Tanpa Rasa Bersalah Penyanyi Melayu Nadhira Memeluk Anjing.

Sebelum ini, negara agak kecoh apabila terdapat beberapa selebriti tanah air yang beragama Islam bergambar dengan memegang anjing.

Antara artis yang pernah terlibat adalah penyanyi, Adira dan pelakon, Nanu Baharudin.
Kini, menerusi laman portal Budiey.com, giliran penyanyi rap Nadhira pula dilihat sedang memegang binatang yang diharamkan itu.

Namun begitu, tidak pula penulis tahu sejauh mana keadaan anjing berkenaan.
Misalnya sama ada basah atau kering.

Mungkin Nadhira dapat memberi kenyataan berhubung isu ini kelak.
Sementara itu, bagi seiapa yang tidak mengenali Nadhira, dia sebenarnya artis Malaysia yang sedang meningkat naik di persada seni antarabangsa.

Antara lagunya yang popular adalah Hitam Kuning (Go Tigers), Rindu dan Tears Us Apart.
Terbaru dia bakal mengadakan persembahan di Australia.


P/S: Nie laa akibatnya terlalu ikutkan budaya barat yang tidak tahu asal usul..Sampai najis Mughalazzah pun x reti nak beza..Anjing tu haram hoi sentuh kena samak.

Artikel Menarik Lainnya



7 comments:

AHMAD SEEKERS said...

maaf laa kalau terasa..depa ni hakikatnya islam pada i/c saja..amalan gaya hidup bukan macam islam dah..

samalaa jugak dengan puak2 pemerintah, puak2 feudal yg kerja mentekedarah duit rakyat..bab agama bukan tau sebenda pon..

kalau org kata itu haram..haram laa..kalau org kata itu halal..halal laa..

tp walau teruk mcm mana pon depa ni..kita kena teruskan berdoa supaya dipertemukan dgn hidayah Allah..hidayah itu milik Allah..

baik buruk manusia itu dilihat pada pengakhiran hidupnya..moga2 dikurniakan Allah husnul khatimah(pengakhiran yg baik)..

-Ahmad Seekers

Anonymous said...

sori bro wa nk terangkan disini,sebenarnya pegang anjing dan babi tu x haram,cuma lepas pegang tu hendaklah disamak supaya bersih dari najis berat,yg haram sebenarnya ialah bersentuhan kulit antara dua jantina yg berbeza yg bukan muhrim.aku belum jumpa lag dalil yg mengatakan pegang babi dan anjing tu haram kalau kata makan anjing dan babi tu haram tu aku ada jumpa.
kalau ada sapa-sapa yg ada dalil tu sila kemukakan.

-sekadar teguran je bro,no heart feelings

Anonymous said...

Saper kata anjing tak boleh disentuh? dia cuma haram kalau bulu basah atau kena air liur je.Jgnlah sempit sgt fikiran tu.. Allah mencipta anjing ada sebabnya & dia juga spt haiwan lain.Tak tengok ke blog PH ttg anjing yg dia selamatkan & bela tapi takdelah smpi peluk2. Aku pun suka anjing takde aku nak peluk2.Setakat bagi makan minum dh cukup. Mcm artis ni drpd ko peluk anjing lebih baik ko sedekah duit tabung kebajikan haiwan yg terbiar lagi baik.Dpt jugak pahala.

RojakPasembor said...

Inilah jadinya apabila asas pendidikan agama hanya menjadi pendidikan asas.

Anonymous said...

1. Mengikut al-Quran tiada larangan memelihara anjing

2. Mengikut Mazhab Shafie (mazhab majoriti Muslim Malaysia), anjing dianggap sebagai Najis Berat di mana kalau terkena najis / air liur anjing harus dicuci 7 kali dengan air dan sekali dengan air bercampur tanah. Tidak ada larangan menyentuh anjing.

3. Dalam Mazhab Shafie, hukumnya adalah harus jika memelihara anjing bagi tujuan buruan, keselamatan tetapi tidak boleh jika untuk tujuan suka-suka atau haiwan kesayangan. Ini selari dengan Hadith Rasulullah S.A.W yang bermaksud dari Abi Sufian bin Abu Zuhair, bahawa Nabi S.A.W. bersabda antara lain maksudnya : "Barang siapa yang memelihara anjing bukan untuk menjaga ladang atau ternakan, maka setiap hari pahalanya berkurangan satu qirot" (Riwayat Bukhari & Muslim)

4. Masalahnya adalah sesetengah umat Islam Malaysia yang "bertukar" Mazhab ke Maliki yang katanya tidak menghalang pemeliharaan anjing dan sebagainya. Di sini ulama bersepakat bahawa Islam tidak pernah melarang umatnya bertukar Mazhab di mana mengikut sesuatu Mazhab menyebabkan kemudaratan.

5. Walaubagaimanapun ulama juga berpendapat bahawa seseorang pengikut Mazhab harus mendalami Mazhab tersebut sebaik mungkin dan hanya bertukar Mazhab (sama ada sepenuhnya atau mengikut aktiviti) setelah diyakini dalil-dalilnya. Tidak boleh bertukar Mazhab kerana ianya "senang".

Nak tahu lebih boleh baca sendiri dari JAKIM (pdf). Tetapi masih ramai rakyat Malaysia yang terlalu fokus tentang isu artis pegang anjing sedangkan artis itu seksi sudah dianggap normal atau lumrah - bukan ke tutup aurat itu kewajipan yang lebih besar?

Anonymous said...

Apa boleh buat, mak ayah nya tak ajar dia bab najis.Apa nak dihairankan, ada pemimpin Melayu kita yang tak boleh jawab soalan budak sekolah contoh najis mugholazah. Bab anjing ni kalau dah disentuh dengan tangan tak berlapik tu mesti haram; sebab tapak tangan dan kulit manusia sentiasa mengeluarkan air peluh walaupun kita tak perasan.

Anonymous said...

ok...dia pegang anjing...so??wat is de issue???samak jer lah..skarang ni dah ada sabun taharah pun x payah susah2 nak cari Tanah..kenapa x tegur artis n orang yang bukan mahram bersentuhan, berpegangan, berciuman tu??macam mana nak buat tu??x blh samak..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.