Sunday, 16 December 2012

Mangkuk Nie Mengaku Nabi Akhir Zaman

JAKARTA – Polis Indonesia menahan seorang guru agama berumur 48 tahun di daerah Kutai Timur, Kalimantan Timur, selepas dia mengaku dirinya ‘nabi’.

Polis percaya lelaki itu yang mengetuai kumpulan dikenali Rantau Bemban, telah memperdayakan pengikutnya untuk memberinya wang dan membenarkannya tidur dengan isteri mereka.

Majlis Ulama Indonesia (MUI) telah mengisytiharkan kumpulan itu sebagai kumpulan ajaran sesat, manakala polis sedang menimbangkan untuk mendakwa lelaki itu dengan pertuduhan menipu dan murtad, menurut laporan akhbar berbahasa Inggeris, Jakarta Globe pada Sabtu.

Kini lelaki itu menghadapi pertuduhan menipu dan menggelapkan wang.
Siasatan mendapati pengikut Rantau Bemban diminta memberi wang kepada lelaki itu untuk membersihkan dosa dan jika mereka tidak mampu berbuat demikian, mereka perlu membenarkannya tidur dengan isteri mereka sebagai cara untuk membersihkan dosa.

Setakat ini seorang lelaki membuat laporan mendakwa diperdaya oleh guru agama itu untuk membayar Rp170 juta bagi membersihkan dosanya dan polis percaya puluhan lagi pengikutnya telah membenarkan isteri mereka tidur dengan lelaki itu bagi tujuan membersihkan dosa. – Bernama

# hairan aku, muka cmnie pun ada pengikut. Ustaz Azhar kata  Nabi adalah orang yang paling hensem pada zaman dia, muka dia berseri-seri macam purnama..

Tapi aku tengok muka Mamat ni macam perompak pun ada..haha..x dang nak mikir aku..hahaha cepat pukul aku ramai2 aku x leh nk berhenti ketawa nie..ahahahahahaha

1 comment:

C++ said...

Bhai KS...

Hahaha... muka pecah romah pon ader yang percaya ka.... gua rasa aaaa... antara muka dier dan muka Hassan Ali.... nampak macam samer jer... hahahaa

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download