik (1) maksiat (1) Maulidur Rasul (1) Menutup aurat (1) MLM 2012 (1) Mujahidin Syiria (10) Mujahidin Syria (10) Nabi Muhammad ( SAW ) (2) Nabi Muhammad s.a.w (2) Nasharudin Mat Isa (2) Nasihat (1) ng (1) ngeri (5) Patrick Teoh Biadap (1) pelacuran (1) Pelik (24) Pencuri (2) pengajaran (1) Pengemis (1) Penjenayah (4) perlawanan Johor Darul Takzim vs Kelantan (1) Pilihanraya (1) Politik (9) PRU 13 (3) Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin (2) Rasuah (1) Rasulullah S.A.W (1) Rogol (15) Rosmah Mansor (3) Rusuhan Di turki (1) Saidina Umar Ibni Khattab (1) Sekadar Renungan bersama TintaMerah (88) Semakan Daftar Pemilih SPR (1) sex (9) sosej usus babi (1) SPRM (1) Sultan Sulu (2) Syiah (21) tazkirah (15) Tian Chua (1) Tragedi (1) Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (1) Ulama (1) Ustaz Azhar Idrus (9) Wanita Kencing Dan Mandi Dalam Keretapi (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

Blog Archive

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.