NEVADA - Aksi seekor anjing jenis border collie dan monyet capuchi ini patut diacungi jempol. Monyet kecil bernama Whiplash itu menunggangi punggung Bud si anjing hitam, dengan mengenakan topi koboi, kemeja merah, dan celana rodeo. Aksi Whiplash dan Bud, telah menjadi tontonan favorit dalam pertunjukan rodeo di Nevada, Amerika Serikat (AS). Whiplash menunggangi Bud bak seorang koboi yang menunggang kuda liar. Bud pun cukup paham, kapan ia harus berlari dan berdiri selayaknya seekor kuda."Anjing gembala itu mengerti medan di mana ia berlari dan Whiplash memukulnya bila anjing itu tidak menurut. Whiplash memiliki tekad kuat yang tidak akan pernah Anda ketahui, selalu ada kejutan yang muncul," ujar pemilik Whiplash, Tommy Lucia, seperti dikutip Daily Mail, Selasa (19/6/2012)."Ketia Whiplash selesai, ia pergi ke rumah kami untuk makan malam. Makanan favoritnya adalah apel, pisang dan strawberry," imbuhnya.Lucia pun menampik klaim dari aktivis-aktivis pecinta hewan yang mengatakan bahwa, Whiplash akan lebih bahagia ketika berada di alam bebas di Amerika Tengah. Seperti diketahui, wilayah hutan hujan di Amerika Tengah, Selatan, dan Karibia merupakan habitat dari primata spesies capuchi."Saya menyelamatkan Whiplash dari kandang yang berbau busuk di Florida, ketika Whiplash masih bayi. Saya dapat memastikan pada Anda, Whiplash memastikan kepada saya bahwa hidupnya dahulu tidaklah baik," tegas Lucia. (AUL) sumber: harakah daily
Terima kasih Allah lahirkan aku dalam Islam
Remy Ishak masih hidup..hentikan spekulasi ok ( mangsa di alam siber )
Nampaknya kali ini Remy Ishak, 30, adalah orang seterusnya yang menjadi mangsa penyebaran fitnah menerusi laman sosial twitter.Terdapat beberapa pihak yang mengatakan Remy telah meninggal dunia hari ini lantaran dari penyakit yang dihidapi Remy.Sebelum ini, Remy telah dimasukkan ke Hospital Pakar Ampang Puteri apabila dia diserang jangkitan virus atau pneumonia.Namun, beberapa pihak telah menafikan kenyataan tersebut dan menyatakan yang Remy masih lagi hidup. Antaranya adalah Hafiz Hamidun, penyanyi dan juga komposer.MyNewsHub telah menghubungi Hafiz Hamidun bagi mendapatkan penjelasan dari kenyataan balasnya terhadap khabar angin itu.Hafiz yang sedang melakukan tugasan pasca-produksi bersama Khabir Bahtiar dan krew bagi filem lakonan Remy, ‘Azazil’, terkejut dengan khabar angin itu.“Remy masih lagi hidup. Dia masih dirawat di hospital,” kata Hafiz Hamidun sewaktu dihubungi MyNewsHub.Selain itu, Hafiz juga meminta supaya segala khabar angin itu tidak disebarkan lagi oleh mana-mana pihak.Menurut rekod, beberapa orang rakan artis turut menjadi mangsa khabar angin yang disampaikan melalui laman sosial seperti Azean Irdawaty, Allahyarham Bob Kuman, Osman Kering dan hari ini, Remy Ishak.Bersamalah kita berdoa supaya Remy dan rakan artis yang lain cepat sembuh dan kembali memeriahkan industri hiburan tanah air.Pada masa yang sama, janganlah jadikan laman sosial sebagai tempat untuk menyebarkan maklumat yang tidak tepat.**Sebentar tadi, Remy Ishak telah mengeluarkan status terbaru menerusi laman sosial twitter yang menyatakan dia masih lagi hidup dan kini telah berada di rumah.Remy turut berterima kasih kepada mereka yang sentiasa mendoakan kesejahteraan dirinya.Oleh: HARITS ASYRAF
cantiknya farah fauzana bertudung ( fafau yoyo ) kiki
Akak fafau comel bila bertudung..indahnya hidup bersyariat..fafau semasa memberi penerangan berkenaan program kursus borong di china..arap-arap istiqamah yaa akak fafau...respect laa sekarang gua tgk artis ramai dah bertudung..takbirrr
sama-samalah kite menghadiri majlis ilmu sekitar tempat anda..sesungguhnya majlis ilmu itu adalah taman-taman syurga
Kuliyyah forum perdana di masjid al -azim..panelist Ustaz Azhar dan ustaz ismail kamus..moderator ustaz zaki..tarikh 24 Jun ini...kepada yang berada di Lembah Kelang sila menghadiri kuliyyah ini...Assalamualaikum
England dan France layak ke suku akhir
SAINGAN sengit antara tiga pasukan Kumpulan D menyaksikan dua tempat ke suku akhir menjadi rebutan antara Perancis, England dan Ukraine dan Sweden.
