Lagi Tentang Perkembangan Di Syria - Siapakah Firaun Hafiz dan Bashar al Assad ( Jom Baca )

Hafiz dan Bashar al Assad

Kezaliman rejim diktator Bashar al Assad bukanlah sesuatu yang baru. Bahkan ianya telah bermula sejak zaman ayahnya Hafiz al Assad yang mula memerintah Syria sejak tahun 1970 melalui rampasan kuasa dan terus memegang tampuk pemerintahan sehingga tahun 2000. Hafiz al Assad telah memerintah secara kuku besi selama 30 tahun dan telah melancarkan pelbagai serangan

kepada rakyatnya sendiri bagi mempastikan bahawa beliau dan keluarganya serta mereka yang bersekutu dengannya terus berkuasa.
Tragedi Hamma Firaun baru di Syria...

Tragedi Hamma 1982

Di antara peristiwa besar yang telah menimpa rakyat Syria di zaman Hafiz al Assad ialah tragedi berdarah Hamma apabila dianggarkan seramai 46,000 rakyat Syria yang tidak berdosa terutamanya di kalangan penyokong Ikhwan Muslimin Syria yang telah dibunuh oleh rejim diktator ini.

Hafiz al Assad kemudiannya digantikan oleh ayam tambatannya, Bashar al Assad yang mula mengambil alih pemerintahan sejak tahun 2000 selepas pemergian ayahnya.
1982 2012 Hama Massacre Hafez Bashar al Assad Firaun baru di Syria...

Tragedi demi tragedi….

Secara tiba-tiba, beliau yang menukar kerjayanya ketika berumur 34 tahun, daripada seorang pakar bedah mata kepada Ketua Negara Syria. Ironinya daripada seorang doktor yang berperanan merawat pesakit, beliau boleh terus mewarisi kekejaman dan kezaliman ayahandanya yang baru meninggal duni disebabkan oleh penyakit radang paru-paru.
Sembah Bashar Firaun baru di Syria...

Firaun yang baru…

Dengan pantas beliau mengadaptasi peranan menzalimi rakyat sebagaimana ayahndanya demi pengekalan tampuk kekuasaan. Kekejaman rejim ini bukanlah sekadar menghukum rakyatnya dengan penderaan fizikal semata-mata. Bahkan rakyat telah dipaksa untuk memberikan ketaatan total kepada diktator ini sehinggakan ke tahap menganggapnya sebagai Tuhan.

Mereka yang disyaki bersama pergerakan kebangkitan rakyat akan ditahan dan disiksa sehingga mereka dipaksa melafazkan “La ilaha illa bashar” yang bermaksud ‘Tiada tuhan melainkan Bashar’.
iran iraq 0825 Firaun baru di Syria...

Sokongan padu dati militia Syiah Iraq dan Iran

Tahanan yang enggan berbuat demikian akan disiksa sehingga parah dan cacat atau pun sehingga membawa kematian. Lebih menyedihkan apabila kezaliman seumpama ini terus mendapat sokongan daripada Hizbullah, Iran, Syiah Iraq dan juga China dan Russia.

Manusia dan kerajaan yang waras pastinya akan menolak kekejaman dan kezaliman yang dilakukan oleh rejim Bashar al Assad kepada rakyatnya sendiri.

Tulang-belakang Bashar al Assad
shabiha 3 Firaun baru di Syria...

Shabiha – Samseng atau Hantu-hantu Bashar
Beberapa anak muda gangster ini dikenali sebagai Shabiha ( Bahasa Arab: الشبيحة ash-Shabīḥah) yang bermaksud ‘hantu’.

Jumlah mereka yang mencecah angka ribuan adalah merupakan tonggak yang mempertahankan rejim diktator Syria, Presiden Bashar al Assad.

Merekalah yang membunuh dan menyiksa para tahanan di kalangan rakyat Syria mengikut sesuka hati mereka. Di kalangan tahanan remaja, ada yang telah disiksa dengan mencabut kuku-kuku mereka dan dipaksa supaya melafazkan kata-kata bahawa ‘Tiada Tuhan melainkan Bashar’,

Mereka bebas masuk ke rumah-rumah rakyat Syria dengan mengelidah sesuka hati bagi mendapatkan apa yang mereka ingini termasuk memperkosa gadis-gadis dan wanita-wanita Muslimah.

Mereka terlalu sombong dan bongkak dengan tindakan zalim mereka, semoga Allah membalasi mereka dengan balasan yang setimpal bersama hancurnya rejim diktator yang tidak berperikemanusiaan ini.


Ribuan anak-anak kecil turut menjadi sasaran

Sehingga artikel ini ditulis , tidak kurang daripada 30,000 rakyat Syria yang telah dibunuh oleh regim ini sejak daripada kebangkitan rakyat pada bulan Mac 2011 yang lalu. Ramai di kalangan mereka adalah kanak-kanak, remaja dan juga di kalangan para wanita.
syrian refugee camp in turkey Firaun baru di Syria...

Ratusan ribu pelarian Syria sedang berhadapan dengan musim sejuk di kem-kem pelarian tanpa bekalan elektrik dan air bersih

Lebih daripada 200,000 daripada kalangan rakyat Syria kini ditahan dan disiksa di dalam penjara, Manakala jumlah pelarian yang telah melarikan diri ke negara-negara jiran seperti Turki dan Jordan telah melebihi 500,000 orang untuk mendapatkan perlindungan.
bashar ahmadenijad hassan Firaun baru di Syria...
- Saya pelik kalau ada pihak yang beranggapan bahawa rakyat yang menuntut keadilan ini dipanggil pemberontak.

