Rakan baik Aminulrashid hampa dengan keputusan mahkamah

SHAH ALAM 9 DIS: Azamuddin Omar yang berada dalam kereta ketika Aminulrashid Amzah ditembak mati dan meriba rakan baiknya itu, kecewa dengan pembebasan Koperal Jenain Subi.
“Biarlah. Biar Tuhan yang balas. Dekat dunia memanglah susah (menang kes). Kerajaan pun sebelah dia (Korporal Jenain),” katanya yang baru menamatkan peperiksaan SPM, dengan nada penuh kehampaan terhadap keputusan mahkamah.

Biarpun tragedi itu sudah lama berlaku, Azamuddin juga masih trauma dan langsung tidak mengikuti perbicaraan kes di mahkamah mahupun melayari Youtube berkaitan peristiwa paling menyayat hati, sebaliknya di.

“Mahu tengok Youtube (berkaitan kes kejadian) pun saya tak sanggup,” katanya dilihat cuba mengelak  dari menjawab soalan secara terperinci berkaitan  tragedi itu.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam yang membebas Koperal Jenain Subi dari tuduhan  menyebabkan kematian Aminulrasyid antara jam 1.10 pagi dan 2 pagi, 26 April 2010 di Jalan Tarian 11/2, Seksyen 11, Shah Alam, sekalipun melepaskan 21 das tembakan.

Sepanjang temu bual dengan Keadilan Daily, Azamuddin kelihatan agak keliru tapi tetap menyatakan kekecewaan kerana polis hingga kini masih menuduh mereka penjenayah dalam kes berkenaan.

“Bila nampak roadblock (sekatan), nampak pula muka polis yang berlagak semacam, saya jadi menyampah. Saya rasa perangai mereka semuanya sama saja.

“Tapi, itulah masalahnya. Bapa saya anggota polis. Nak buat macam mana?”  katanya.
Selain itu, Azamuddin juga kerap teringatkan Aminulrasihid setiap kali menonton perlawanan bola sepak di televisyen, lebih-lebih lagi musim bola sepak yang sedang rancak di Malaysia.

Ia berikutan mereka pernah terpilih dalam latihan ‘Soccer Kids’ di Shah Alam, beberapa tahun sebelum kejadian.

“Dia main ‘defend’ (pertahanan). Saya ‘wing’ (sayap) kiri. Tiap kali main bola, saya pasti teringat balik, (ingatan) akan datang tiba-tiba. Itu yang saya tak tahan,” katanya, sebak.

( Sumber )

P/S: Tiada apa yang dapat aku komen tentang keputusan pihak Mahkamah yang membebaskan Koperal Jenain Subi dari tuduhan  menyebabkan kematian Aminulrasyid. Bagi akulah setiap sesuatu mesti ada hikmahnya, jika keadilan di dunia ini sudah tiada kita orang Islam kena Ingat akan tiba Mahkamah yang lebih adil dan saksama di Akhirat Nanti ( Mahkamah Allah ). Setiap yang melakukan kesalahan walaupun sebesar mana pun jika bertaubat akan di ampuni Allah kecuali mati.

Kepada keluarga Aminulrasyid aku ucapkan bersabar di atas keputusan ini, semoga roh arwah tenang dan mendapat Rahmat dari Allah di alam sana. Redha itu sifat orang beriman...wallahualam

Artikel Menarik Lainnya



4 comments:

Anonymous said...

yg ko naik keta mlm2 xde lesen tu pehal?

mad said...

yg ko sibuk dia naik keta tu pehal?

Anonymous said...

patutnya ko nasihatkan dia berhenti bila polis dh suruh berhenti, bukan ko lagi suruh dia laju atau lari lagi, kalo aku jd bapak aminurasyid, ko org pertama yg aku duku kepala...patut kau anak polis lebih tahu cara kerja polis....mmg patut pn kau rasa bersalah..

aQu Mad said...

no komen..

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.