Keputusan England memenangi 1-0 kepada Ukraine bermakna kerana England dan Perancis mendahului kumpulan dengan tujuh mata selepas tiga. perlawanan manakala Perancis pula mengumpul 4 mata, Ukraine dan Sweden berkongsi 3 mata, gol England dijaringkan Rooney beb dan Ukraine Z. Ibrahimovic dan S. Larsson
Kubur guru digali semula
TUMPAT – Bapa kepada seorang guru wanita yang meninggal dunia dua hari lalu terpaksa reda kubur anaknya itu terpaksa digali semula oleh polis di Tanah Perkuburan Islam Lada, Wakaf Bharu, di sini, petang semalam.
Bapa Allahyarham, Shamsuddin Yusoff, 63, terpaksa akur dengan prosedur siasatan polis dan perintah yang dikeluarkan oleh mahkamah untuk melakukan bedah siasat ke atas mayat anak sulungnya itu, Balqis, 40.
Khamis lalu, Balqis dikatakan mati mengejut dipercayai akibat sakit jantung di rumahnya di Taman SBJ Pasir Pekan, di sini.
Kematian disedari oleh salah seorang anaknya pada pagi Khamis lalu yang masuk ke dalam bilik tidur untuk mengejutkan arwah bangun tetapi didapati arwah sudah meninggal dunia.
Shamsudin berkata, polis curiga kematian anaknya itu dan untuk menyiasat punca sebenar kematiannya, kubur itu terpaksa digali semula.
Kubur itu digali oleh sepasukan anggota Forensik Polis Kelantan kira-kira jam 5 petang yang turut dihadiri Imam Masjid Wakaf Bharu, Wan Ahmad Nazree Abdul Halim; Majistret Tumpat, Ahmad Adha Amir Yasin dan juga Jabatan Agama Jajahan Tumpat.
Sementara itu, Ketua Polis Kelantan, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman berkata, pihaknya telah mendapatkan perintah daripada Mahkamah Majistret Tumpat untuk menggali semula kubur guru wanita itu.
“Semalam kita telah menerima laporan oleh bapa si mati mengatakan arwah meninggal dunia disebabkan dipukul oleh suaminya. Oleh itu pihak polis terpaksa menyiasat dan pohon
perintah majistret untuk menggali semula kubur berkenaan.
“Jenazah tersebut dihantar ke hospital untuk dibedah siasat bagi mengetahui punca kematian,” katanya ketika ditemui pemberita di Kota Bharu.
Sumber: Sinaar harian
Lari bogel elak dicekup ghairah asmara
Pasangan itu yang pada mulanya enggan membuka pintu akhirnya akur dan hasil pemeriksaan mendapati kedua-duanya tiada pertalian sah.
Mengejutkan, seorang gadis Melayu turut ditahan bersama seorang lelaki berlainan bangsa di sebuah bilik di unit apartmen sama.
Penolong Setiausaha Surau Al-Munawarah , Muhammad Syafiq Khor Abdullah berkata, serbuan dibuat berikutan aduan daripada jiran sekeliling yang curiga melihat rumah bujang wanita itu sering dikunjungi lelaki.
“Pada mulanya kedua-dua pasangan itu memberi alasan terpaksa tinggal serumah kerana tidak mampu membayar sewa rumah sebanyak RM800 sebulan,” katanya.
Kedua - dua gadis itu yang berusia awal 20-an merupakan pelajar di sebuah universiti manakala lelaki pula sudah bekerja.
Dalam serbuan di sebuah lagi unit apartmen, sepasang kekasih turut dicekup kerana disyaki berkhalwat.
Muhammad Syafiq berkata, pihaknya terpaksa mendapatkan bantuan polis kerana pasangan terbabit enggan membuka pintu.
