Akibat Cinta Pelajar TIdak Direstui



Gara-gara enggan berpisah dengan kekasih, seorang penuntut jurusan perubatan berusia 19 tahun mengambil keputusan untuk tinggal bersama kekasihnya.

Perlakuan ini kemudiannya diketahui keluarga mangsa dan bertindak membawa mangsa ke Balai Polis Kulim bersama teman lelakinya serta keluarganya.

Bagaimanapun apabila perbincangan diadakan antara teman lelaki dan keluarga mangsa, waris mangsa enggan membenarkan anak perempuan mereka tinggal bersama kekasihnya itu sebaliknya mengarahkan mereka berpisah.

Waris mangsa berkeras untuk membuat laporan polis. Kekasih mangsa yang bekerja sebagai operator kilang berkata, dia menjalinkan hubungan cinta bersama mangsa sejak tujuh tahun lalu.

“Kami berada di balai polis bukanlah kerana satu kesalahan yang besar. Ia hanya kerana masalah cinta sahaja. Saya menjalinkan hubungan cinta dengan mangsa sejak dia belajar di tingkatan dua.

“Saya sedar dia masih menuntut tetapi tidak salah kami menjalinkan hubungan ini,” katanya. Sementara itu, Ketua Balai Polis Kulim, Asisten Superintendan Mohd Azlan Abd Kadir meminta kedua-dua keluarga menyelesaikan masalah peribadi dihadapi di rumah.

Menurutnya, masalah seperti ini sering berlaku dan ia tidak melibatkan pelajar bawah umur. “Masalah cinta harus diselesaikan secara aman di rumah bukan di balai polis melainkan ia melibatkan perkara yang berunsurkan jenayah.

Sekiranya pelajar bawah umur melarikan diri, mereka yang menyimpan pelajar itu tanpa pengetahuan keluarganya boleh ditahan polis.

“Sekiranya ia melibatkan golongandewasa, terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan. Bagaimanapun saya menasihatkan supaya masalah dihadapi dapat diselesaikan secara aman,” katanya kepada Sinar Harian.

# Kalau dah sesuai cukup umur, sembhyang 5 waktu x tinggal, baik..jangan dihalang, jadi macam nie sapa yang malu..nabil kata lu pikir laa sendiri.
Read More

Salah Pijak Pedal



CHONGQING – Seorang lelaki China melanggar dinding gedung parking kerana salah ketika menekan pedal minyak yang disangka brek. Bahagian depan kereta tersebut menembus dinding tingkat kedua parking tersebut dan berhenti tergantung di atas jalan kota Chongqing.

“Saya berada di kemiringan ke bawah dan hanya menekan pedal gas, bukan menekan brek” ujar pengemudi, yang tidak menyebutkan namanya tersebut.

Ia dibawa ke hospital untuk diperiksa tetapi doktor memberikan hasil negatif pada uji alkoholnya. Demikian lansir Orange.

Huang Xiaoping, seorang petugas kebersihan yang tinggal di sebelah tempat parkir, mengatakan ia baru saja bangun dan siap-siap untuk berangkat bekerja ketika ia mendengar suara hantaman mobil itu.

“Saya mendengar dua ledakan dari arah gedung parking kemudian saya berlari untuk melihat apa yang terjadi di gedung itu, awalnya saya kira sedang ada shooting filem di sekitar taman, tetapi kerana  ingin tahu ada apa, saya berlari keluar dan saya mendapati pemandangan sebuah kereta menembus tembok gedung parking di lantai dua dan menggantung sebahagian badan kereta di atas gedung itu dengan roda depan masih berputar,” ungkapnya,

Seorang petugas mengatakan bahawa lelaki tersebut tinggal di dekat taman dan selalu menggunakan parking di gedung tersebut.

“Dia sudah lama meletakkan keretanya di sini, dia pasti bukan pemandu baru,” katanya.

Untungnya pemandu dan penumpangnya yang merupakan seorang wanita, tidak mengalami luka parah.


Sumber : http://www.okezone.com

# nak bawak kete dia baca     بسم الله الرحمن الرحيم
 mintak lindung dengan Allah dari segala kecelakaan.
 kalau rasa mengantuk jgn duk mandu, tido dulu
satu lagi jgn beli lesen terbang k..
``

Read More

SPRM akan panggil Anwar, 3 individu lain



SHAH ALAM – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan memanggil Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan tiga lagi individu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan pemilikan akaun berjumlah RM3 bilion yang melibatkan dirinya ketika menjawat jawatan Timbalan Perdana Menteri.

