Penjara Pudu Hanya Tinggal Kenangan - Hanya Pintu Gerbang Sahaja Yang Tinggal


Penjara Pudu di Kuala Lumpr dibina semasa zaman penjajahan British pada 1891 untuk mengurungkan 600 orang banduan.
Blok-blok baru kemudian ditambah sehingga enam buah dan mengandungi 130 buah sel dengan kapasiti untuk sebanyak 2,000 banduan. Walaupun begitu, pada 1985, lebih daripada 6,500 banduan dipenjarakan dan menyebabkan banduan terpaksa tidur bergilir-gilir. Keadaan kekurangan ruang yang amat pesat itu telah memaksakan Penjara Pudu berpindah. Penjara ini juga pernah digunakan sebagai pusat tahanan sementara pendatang tanpa izin. Dan orang pertama yang dihukum gantung di penjara ini adalah Botok Chin atau nama sebenar Wong Swee Chin ( Penjenayah terkenal ).
Pudu Prison KL Aerial.jpg
Penjara Pudu dibuka kepada orang awam untuk lawatan pada 3 Mei 1997, lebih daripada enam bulan selepas banduan terakhir dipindah keluar ke kemudahan moden di Penjara Sungai Buloh. Lebih daripada RM1.7 juta dibelanja bagi mengubah penjara ini menjadi tarikan pelancong. Sebahagian besar perbelanjaan itu ditelani oleh pembinaan bilik pameran untuk memperagakan koleksi  dan rekod-rekod sejarah. Yuran masuk ditetap pada RM12 setiap orang dewasa. 

Penjara Pudu merupakan satu bahan sejarah yang bernilai di |Malaysia kerana kerakusan pembangunan. Inilah sistem kapitalis di Malaysia mereka tidak mempedulikan nilai sejarah tetapi mementingkan pembangunan yang tiada manfaat untuk rakyat marhaen. Apa guna pembangunan jika rakyat bahawa masih tercari- cari peluang atau tapak perniagaan.


Cuba kita fikirkan bangunan yang akan dibina di tapak Penjara Pudu adakah kita bangsa Melayu atau kaum lain yang miskin mampu membeli hartanah yang semewah ini. Projek ini sebenarnya adalah untuk golongan elit dan membuka peluang rakyat asing untuk memiliki dan memunggah harta kita ke dalam poket-poket mereka sahaja.

Kita tengok apa yang terjadi pada bangunan KLCC, Time Square berapa kerat bumiputera dapat memiliki atau menyewa tapak perniagaan, dan berapa banyak pemuda pemudi kita menghabiskan masa di pusat membeli belah dan akan menyebabkan gejala sosial yang parah di dalam negara kita.

Aku sebenarnya bukan menolak pembangunan, aku mewakili peniaga-peniaga bumiputera yang sudah tertindas. Peniaga-peniaga Melayu terpaksa berniaga di pasar-pasar malam, kaki lima dan mereka terpaksa berhadapan dengan pihak berkuasa seperti DBKL, dan penguatkuasa seolah-olah mereka sebagai penjenyah dan pendatang asing..

Akhir kata hargailah warisan sejarah kerana warisan ini akan menjadi kenangan untuk anak cucu kita pada masa hadapan

Artikel Menarik Lainnya



4 comments:

Anonymous said...

Demi duit, dia org akn buat apa saja sekali pun utk menghilang kn kesan sejarah.Di Amerika yg begitu maju tapi mereka tidak musnah kn penjara Alcatraz.

Anonymous said...

Diorg ni tak kaji dulu ke seblm buat pembangunan kat situ? Singapore dh byk kejadian2 aneh & menyeramkan gara2 buat bangunan atas tapak lama kesan sejarah org kena pancung, kena bunuh bertahun2 dahulu termasuk zaman perang Jepun. Tak mustahil bekas tapak Penjara Pudu akan menghantui kawasan ini.Silap haribulan bangunan tu akan kosong takde org nak niaga situ.

Puan Gojes said...

assalam ziarah ;)
saya tahu komen ni out of topik,
tapi saya harap sangat tuan/puan blog dapat bantu saya untuk menang iphone 5 kat sini.

http://puangojes.blogspot.com/2012/12/bantuan-di-perlukan-klik-g1-dan-undi.html

bantuan tuan/puan blog amat2 saya hargai. terima kasih ya :)

Anonymous said...

Sorry to say... Hanya di Malaysia... Singapore jaga bangunan lamanya... Apatah lagi Thailand mahupun Indonesia tetap memelihara bangunan2 lama lg bersejarah... Perkara2 ini hny di Malaysia...

Labels

10 Model Kereta Yang Mengalami Penurunan (2) 9 Tahanan (1) Ac Mizal (1) AES (1) Agama (1) Ajaran Sesat (2) akhir zaman (1) Amanat Haji Hadi (4) Anuar Musa (2) Anwar Ibrahim (4) Awie Kelab Malam (1) Bashar Al Assad (4) Bawani (1) Bawani UUM (1) Berita Panas (54) Biodata Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid (1) Bogel (3) Bola Sepak (1) bunuh diri (1) C Sugumaran dibelasah sehingga mati. (1) Ceramah (1) curang (2) Dajal laknatullah (1) Dibunuh Kejam (7) Diet Yang Berkesan (1) Digantung Kerja. (1) Drama Sehangat Asmara (1) Fahaman Syiah Yang Songsang (6) Gila (2) gym (1) Harga Kereta Turun (1) Hasan Nasrullah (1) Hina Islam (1) i (1) info kaki sembang (441) Info KakiSembang (82) Info Rileklaa (12) Info TintaMerah (22) Isteri Mat Yo Mengamuk (2) Janda (1) KakiSembang join Contest (1) KakiSembang join segmen (2) KakiSembang menulis (8) Kejadian Ribut Di Pulau Pinang (1) Kemalangan (1) Kematian (3) Kematian Kanang Anak Langkau (1) Kesesatan Syiah (21) khalwat (2) kiamat (1) KL112 (4) Kompaun DBKL (1) kosmo (1) Krisis di Syria (14) Kristian Di Malaysia (1) ku (1) LAHAD DATU (6) listen listen listen (1) Live Streaming (1) Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part3 Boboi (1) Makanan pelik (1) maksiat (1) Maulidur Rasul (1) Menutup aurat (2) MLM 2012 (1) Mujahidin Syiria (10) Mujahidin Syria (10) Nabi Muhammad ( SAW ) (3) Nabi Muhammad s.a.w (3) Nasharudin Mat Isa (2) Nasihat (1) ng (1) ngeri (5) Patrick Teoh Biadap (1) pelacuran (1) Pelik (25) Pencuri (2) pengajaran (2) Pengemis (1) Penjenayah (4) perlawanan Johor Darul Takzim vs Kelantan (1) Pilihanraya (1) Politik (9) PRU 13 (3) Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin (2) Rasuah (1) Rasulullah S.A.W (1) Rogol (16) Rosmah Mansor (3) Rusuhan Di turki (1) Saidina Umar Ibni Khattab (1) Sekadar Renungan bersama TintaMerah (88) Semakan Daftar Pemilih SPR (1) sex (10) sosej usus babi (1) SPRM (1) Sultan Sulu (2) Syiah (22) tazkirah (16) Tian Chua (1) Tragedi (1) Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (1) Ulama (1) Ustaz Azhar Idrus (9) Wanita Kencing Dan Mandi Dalam Keretapi (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

Blog Archive

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.