Pasangan itu akhirnya akur selepas diarahkan oleh polis.
Semua pasangan yang ditahan diserahkan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) untuk tindakan selanjutnya.
sumber: sinar harian
Perancis idam juara kumpulan
Sasaran tersebut bakal menjadi kenyataan sekiranya skuad kendalian Laurent Blanc itu berjaya menewaskan Sweden pada aksi terakhir kumpulan itu di Stadium Olympik awal pagi esok.
Atas kertas, skuad Les Bleus memiliki kelebihan untuk menewaskan Sweden yang telah tersingkir daripada kempen kali ini.
Ini kerana, Sweden tewas
kedua-dua perlawanan awal pada peringkat kumpulan masing-masing 1-2 kepada Ukraine dan England 2-3.
Justeru, Perancis mahu memanfaatkan segala kelebihan yang dimiliki bagi mengutip tiga mata penuh, sekali gus menamatkan saingan peringkat kumpulan di tangga teratas.
Selain mahu bergelar juara kumpulan, kempen Euro kali ini menjadi medan terbaik buat anak-anak buah Blanc untuk menamatkan 'badi' yang dialami mereka apabila gagal mara ke suku akhir pada kejohanan utama sejak Piala Dunia 2006.
Kedudukan selaku juara Kumpulan D juga sangat penting buat Perancis kerana mereka mahu mengelak daripada berdepan Sepanyol yang dijangka mudah menamatkan saingan Kumpulan C di tangga teratas.
"Adalah sesuatu yang hebat jika kami dapat mengelak daripada berdepan Sepanyol pada suku akhir.
"Kami (Perancis) perlu mempamerkan aksi terbaik apabila menentang Sweden dan mencatat kemenangan.
"Kami mahu terus kekal di atas dan menamatkan saingan di sebagai juara," kata perancang Perancis, Yohan Cabaye yang meledak satu gol ketika membantu skuad Les Bleus menewaskan Ukraine 2-0, Sabtu lalu.
Ketika ini, Perancis berkongsi empat mata di tangga teratas bersama England, diikuti Ukraine (tiga mata), manakala Sweden di tangga tercorot tanpa sebarang mata.
Sementara itu, tonggak pertahanan Perancis, Gael Clichy berkata, kemenangan ke atas Sweden bakal menjadikan skuad Les Bleus sebagai sebuah pasukan yang digeruni pada kempen Euro 2012. -
Peristiwa israk mikraj di Langit Ketujuh:
Naik
tangga langit ketujuh dan masuk langit ketujuh lalu bertemu dengan Nabi
Ibrahim Khalilullah yang sedang bersandar di Baitul-Makmur dihadapi
oleh beberapa kaumnya. Kepada Rasulullah S.A.W, Nabi Ibrahim A.S.
bersabda, "Engkau akan berjumapa dengan Allah pada malam ini. Umatmu
adalah akhir umat dan terlalu dhaif, maka berdoalah untuk umatmu.
Suruhlah umatmu
menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut
riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada
umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan
tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA
LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA
BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini
akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
Suruhlah umatmu menanam tanaman syurga iaitu LA HAULA WALA QUWWATA ILLA BILLAH Mengikut riwayat lain, Nabi Ibahim A.S. bersabda, "Sampaikan salamku kepada umatmu dan beritahu mereka, syurga itu baik tanahnya, tawar airnya dan tanamannya ialah lima kalimah, iaitu: SUBHANALLAH, WAL-HAMDULILLAH, WA LA ILAHA ILLALLAH ALLAHU AKBAR dan WA LA HAULA WA LA QUWWATA ILLA BILLAHIL- 'ALIYYIL-'AZHIM. Bagi orang yang membaca setiap kalimah ini akan ditanamkan sepohon pokok dalam syurga".
Malaikat Maut Mengintai Manusia 70 kali Sehari
Memang tiada siapa pun dapat menduga bila saat kematian mereka akan tiba. Sebab itu ramai yang masih leka dan tiada persediaan ‘menanti’ saat kematian mereka. Allah berfirman yang bermaksud:
“Setiap yang hidup akan merasai mati, dan Kami menguji kamu dengan kesusahan dan kesenangan sebagai cubaan; dan kepada Kamilah kamu akan kembali.” (Surah al-Anbiyak ayat 35)
Tahukah kita bahawa malaikat maut sentiasa merenung serta melihat wajah seseorang itu 70 kali dalam sehari? Andainya manusia sedar hakikat itu, nescaya mereka tidak lalai mengingati mati.