Tiga individu terbabit ialah Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali, pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Raja Kamaruddin dan bekas Pengarah Siasatan Badan Pencegah Rasuah (BPR), Abdul Razak Idris.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali berkata, mereka akan dipanggil sekiranya SPRM mempunyai maklumat baru yang membolehkan siasatan kes itu dibuka semula.

“Kita tidak akan membuka semula kertas siasatan yang diarahkan tutup oleh Timbalan Pendakwa Raya.

“Namun, sekiranya terdapat maklumat baru yang signifikan terhadap kes tersebut, kertas siasatan akan dibuka semula,” katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Ditanya sama ada SPRM mempunyai maklumat baru untuk membuka semula siasatan tersebut, Mustafar menjawab: “Buka kes atau pantau kes, saya tidak boleh dedahkan,” katanya.

Baru-baru ini, Panel Penilaian Operasi (PPO) SPRM meminta SPRM membuka semula kes siasatan terhadap Azmin yang didakwa memiliki saham, rumah dan kereta mewah bernilai kira-kira RM1.5 juta dan hampir RM10 juta dalam bentuk wang tunai serta cek.

Azmin ketika itu adalah penjawat awam dan menjadi Setiausaha Politik kepada Anwar antara 1995 dan 1997.

Raja Petra melalui portalnya, mendakwa Anwar kemudiannya mengarahkan BPR pada masa itu, menutup siasatan tersebut.

Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Malaysia, Datuk Abdul Murad Khalid pula dilaporkan mendakwa Anwar mengawal 20 akaun induk membabitkan aset, saham dan wang yang keseluruhannya bernilai lebih RM3 bilion dalam pendedahannya, kira-kira 13 tahun lalu.

Kelmarin, Abdul Razak mendakwa beliau membuat akuan bersumpah (SD) pada tahun 2003 atas permintaan Anwar bagi membersihkan nama Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berhubung pemilikan akaun tersebut.

Anwar dan Azmin merelakan SPRM menyiasat jika agensi tersebut mempunyai bukti baru untuk membuka semula kes terbabit.

 Sumber: Sinar Harian.
Read More

x thu diam...


Ilmu penyuluh hidup...kalu nak cerita sesuatu pastikan ada pengetahuan..lebih baik diam jika tidak pasti..nanti di tertawakan orang..nanti org kate bodo rupanya..Islam nie dipandang serong kerana org yang jahil berbicara tentang agama...apabila sesuatu organisasi atau negara ditadbir bukan dari kalangan ahlinya ( org yang berilmu ) tunggu laa saat kehancuran..kiki
Published with Blogger-droid v2.0.6
Read More

Portugal layak ke suku akhir


Jaringan hasil tandukan Kapten pasukan Portugal, Cristiano Ronaldo melayakkan mereka ke saingan sepatuh akhir dalam Piala Euro 2012.

Bola hantaran dari Nani berjaya disudahkan oleh Ronaldo pada minit ke 79 memecahkan kebuntuan dan menggugurkan benteng pertahanan Rep. Czech.

Kubu Rep. Czech sebelum itu telah beberapa kali diuji oleh jentera serangan Portugal, namun percubaan mereka gagal menggegarkan gawang gol.

Portugal layak ke pusingan suku akhir selepas berjaya menewaskan Belanda dalam saingan kumpulan maut, kumpulan B.
 
..........Republic Czech cuba lagi Euro akan datang.....Portugal nasib je menang
 
Moral of the story..sapa2 menang pun Allah x tanya di Akhirat kelak, Allah tanya mu solat x subuh, Bola mu boleh bgn knp solat mu x leh...kikiki tahajud x leh bgn, bola boleh plop..tazkirah tuk diri sendiri..kikiki
Read More

Bersyukur laa.....

بسم الله الرحمن الرحيم

Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Dan Penyayang..Selawat dan Salam kepada Junjungan Besar Kekasih Allah Nabi Muhammad ( SAW )..

