Anggaran 30k Hadiri Kuliyyah Ustaz Azhar Idrus di Pahang

Dashyat kehadiran yang melebihi jangkaan, itulah yang dikatakan fonemona Ustaz Azhar Idrus
( UAI ), Kuliyyah ini di Kuantan dan yang membanggakan kebanyakan yang hadir adalah dikalangan golongan muda.

Kuliyyah UIA hanya bersahaja dan hanya berkisar tentang Fardhu Ain sahaja dan menjawab persoalan yang dikemukakan kepada beliau, beliau menggunakan lograt Terengganu yang pekat tetapi walau dimanapun kuliyyah beliau pasti mengundang ribuan pendengar.

Dalam beliau berdakwah pun bermacam-macam fitnah dan cacian diterima daripada pihak yang aku rasa amat cemburu dan takut kepada bayang-bayang sendiri, bagi akulah itulah sunnatullah sebagai seorang Dai'e. Aku harap Allah kurniakan kesihatan kepada UIA dalam menyebarkan risalah Islam di bumi Malaysia.
Jom sama-sama kita bulatkan tekad untuk belajar ilmu agama. Menuntut ilmu adalah ibadah, bahkan merupakan Ibadah yang paling agung dan paling utama, sehingga Allah menjadikannya sebagai bagian dari jihad fisabilillah.

Sebagaimana firmanNya dalam surat At Taubah 122. Rasulullah bersabda “Barang siapa keluar dalam rangka thalabul ilmu (mencari ilmu), maka dia berada dalam sabilillah hingga kembali.” (HR. Tirmizi).

Imam Ahmad berkata : “Ilmu itu sesuatu yang tiada bandingnya bagi orang yang niatnya benar”. Bagaimanakah benarnya niat itu wahai Abu Abdillah?” tanya orang-orang kepada beliau. Maka beliau menjawab “yaitu berniat untuk menghilangkan kebodohan dari dirinya dan orang lain”.
Sumber: http://batuvskayu.blogspot.com
 

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.