Walaupun tidak kain sembahyang
Sebelum itu, suka saya ingatkan bahawa entri ini sama sekali tidak bermaksud ingin menyalahi kebiasaan dan menyanggahi kelaziman, cuma ia sekadar ingat mengingatkan dan nasihat menasihati sesama kita. Buat pengetahuan semua, di Kelantan Tuan Guru Dato’ Nik Abdul Aziz Nik Mat sering memperbetulkan salah faham berkaitan isu telekung ini menerusi kuliah mingguannya di Dewan Zulkifli Muhammad Kota Bharu.
Katanya, telekung dan warna putih bukanlah syarat untuk bersolat. Ia cuma kebiasaan masyarakat terutamanya di sekitar Nusantara. Kata Tok Guru lagi, boleh sahaja bersolat tanpa memakai telekung asalkan menutup aurat.
Aurat bagi wanita ketika bersolat sama sahaja dengan aurat di luar solat ( kecuali kategori aurat ketika bersendirian dan aurat ketika bersama mahram ), iaitu seluruh badan kecuali muka dan tapak tangan. Jadi, jika syarat ini telah dipenuhi, maka sahlah solat wanita tersebut walaupun tidak memakai telekung atau ‘uniform’ solat yang berwarna putih tersebut.
Menutup aurat juga perlu diperbetulkan takrifnya. Memakai pakaian yang ketat hingga menampakkan bentuk(shape) badan dan nipis atau jarang yang boleh menampakkan bayangan tubuh badan, tidaklah dianggap menutup aurat dengan sempurna. Oleh itu baju kebaya, tidak boleh sama sekali dibuat bersolat dan ia juga dianggap tidak menutup aurat dengan sempurna.
Kesimpulannya pakaian yang hendak digunakan untuk bersolat mestilah agak longgar (tidak sempit atau ketat) dan agak tebal ( tidak nipis dan jarang). Itu sahaja, mudah dan senang. Itulah wajah islam yang sebenar yang tidak sesekali merumitkan penganutnya.
Jika kita perhatikan, terdapat segelintir wanita mengabaikan solat ketika leka membeli belah di Shopping Kompleks dengan alasan tidak bawa telekung atau telekung yang disediakan di surau kat shopping kompleks kotor dan baunya tidak menyenangkan. Ada yang terlebih bijak pula memberikan jawapan yang terlalu menyimpang dari landasan agama, iaitu nak qada solat kat rumah nanti. Entah kitab mana yang dirujuk dan entah ulama mana yang dijadikan sandaran.
Sebenarnya, Qada solat adalah untuk orang yang meninggalkan solat tanpa sengaja seperti tertidur dan terlupa. Bagi yang meninggalkan solat secara sengaja,termasuk dengan alasan tidak bawa telekung hukumnya berdosa besar( malah sesetengah ulama menghukumnya sebagai kafir). Pelakunya mesti bertaubat dengan sebenar-benar taubat dan menqada solat yang ditinggalkan itu sesegera mungkin.
Jadi dalam situasi sebegini, jika wanita tersebut telah memakai pakaian yang memenuhi kriteria menutup aurat sebagaimana yang telah dijelaskan, maka wanita tersebut boleh langsung bersolat dengan pakaian tersebut.
Sumber
P/S: Mana-mana tempat pun boleh bersembahyang..Moga kita ditempatkan sebagai orang bersabar dalam mengerjakan Solat...Berat Sungguh tuntutan ini bagi orang yang lemah macam ambe nie..




6 comments:
betul tu, solat tu boleh je di mana-mana dan dalam apa-apa pakainan pun. tapi ada sesetengah yang masih tidak faham sehinggakan sanggup menangguhkan solat bila tidak ada telekung.
org sekarang je ilmu cetek...asalkan pakaian labuh dan menutup aurat.masih boleh untuk solat...inilah namanya keindahan Islam...hehe
Syarat sah solat bagi wanita dan lelaki ialah menutup aurat, tak ada telekong pun tak apa. Muslimah di negara China juga tak pakai telekong tapi solat dengan menutup aurat.
Dengan itu jangan jadikan ketiadaan telekong sebagai alasan untuk tidak bersolat.
Sungguhpun begitu pakaian yang sendat
walaupun menutup badan tidak dikira menutup aurat bagi wanita.
wanita arab pun tak pakai telekong asalkan menutup aurat seperti dalam sembahyang sudah memadai begitu mudahnya suruhan Allah tetapi sebagai makhlukNya yang daif selalu juga meninggalkan suruhanNya itu
Hamba Allah yang suka memberi sebab tidak bertelekong tidak boleh sembahyang adalah hamba Allah yang tinggi dengan kelulusan ilmu tapi jahil dalam beribadat, oleh itu belajarlah wahai hamba-hamba Allah yang jahil sebelum kita dijemput oleh Khaliq yang sentiasa Maha Penerima Taubat.
wanita bole bersolat tanpa telekung..tapi pastikan menutup aurat dan pakaian ade la bersih
Post a Comment