Baru kenal teman lelaki,gadis sudah dirogol berkali-kali.

Seorang gadis berusia 20-an yang menetap di sini berdepan detik mencemaskan dalam hidupnya apabila dia diculik pada 28 November lalu dan dirogol beberapa kali oleh lelaki yang baru dikenalinya sebelum dia berjaya melarikan diri 3 Disember lalu di Dungun, Terengganu. Dalam kejadian 28 November lalu, media difahamkan bapa gadis malang berkenaan berusia lingkungan 50-an membuat laporan di Balai Polis Tampin selepas menerima panggilan telefon daripada anaknya yang dalam keadaan cemas. Kali terakhir anaknya dilihat ialah pada 6 petang, 28 November lalu yang mahu keluar berjalan-jalan dengan lelaki yang baru sahaja dikenalinya itu.

 Ketua Polis Daerah, Superintendan Wooi Kooi Cheang berkata, susulan kerjasama orang awam dalam membantu gadis berkenaan membuat laporan di Balai Polis Dungun, lelaki yang baru dikenalinya itu berjaya ditangkap pihak polis pada hari sama mangsa berjaya melarikan diri. “Pada 3 Disember, suspek iaitu seorang lelaki berusia 20-an meninggalkan mangsa di dalam kereta yang masih belum dimatikan enjinnya untuk mengeluarkan wang di mesin ATM di Dungun, Terengganu. “Bagaimanapun, mangsa yang menyedari dia mampu menyelamatkan diri telah bertindak melarikan kereta Perodua Kancil berkenaan dan memohon bantuan orang awam untuk bertanyakan lokasi balai polis berhampiran,” katanya kepada media, di Ibu Pejabat Poilis Daerah (IPD) Tampin, dekat sini, semalam.

 Kooi Cheang berkata, pada keesokan harinya (4 Disember) selepas berjaya diselamatkan, mangsa sekali lagi membuat laporan di Balai Polis Tampin bahawa dirinya dirogol beberapa kali oleh suspek semasa dilarikan termasuk sekali di Tampin. "Suspek kini ditahan reman selama empat hari dan tempoh itu bakal dilanjutkan bagi membolehkan pihak polis menyiasat kes berkenaan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan bagi kesalahan menculik yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga tujuh tahun serta denda jika sabit kesalahan. “Malah, suspek juga disiasat di bawah Seksyen 376 Kanun Keseksaan bagi kesalahan rogol yang mana jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan," katanya.

Sumber www.utaranews.com

P/S: Zaman sekarang ini begitu mencabar penuh dengan jenayah terutama kes rogol yang begitu membimbangkan. Pendapat akulah bagi kes rogol ini, kesalahan adalah banyak terletak pada didikan ibu bapa kerana terlalu mengambil ringan tentang kelakuan anak-anak dan kurang memberi didikan agama kepada meraka contohnya tidak memantau dengan siapa anak kita berkawan, tidak mempedulikan pakaian anak-anak mereka samaada menutup aurat ataupun tidak.Pihak kerajaan juga harus sedar keperluan untuk melaksanakan hukum Allah di bumi Malaysia. Harus diingatkan bahawa hukuman Allah bukan menghukum tapi mendidik dan mendapat pencegahan secara langsung daripada Allah..
Negara yang makmur, maju dan mendapat keberkatan dan pengampunan daripada Allah...Ameen Sayang Malaysia.

Artikel Menarik Lainnya



0 comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.