Musa Hassan Kena Saman RM100 Juta

KUALA LUMPUR, 20 Dis — Bekas Ketua Polis Negara (KPN) Tan Sri Musa Hassan mempunyai tempoh seminggu untuk menjawab surat tuntutan daripada dermawan Tan Sri Robert Phang atau berdepan saman fitnah RM100 juta.

Phang menuduh bekas pemimpin tertinggi pasukan polis tersebut telah menjatuhkan reputasinya semasa memegang jawatan panel jawatankuasa penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“Saya sudah menghantar surat tuntutan RM100 juta kepada Musa Hassan dan beliau telah menerimanya. Ditandatangani beliau sendiri,” beritahu pengerusi Social Care Foundation kepada wartawan hari ini.

Tokoh terkenal tersebut berkata Musa telah mencalarkan imejnya dengan menuduh beliau menyalahguna kuasa untuk memindahkan seorang pegawai polis lama bertujuan mempercepatkan projek yang dikatakan mempunyai kepentingan dengannya.

Beliau berkata Musa mempunyai tujuh hari untuk membalas, jika gagal beliau akan menfailkan tindakan undang-undang ke Mahkamah.

Musa menjadi perhatian umum kebelakangan ini kerana pendedahan terhadap penyalahgunaan kuasa di dalam badan polis, menuduh Phang mengarahkan seorang pegawai polis senior dengan berkata: “(Phang) mengugut pegawai tersebut, jika tidak meluluskan (projek tersebut), beliau akan dipindahkan dalam masa 24 jam.”

“Jika seseorang rakyat biasa boleh mengugut anggota polis, beliau mesti mempunyai kuasa dalam polis.”

Projek pada tahun 2009 yang didakwa untuk meningkatkan sistem komunikasi analog yang digunakan PDRM kepada sistem digital Motorola, menurut Musa bernilai jutaan ringgit.

Beliau berkata pegawai yang dipindahkan itu adalah pakar dalam bidang komunikasi, yang jawatannya “lebih tinggi” dari Penolong Ketua Polis (ACP), seorang datuk dan masih lagi anggota polis.

Apabila membuat dakwaan tersebut, Musa mengatakan beliau cuma mahu mendedahkan penyalahgunaan kuasa itu setelah Phang mendakwa bekas KPN tersebut bersekongkol dengan sindiket jenayah.

“Saya tidak mahu malukan sesiapa, tetapi orang yang memalukan saya, tetapi ini bukan balas dendam,” katanya lagi.

Tetapi Phang berkata, berdasarkan penghakiman oleh Hakim Supang Lian di Mahkamah Kota Kinabalu semasa perbicaraan Datuk Ramli Yusuff, hakim itu berkata menurut Phang, Musa adalah seorang yang tidak boleh dipercayai.

“Kalau mahkamah pun dulu kata macam tu, saya nak kata apa lagi?” kata Phang pula.
Menurut Phang, seorang lagi bekas KPN, Tun Haniff Omar, juga sudah menjawab dan menafikan tuduhan Musa bahawa Phang merupakan penasihat beliau.~tmi

# Sekarang nie  musim saman menyaman, bila kita kuat ada kuasa tiada yang berani sentuh, bila kita dah lemah dan tiada kuasa masa tu baru lah tahu dunia nie tinggi atau pun rendah..

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

KLPOS said...

Salam Blogger,

Sememangnya Blog anda punyai daya tarikan tersendiri dalam menyampaikan maklumat kepada rakan2 blogger dan media baru.

Mohon jasa baik anda agar dapat menyenaraikan Laman Portal KLPOS dalam senarai (link) blog pilihan di blog anda.

Hopefully dapat berkongsi maklumat terkini dan isu2 semasa menerusi laman portal KLPOS.

TQ Bro.

http://klpos.com/

KLPOS News Portal

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.