Lelaki didakwa senda al-Quran dibakar di lokap polis

HYDERABAD, Pakistan – Kumpulan perusuh memecah masuk sebuah balai polis Pakistan dan membakar seorang lelaki yang dituduh mempersenda al-Quran, semalam.

Menurut imam kampung Seeta, Sindh, Maulvi Memon, lelaki itu, seorang pengembara, telah bermalam di sebuah masjid Khamis lalu dan senaskhah al-Quran ditemui hangus keesokan harinya.

"Dia bersendirian di masjid pada waktu malam. Tidak ada seorang pun yang sanggup melakukan perkara yang dahsyat seperti itu," kata Maulvi.

Orang kampung memukul lelaki itu dan kemudiannya menyerahkan dia kepada pihak polis.

Beberapa jam kemudian, sekitar 200 orang menyerbu balai polis dan mengheret lelaki itu keluar lalu membakarnya, kata Penguasa Kanan Polis Daerah Dadu, Usman Ghani.

Menurut Usman, dalam kejadian kira-kira 30 orang telah ditangkap kerana membunuh dan tujuh polis ditahan atas kecuaian.

Menurut Pusat Penyelidikan dan Kajian Keselamatan, sekurang-kurangnya 53 orang telah terbunuh di Pakistan sejak 1990 atas tuduhan kekufuran dan tuduhan-tuduhan lain yang lebih kerap.

Di Pakistan, hukuman bagi kufur adalah hukuman mati tetapi ia tidak ditakrif secara khusus oleh undang-undang.

Kes terbaru menyaksikan perhatian antarabangsa tertumpu kepada kes Rimsha Masih, seorang remaja Kristian yang dituduh membakar beberapa muka surat al-Quran dalam beg yang dibawanya.

Bagaimanapun, kes itu telah ditolak bulan lalu selepas jiran gadis itu memberitahu mahkamah bahawa Rimsha dianiaya.

Dalam dua tahun kebelakangan ini, dua pegawai kanan Pakistan telah mencadangkan pembaharuan undang-undang telah ditembak mati. Salah seorang daripada mereka telah ditembak oleh pengawal peribadinya sendiri.

Peguam yang mewakili kes berkenaan telah disalahkan manakala hakim yang mensabitkan dia bersalah terpaksa melarikan diri ke luar negara.

Sumber: Sinar Harian

P/S: Kenapala melakukan tindakan tanda mendapat pengadilan daripada pihak berkuasa, tidakkah ini satu kezaliman seperti akta ISA. Mungkin beliau dianiaya, adakah perkara ini adalah menjadi tuntutan di dalam Islam, tidak sama sekali.

Bagi akulah pneghinaan terhadap Al-Quran tidak boleh diterima sama sekali, aku pun marah tapi yang paling penting adalah kita mengamalkan isi kandungan Al-Quran, aku tengoklah kat negara Pakistan bukannya lah mengikut Al- Quran 100 % dan jika difikir akal seperti menghina juga laa..Wallahualam


Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Shuk_ArChie said...

extreme sungguh... susah la mcm ni org nak respect islam.. kerana nila setitik habis susu sebelanga?

Labels

10 Model Kereta Yang Mengalami Penurunan (2) 9 Tahanan (1) Ac Mizal (1) AES (1) Agama (1) Ajaran Sesat (2) akhir zaman (1) Amanat Haji Hadi (4) Anuar Musa (2) Anwar Ibrahim (4) Awie Kelab Malam (1) Bashar Al Assad (4) Bawani (1) Bawani UUM (1) Berita Panas (54) Biodata Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid (1) Bogel (3) Bola Sepak (1) bunuh diri (1) C Sugumaran dibelasah sehingga mati. (1) Ceramah (1) curang (2) Dajal laknatullah (1) Dibunuh Kejam (7) Diet Yang Berkesan (1) Digantung Kerja. (1) Drama Sehangat Asmara (1) Fahaman Syiah Yang Songsang (5) Gila (2) gym (1) Harga Kereta Turun (1) Hasan Nasrullah (1) Hina Islam (1) i (1) info kaki sembang (441) Info KakiSembang (82) Info Rileklaa (12) Info TintaMerah (22) Isteri Mat Yo Mengamuk (2) Janda (1) KakiSembang join Contest (1) KakiSembang join segmen (2) KakiSembang menulis (8) Kejadian Ribut Di Pulau Pinang (1) Kemalangan (1) Kematian (3) Kematian Kanang Anak Langkau (1) Kesesatan Syiah (20) khalwat (2) kiamat (1) KL112 (4) Kompaun DBKL (1) kosmo (1) Krisis di Syria (13) Kristian Di Malaysia (1) ku (1) LAHAD DATU (6) listen listen listen (1) Live Streaming (1) Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part3 Boboi (1) Makanan pelik (1) maksiat (1) Maulidur Rasul (1) Menutup aurat (2) MLM 2012 (1) Mujahidin Syiria (10) Mujahidin Syria (10) Nabi Muhammad ( SAW ) (2) Nabi Muhammad s.a.w (2) Nasharudin Mat Isa (2) Nasihat (1) ng (1) ngeri (5) Patrick Teoh Biadap (1) pelacuran (1) Pelik (25) Pencuri (2) pengajaran (2) Pengemis (1) Penjenayah (4) perlawanan Johor Darul Takzim vs Kelantan (1) Pilihanraya (1) Politik (9) PRU 13 (3) Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin (2) Rasuah (1) Rasulullah S.A.W (1) Rogol (16) Rosmah Mansor (3) Rusuhan Di turki (1) Saidina Umar Ibni Khattab (1) Sekadar Renungan bersama TintaMerah (88) Semakan Daftar Pemilih SPR (1) sex (10) sosej usus babi (1) SPRM (1) Sultan Sulu (2) Syiah (21) tazkirah (16) Tian Chua (1) Tragedi (1) Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (1) Ulama (1) Ustaz Azhar Idrus (9) Wanita Kencing Dan Mandi Dalam Keretapi (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

Blog Archive

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.