#BreakingNews TERKINI Benteng Empangan Paya Peda ( Terengganu ) terpaksa dipecahkan

Lakaran grafik pemandangan Empangan Paya Peda
                                    Sebahagian benteng Empangan Paya Peda di Besut

KUALA TERENGGANU — Sebahagian benteng Empangan Paya Peda di Besut yang masih dalam pembinaan terpaksa dipecahkan semalam untuk melepaskan takungan air demi keselamatan penduduk kawasan sekitar.

Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said berkata meskipun tindakan itu menyebabkan kawasan sekitarnya dilandar banjir, namun ia terpaksa dilakukan demi mengurangkan risiko tekanan pada kandungan air berlebihan di empangan.

Katanya, langkah itu dibuat untuk membolehkan air daripada empangan berkenaan dialir keluar secara terancang.

Berikutan tindakan memecahkan benteng empangan itu, banjir melanda daerah Besut dengan lebih 1,000 penduduk terpaksa dipindahkan setakat ini, ke pusat pemindahan banjir.

"Empangan ini belum lagi siap dan kandungan air di dalamnya mungkin belum sampai tahap maksimum. Kita takut tekanan dan air melimpah dan sebagainya, sebab itu kita terpaksa buat (pecahkan) melibatkan perunding, kontraktor dan JPS (Jabatan Perparitan dan Saliran),” katanya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis penganugerahan Pingat Emas dan Sarjana Terengganu Yayasan Terengganu (YT) ke-33 di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam (TTI) di sini hari ini.

Ahmad menasihati penduduk di daerah berkenaan agar berwaspada, bertenang dan sentiasa mengikuti arahan bagi mengelak sebarang kejadian tidak diingini berikutan pelepasan air daripada empangan itu.

Beliau berkata beberapa kawasan di daerah Besut sering dilanda banjir setiap kali musim tengkujuh dan bukan disebabkan tindakan melepaskan air empangan sepertimana yang berlaku sekarang.
"Walaupun empangan ini siap setahun dua lagi, banjir tetap juga berlaku kerana Besut mempunyai kawasan rendah dan sawah padi. Cuma dengan adanya empangan, ia (banjir) diharap dapat dikurangkan,” katanya. — BERNAMA

Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my

P/S: Musim tengkujuh di Pantai Timur adalah perkara biasa tiap-tiap tahun, tapi tahun ini aku tengok berlaku banjir yang aku rasa teruk jugaklah. Apa tidaknya sampai empangan Paya Peda terpaksa dipecahkan..Korang x bimbang ke bila empangan dipecahkan mesti berlaku kenaikan air yang mendadak dan takungan air akan berlaku, ini akan menyebabkan berlaku takungan air yang lama.

Pasal kat Terengganu nie asyik masalah jer.. Dulu Stadium runtuh, pas tu Hentian Bas Kuala Berang runtuh,sekarang empangan lak kena pecahkan..Masalah2. Nasib baik Empangan Kenyir x pecah kalau dak seluruh Terengganu tenggelam..
Satu lagi mesti  pencuri dan perompak sedang berkeliaran di sekitar rumah yang mengalami banjir, Simpan barang kemas molek-molek jangan sampai balik rumah nanti kosong k..hehe 

Aku nasihatkan supaya kampung yang megalami banjir cepat-cepat berpindah ke penempatan yang di tentukan oleh kerajaan. Kalau Kelantan terjadi perkara ini, mesti dah jadi Isu besar nie..hehe Politik2..
Kat Amerika pun banjir jgk..hehe

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

ikaa said...

ishhh makin terukkan...keciannya kat kwn2 ikaa kat sna... mn dgn exam kena tunda..hmmm nk blik pn xlehh

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.