Kisah Makcik Tua Jual Kerepek Di Tengah Hujan Lebat | Kisah Yang Menyedih Dan Menginsafkan

Kisah Makcik Tua Jual Kerepek Di Tengah Hujan Lebat | Kisah Yang Menyedih Dan Menginsafkan | Lewat petang tadi masa lepak dengan Tinta Asyraf sambil minum-minum, ambe rasa syahdu tengok seorang makcik yang gigih menjaja kerepek ke sana sini. Dalam hujan yang lebat, ambe terbayang pada ibu ambe, kalau lah ianya terjadi pada ibu ambe sendiri.

Ambe : Raf, tengok makcik tu, sedih ambe tengok. Basoh habis baju dok jaje kerepek. Ambe tak bagi mok ambe jual-jual gitu Raf. Sedih ambe tengok.

TA : Ari tu makcik lain, aku ingat dia ada syarikat besor ni...ha..ha..ha.. Tapi , mungkin makcik ni jiwa dia kebal. Dia tak suka nyusohkan orang kot. 

Ambe : Betul gok Raf...

Ambe teringat kisah yang memang popular kat Amerika. Seperti yang Tinta Asyraf kata tu la, ada kisah duka seorang isteri juga merupakan ibu kepada dua orang anak kembar. Dia berkahwin dengan lelaki pilihannya. Malang sekali, setelah berkahwin dia baru mengetahui bahawa suaminya merupakan seorang penagih dadah tegar.



Setiap hari dia akan menanti kepulangan suaminya. Sudah pasti hidangan pukulan, tendangan dan tampar dari si suami menjadi rutin harian. Suaminya akan pulang dalam keadaan menggigil dan membelasah si isteri yang enggan memberikan wang kepadanya. Ketagihannya yang melampau membuatkan isteri terpaksa bekerja keras mencari wang untuk menyara kedua anak kembar mereka.

Yang lebih menyedihkan, setiap kali si isteri dibelasah suaminya, perbuatan itu diperhatikan oleh kedua-dua anak mereka. Fenomena ini memberi kesan yang mendalam kepada kedua-dua anak tersebut.

Masa berlalu pantas, rumah tangga ini punah sama sekali. Si suami kemudian meninggal dunia dengan mulut berbuih di bawah jambatan. Si isteri pula tidak lama kemudian meninggal dunia akibat kesan tekanan yang sangat dahsyat. Tinggallah kedua-dua anak kembar ini meneruskan kehidupan sendirian.

Bertahun-tahun kemudian orang menemui seorang daripada kembar tersebut sedang hancur ketagihan dadah terbongkang di bawah jambatan. Di mana saudara kembarnya? Mereka menemuinya di wisma miliknya sendiri di bawah nama syarikat guaman paling terkemuka. Dia menjadi seorang peguam hebat. Ketika ditanyakan kepada mereka berdua tentang nasib hidup yang berbeza, jawapan kedua-duanya adalah sama.

“Saya tengok apa yang ayah lakukan.”

Seorang melihat kemusnahan itu dan menirunya.

Seorang lagi melihat benda yang sama dan bertekad untuk segera membesar bagi membebaskan ibu daripada seluruh kesakitan itu!

Seorang lagi melihat kehidupan lampau mereka dan motivasinya musnah. Sementara yang seorang lagi melihat kehidupan lampau sebagai pendorong motivasi.

Dua anak membesar daripada susuan ibu yang sama, tinggal di rumah yang sama, bermain di lorong yang sama, makan hidangan yang sama serta menyaksikan semua benda yang sama, tetapi membesar sebagai manusia yang berbeza. Si penagih melihat perangai si ayah untuk dijadikan ikutan. Si peguam melihat perjuangan ibunya membuatkan ia gigih menegakkan keadilan.

Bukan apa yang dilihat, tetapi bagaimana seseorang melihatnya.

Artikel Menarik Lainnya



2 comments:

Anonymous said...

Pak Majid melihat dengan mata kepalanya sendiri serta mendengar dengan telinganya yang belum pekak perihal penipuan serta penyelewengan yang dilakukan oleh pemimpin umnoh, namun masih juga memangkah dacing setiap kali pilihanraya diadakan....sedangkan anaknya yang berkelulusan universiti sudah lama berubah angin. Si anak menggunakan otak sementara si bapa berfikir guna kepala lutut...

Anonymous said...

Cuba tny makcik2 tu dr mn... Stakat ni, suma yg di tanya dr sabak bernam... Bagus jual brg2 iks direct gitu drp guna org tgh... Tp sumanya strategi peniagaan... Makcik2 yg jual mungkin taukenya, atau mereka pekerja... Kalo makcik2 jualkn penuh simpati... Ada yg sedap, ada yg rasa x semenggah... Terpulang pd masing2... Tp mostly mereka ni mewah... Tp hasil peniagaan dan usaha mereka sendiri... Sama2 lah kita membantu sesama kita...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.