Oleh kerana malaikat maut adalah makhluk ghaib, manusia tidak dapat melihat kehadirannya, sebab itu manusia tidak menyedari apa yang dilakukan malaikat Izrail.
Hadis Nabi s.a.w yang diriwayatkan oleh Abdullah bin Abbas r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Bahawa malaikat maut memerhati wajah manusia di muka bumi ini 70 kali dalam sehari. Ketika Izrail datang merenung wajah seseorang, didapati orang itu ada yang gelak-ketawa. Maka berkata Izrail: ‘Alangkah hairannya aku melihat orang ini, sedangkan aku diutus oleh Allah untuk mencabut nyawanya, tetapi dia masih berseronok-seronok dan bergelak ketawa.’”
Justeru, tidak hairanlah, jika ramai manusia yang masih mampu lagi bergelak sakan dan bersenang-lenang seolah mereka tiada masalah yang perlu difikirkan dalam hidup. Takdirnya esok hari terakhir Allah ‘pinjamkan’ nyawa kepada kita untuk bernafas di muka bumi ini adakah kita sudah cukup bekalan bagi menghadapi dua fasa berikutnya iaitu alam barzakh dan alam akhirat?
Tiada seorang pun di dunia ini dapat menggambarkan bagaimana perasaan dan pengalaman mereka menghadapi saat kematian. Ajal tidak mengenal sesiapa sama ada mereka itu tua, muda, sihat, kaya atau miskin. Rasulullah s.a.w juga menjelaskan dalam hadisnya bahawa kesakitan ketika hampir mati itu seperti ditetak 100 kali dengan pedang tajam atau seperti dikoyak kulitnya dari daging ketika hidup-hidup. Bayangkanlah betapa sakit dan dahsyatnya saat menghadapi kematian. Kalau hendak diikutkan siapa yang hendak nyawanya dicabut dalam keadaan yang amat menyeksakan.
Maka amat beruntunglah sesiapa yang matinya dalam keadaan khusnul khatimah (kebajikan).
Salman Al-Farisi meriwayatkan hadis Nabi s.a.w yang bermaksud: “Perhatikanlah tiga perkara kepada orang yang sudah hampir mati itu. Pertama: berpeluh pada pelipis pipinya; kedua: berlinang air matanya dan ketiga: lubang hidungnya kembang kempis.
“Manakala jika ia mengeruh seperti tercekik, air mukanya nampak gelap dan keruh dan mulutnya berbuih, menandakan menandakan azab Allah sedang menimpa dia.” (Hadis riwayat Abdullah, al-Hakim dan at-Tarmizi)
Kematian ‘menjemput’ manusia secara perlahan-lahan atau beransur-ansur mulai aripada jasad, hujung kaki kemudian ke paha. Bagi orang kafir pula, apabila nyawanya hendak dicabut Izrail, wajahnya akan menjadi gelap dan keruh dan dia mengeruh seperti binatang yang disembelih. Itu pula tanda azab yang diterimanya disebabkan dosa dan kekufuran mereka.
Al-Qamah bin Abdullah meriwayatkan hadis Rasulullah s.a.w yang bermaksud: “Bahawa roh orang mukmin akan ditarik oleh Izrail dari jasadnya dengan perlahan-lahan dan bersopan sementara roh orang kafir pula akan direntap dengan kasar oleh malaikat maut bagaikan mencabut nyawa seekor khimar.”
Allah juga turut menimpakan seorang Muslim yang berdosa itu dengan kekasaran ketika mereka menghembuskan nafasnya yang terakhir sebagai kaffarah dosanya. Mungkin ada juga orang kafir yang mati dalam ketenangan mungkin kerana ketika hidupnya dia berbuat kebajikan dan itu adalah balasan terhadapnya kerana setiap kebajikan pasti akan dibalas. Tetapi kerana tidak beriman, ia tidak menjadi pahala kebajikan dan kekufurannya tetap diazab pada hari akhirat kelak.
Rasulullah s.a.w bersabda yang bermaksud: “Apabila telah sampai ajal seseorang itu maka akan masuklah satu kumpulan malaikat ke dalam lubang-lubang kecil dalam badan dan kemudian mereka menarik rohnya melalui kedua-dua telapak kakinya sehingga sampai ke lutut.