Malam ini ambe nak kongsi Tazkirah sikit pasal syukur...Apa perasaan mu bile nengok anak kecil yang kurus memandang  sayu ke arah restoran makanan segera..Adakah kite pernah terfikir disebalik nikmat yang kita dapat ada lagi yang masih hidup dalam keadaan daif dan memerlukan pertolongan kita..

“Dan sedikit sahaja dari hamba-hambaKu orang-orang yang bersyukur” (surah Saba’ 34:13)..

adakah kita termasuk dalam golongan yang sedikit itu, dulu aku pernah dengar kuliyyah seorang Ustaz kt kampung. Masa tu Masjid dalam pembinaan dan memerlukan derma org ramai, dia pesan jangan sampai harta yang mu cari tu akan menjadi kayu-kayu  yang akan membakar mu dalam neraka nanti, jangan kamu kufur nikmat dan bakhil .

ustaz tu kata dalam harta yang Allah bagi tu ada hak orang lain, yang wajib nya zakat dan banyak laa bersedekah..aku ingat lagi ayat ustaz tu sampai hari ini..






lihat lah pakcik ni, walaupun susah tapi tidak bakhil dan pemurah..tolong laa yang memerlukan tanpa mengharapkan balasan apa yang kamu dermakan..hehe..derma jgn duk cete kt org plak nanti takut riak..Syaithan nie kreatif..dalam membuat amal dia ade skill nak jadikan amalan tu rosak ( Jem )dan sia-sia..kiki natang setan memang jahat dulu, kini dan selamanya..

 


Read More

Labels

10 Model Kereta Yang Mengalami Penurunan (2) 9 Tahanan (1) Ac Mizal (1) AES (1) Agama (1) Ajaran Sesat (2) akhir zaman (1) Amanat Haji Hadi (4) Anuar Musa (2) Anwar Ibrahim (4) Awie Kelab Malam (1) Bashar Al Assad (4) Bawani (1) Bawani UUM (1) Berita Panas (56) Biodata Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid (1) Bogel (3) Bola Sepak (1) bunuh diri (1) C Sugumaran dibelasah sehingga mati. (1) Ceramah (1) curang (2) Dajal laknatullah (1) Dibunuh Kejam (7) Diet Yang Berkesan (1) Digantung Kerja. (1) Drama Sehangat Asmara (1) Fahaman Syiah Yang Songsang (6) Gila (2) gym (1) Harga Kereta Turun (1) Hasan Nasrullah (1) Hina Islam (1) i (1) info kaki sembang (443) Info KakiSembang (82) Info Rileklaa (12) Info TintaMerah (22) Isteri Mat Yo Mengamuk (2) Janda (1) KakiSembang join Contest (1) KakiSembang join segmen (2) KakiSembang menulis (8) Kejadian Ribut Di Pulau Pinang (1) Kemalangan (1) Kematian (3) Kematian Kanang Anak Langkau (1) Kesesatan Syiah (21) khalwat (2) kiamat (1) KL112 (4) Kompaun DBKL (1) kosmo (1) Krisis di Syria (14) Kristian Di Malaysia (1) ku (1) LAHAD DATU (6) listen listen listen (1) Live Streaming (1) Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part3 Boboi (1) Makanan pelik (1) maksiat (1) Maulidur Rasul (1) Menutup aurat (2) MLM 2012 (1) Mujahidin Syiria (10) Mujahidin Syria (10) Nabi Muhammad ( SAW ) (3) Nabi Muhammad s.a.w (3) Nasharudin Mat Isa (2) Nasihat (1) ng (1) ngeri (5) Onani (1) Patrick Teoh Biadap (1) pelacuran (1) Pelik (26) Pencuri (2) pengajaran (2) Pengemis (1) Penjenayah (4) perlawanan Johor Darul Takzim vs Kelantan (1) Pilihanraya (1) Politik (9) PRU 13 (3) Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin (2) Rasuah (1) Rasulullah S.A.W (1) Rogol (18) Rosmah Mansor (3) Rusuhan Di turki (1) Saidina Umar Ibni Khattab (1) Sekadar Renungan bersama TintaMerah (88) Semakan Daftar Pemilih SPR (1) sex (13) sosej usus babi (1) SPRM (1) Sultan Sulu (2) Syiah (22) tazkirah (16) Tian Chua (1) Tragedi (1) Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (1) Ulama (1) Ustaz Azhar Idrus (9) Wanita Kencing Dan Mandi Dalam Keretapi (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

Blog Archive

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.