Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang

AL FATIHAH & DOA KESEJAHTERAAN...

Bekas Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah, 80, meninggal dunia di Hospital Selayang, Selangor Selasa kira-kira pukul 8.30 malam.

Ia disahkan oleh adik Allahyarham Engku Taib kepada Bernama di sini.

Jenazah Allahyarham dijangka dikebumikan pada pukul 11 pagi Rabu di Tanah Perkuburan Bukit Kiara.

Allahyarham yang dilahirkan pada 15 April 1932 di Besut meninggalkan seorang balu Tengku Zahab dan enam orang anak, empat daripadanya lelaki.

Allahyarham memegang jawatan Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja selama 22 tahun mulai tahun 1989 hingga 2011.- BERNAMA
 
P/S: Dari kecil sehingga sekarang time nak raya jer, mmg tertunggu2 la  Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja mengishtiharkan tarikh bermulanya puasa dan hari raya. Moga Arwah ditempatkan dikalangan orang beriman dan beroleh rahmat dari yang Esa ...Ameen

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Mat Gebu said...

Al-fatihah untuk arwah....Dan sudah menjadi kebiasaan mendengar arwah yang menyampaikan tarikh permulaan puasa dan hari raya, bila ada yang baru, 'feel' dah tak sama...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.