Tengkorak mahluk asing gemparkan penduduk kampung..

Sekumpulan ahli arkeologi menemui sebuah tengkorak manusia yang berbentuk lonjong dekat Kampung Onavas di Mexico, menurut akhbar dalam talian, MailOnline kelmarin.

Tengkorak itu dipercayai berusia 1,000 tahun dan ia kelihatan seperti gambaran watak makhluk asing dalam filem-filem keluaran Hollywood.

Ia ditemui tertanam di sebuah kawasan yang mengandungi 25 rangka tulang manusia. Tengkorak tersebut mempunyai bentuk lonjong disebabkan amalan tradisi penduduk yang tinggal di utara Mexico.

Penduduk tersebut mengamalkan tradisi menghasilkan pelbagai bentuk kepala dengan menggunakan pelbagai kaedah.

Antara kaedah itu ialah dengan menggunakan dua kepingan kayu yang diikat di bahagian kepala. Ia dilakukan ketika tengkorak tersebut masih di peringkat kanak-kanak.

Seorang ahli arkeologi, Cristina Garcia Moreno berkata, tengkorak tersebut mempunyai bentuk sedemikian kerana untuk membezakan status sosial penduduk dan disebabkan upacara keagamaan.

Moreno mengetuai projek penyelidikan tersebut bagi pihak Universiti Negeri Arizona, Amerika Syarikat. Projek itu mendapat kelulusan Institut Antropologi dan Sejarah Kebangsaan Mexico. - Agensi

# macam kepala Cimpenzi jah, x percayalah aku UFO, dok pung gambo edit jerr..haha

Artikel Menarik Lainnya



1 comments:

Anonymous said...

Ufo itu ada... Sesungguhnya mereka adalah makhlok Allah juga..l

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.