“Setelah itu datang pula sekumpulan malaikat yang lain masuk menarik roh dari lutut hingga sampai ke perut dan kemudiannya mereka keluar. Datang lagi satu kumpulan malaikat yang lain masuk dan menarik rohnya dari perut hingga sampai ke dada dan kemudiannya mereka keluar. “Dan akhir sekali datang lagi satu kumpulan malaikat masuk dan menarik roh dari dadanya hingga sampai ke kerongkong dan itulah yang dikatakan saat nazak orang itu.”
Malaikat Izrail menjalankan arahan Allah s.w.t dengan sempurna. Dia tidak diutuskan hanya untuk mencabut roh orang sakit saja ataupun roh orang yang mendapat kecelakaan dan malapetaka. Kematian mungkin berlaku kerana sebab bencana seperti gempa bumi, banjir, kebakaran dan ada juga yang matinya disebabkan kemalangan, diserang penyakit berbahaya seperti kanser, jantung, Aids, denggi dan taun. Seorang yang sedang sakit tenat, menjadi rahmat yang tinggi nilainya kerana Allah masih memberi peluang supaya mereka sedar akan kesilapan yang mereka lakukan selama hidup di dunia.
Cara Mengenali Lelaki Yang Masih Teruna
Mungkin wanita-wanita diluar sana ingin mengahwini lelaki yang status teruna ( meskipun sekarang ni ternyata tak ramai dah )..
Namun begitu, wanita masa kini lebih cenderung untuk mencari lelaki yang lebih berpengalaman untuk dijadikan calon suami. Ape-apa pon kami akan berkongsi jugak tips-tips ini sebagai panduan kepada wanita-wanita di luar sana.. Meh tengok..
1. Lelaki teruna suka mengintai-intai (curi pandang) perempuan cantik pada wajah berbanding lelaki tak ada teruna gemar melihat tubuh wanita.
2. Lelaki teruna segera mengalihkan pandangan apabila ditentang wanita cantik manakala lelaki tak teruna mengekalkan pandangan.
3. Lelaki teruna menunduk apabila dipandang wanita cantik dan menunjukkan reaksi gembira (mengetap bibir untuk cover senyum) tetapi lelaki tak teruna menunjukkan reaksi bersahaja.
4. Lelaki teruna malu membuka mulut untuk makan atau bercakap di hadapan wanita yg cantik. lelaki teruna seperti “kena interview” apabila bercakap dan badannya kaku.
5. Lelaki teruna berdegup kencang jantungnya apabila mendapati wanita cantik menyukainya.
6. Lelaki teruna membosankan apabila bercinta. gayanya agak “nerd”. gemar berlagak untuk menarik pasangannya.
7. Lelaki teruna juga sanggup menghabiskan banyak wang untuk pasangannya untuk menambat hati pasangannya.
8. Lelaki teruna terlalu sensitif. mereka akan sering menghubungi pasangannya sehingga dapat dan mereka akan rasa sedih yang amat sangat apabila diabaikan.
9. Lelaki teruna sering mengagung-agungkan pasangannya dan mengatakan orang lain tak cantik. mereka akan bercerita tentang pasangannya dan memuji-muji pasangan apabila berbual dengan kawan-kawan.
Untuk Pemujaan bunuh 3 wanita dan memakan daging
BRASILIA: Tiga warga Brazil didakwa membunuh tiga wanita dan memakan daging mereka sebagai sebahagian upacara pemujaan yang bertujuan mensucikan jiwa mereka dan mengawal pertumbuhan populasi, kata polis.
Pihak berkuasa semalam mengenakan tuduhan itu ke atas tiga suspek berkenaan – pasangan suami isteri dan seorang wanita, menuduh mereka membunuh tiga mangsa terbabit yang berusia antara 17 dan 31 tahun antara 2008 dan tahun ini di timur laut Pernambuco. “Tertuduh mengakui memakan daging mangsa mereka,” kata jurucakap polis, Paulo Berenguer kepada wartawan sambil menambah polis masih menyiasat sama ada mereka terbabit dengan kematian empat orang lagi.
Menurutnya, ketiga-tiga suspek masing-masing berdepan hukuman maksimum 30 tahun penjara. – AFP


