- Saya juga pelik kalau ada pihak yang beranggapan bahawa rejim Bashar perlu dipertahankan bagi berhadapan dengan Israel.

- Saya juga pelik kalau ada rakyat Malaysia yang masih bersama pihak Syiah yang telah menghantar puluhan ribu militia mereka daripada Iran, Iraq dan juga Lubnan.

Peranan kita semua

Umat Islam dan masyarakat antarabangsa harus menginsafi betapa isu ini adalah isu besar yang merupakan isu kita bersama.

Kita mesti bangkit untuk mengutuk kekejaman rejim Bashar al Assad yang terus mendapat sokongan padu daripada Iran dan juga Hizbullah, Lubnan selain daripada mendapat bekalan senjata daripada Russia dan Cina.

Kita juga boleh membantu mereka dengan memberikan sumbangan kewangan dan bantuan kemanusiaan yang dihantar oleh NGO dan badan-badan kemanusiaan yang dipercayai.

Kita mesti mendoakan agar keputusan yang terbaik diberikan Allah swt kepada saudara seqidah kita yang sedang berjuang di bumi Anbiya’ ini.

Gilirannya akan tiba jua….


Jutaan rakyat Syria kini bangkit tanpa rasa takut…

Dengan penuh keyakinan bahawa gilirannya akan tiba apabila beliau juga bakal mencium jejak langkah sekutunya yang digulingkan seumpama Presiden Zainal Abidin Ali di Tunisia, Ghadaffi di Libya dan juga Presiden Hosni Mubarak di Mesir.

Saidina Ali Bin Abi Talib r.a. pernah berkata “Pemerintah yang batil (zalim) itu hanya sementara tetapi pemerintah yang benar kekal selamanya.”

Malahan kata-kata Ali r.a. bertepatan dengan firman Allah swt di dalam surah al-Israk ayat 81 yang bermaksud:

“Dan katakanlah: ”Telah datang kebenaran (Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang salah (kufur dan syirik); sesungguhnya yang salah itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap.”

Semoga Allah membuka jalan dan laluan kepada kemenangan rakyat Syria yang menuntut keadilan, hak hidup dengan aman dan hak-hak kemanusiaan yang telah lama dilupakan.
Sumber: Firaun baru di Syria…
Posted by Dr. Zainur Rashid
Hafez bashar Firaun baru di Syria
Facebook Bus Man
 

Artikel Menarik Lainnya



4 comments:

www.QueAchmad.com said...

Entri ni bagus. Info bagus

MawardiYunus said...

follow sini bro.. blog bro mmg byk info yg bagus

aQu Mad said...

entri terbaik bro.. yeahh..

aQu Mad said...

abis la cita aku bro.. meh baca --> http://www.aqumad.com/2012/12/akumadcom-untuk-dijual.html

Labels

10 Model Kereta Yang Mengalami Penurunan (2) 9 Tahanan (1) Ac Mizal (1) AES (1) Agama (1) Ajaran Sesat (2) akhir zaman (1) Amanat Haji Hadi (4) Anuar Musa (2) Anwar Ibrahim (4) Awie Kelab Malam (1) Bashar Al Assad (4) Bawani (1) Bawani UUM (1) Berita Panas (56) Biodata Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid (1) Bogel (3) Bola Sepak (1) bunuh diri (1) C Sugumaran dibelasah sehingga mati. (1) Ceramah (1) curang (2) Dajal laknatullah (1) Dibunuh Kejam (7) Diet Yang Berkesan (1) Digantung Kerja. (1) Drama Sehangat Asmara (1) Fahaman Syiah Yang Songsang (6) Gila (2) gym (1) Harga Kereta Turun (1) Hasan Nasrullah (1) Hina Islam (1) i (1) info kaki sembang (443) Info KakiSembang (82) Info Rileklaa (12) Info TintaMerah (22) Isteri Mat Yo Mengamuk (2) Janda (1) KakiSembang join Contest (1) KakiSembang join segmen (2) KakiSembang menulis (8) Kejadian Ribut Di Pulau Pinang (1) Kemalangan (1) Kematian (3) Kematian Kanang Anak Langkau (1) Kesesatan Syiah (21) khalwat (2) kiamat (1) KL112 (4) Kompaun DBKL (1) kosmo (1) Krisis di Syria (14) Kristian Di Malaysia (1) ku (1) LAHAD DATU (6) listen listen listen (1) Live Streaming (1) Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part3 Boboi (1) Makanan pelik (1) maksiat (1) Maulidur Rasul (1) Menutup aurat (2) MLM 2012 (1) Mujahidin Syiria (10) Mujahidin Syria (10) Nabi Muhammad ( SAW ) (3) Nabi Muhammad s.a.w (3) Nasharudin Mat Isa (2) Nasihat (1) ng (1) ngeri (5) Onani (1) Patrick Teoh Biadap (1) pelacuran (1) Pelik (26) Pencuri (2) pengajaran (2) Pengemis (1) Penjenayah (4) perlawanan Johor Darul Takzim vs Kelantan (1) Pilihanraya (1) Politik (9) PRU 13 (3) Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin (2) Rasuah (1) Rasulullah S.A.W (1) Rogol (18) Rosmah Mansor (3) Rusuhan Di turki (1) Saidina Umar Ibni Khattab (1) Sekadar Renungan bersama TintaMerah (88) Semakan Daftar Pemilih SPR (1) sex (13) sosej usus babi (1) SPRM (1) Sultan Sulu (2) Syiah (22) tazkirah (16) Tian Chua (1) Tragedi (1) Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (1) Ulama (1) Ustaz Azhar Idrus (9) Wanita Kencing Dan Mandi Dalam Keretapi (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

Blog Archive

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.