Jalan-jalan di Pesta Floria Putrajaya 2012

Untuk peminat- peminat bunga datang laa ke Presint 2, Putrajaya..g round2 kt pesta bunga tadi ngn housemte..datang mlm lagi cantik, bunga dihiasi lampu~lampu warna warni..tadi pun ada bot berhias..tapi x syoknya apa kena mengena pesta bunga ngn konsert2..Aduyai x reti laa den nk jawab..

Published with Blogger-droid v2.0.6
Read More

Air Kencing Digunakan Dalam Kehidupan

Menjijikkan Seorang Perempuan di Eropah yang aku rasa otak dia terkena virus kencing gile babi (aku reka sendiri x dop dalam kajian doktor lagi ) menggunakan air kencingnya sendiri untuk keguanaan harian..kahkahkah ngerikankan. Beliau menggunakan air kencing untuk minum, berus gigi, minyak urut. mangkuk nie kata air kencing bile diminum rasa  macam champangne kadang kala macam air kopi..kahkah korang  berani..aku memang angkat bendera putih laa..korang aku x tahu laa..dia nie sebenarnya terkena kanser dan beliau berpendapat dapat sembuh dengan cara ini..dunia dunia..

Read More

Kisah Sahabat Rasulullah SAW ( Wajib Dibaca Geng ) | Kisah Lelaki Kulit Hitam Pencuci Masjid Nabi

Kisah Sahabat Rasulullah SAW ( Wajib Dibaca Geng ) | Kisah Lelaki Kulit Hitam Pencuci Masjid Nabi | Assalamualaikum semua..hari nie ambe nak cerita pasal lelaki kulit hitam di zaman Rasulullah, kerjanya mencuci Masjid Nabi, oleh kerana beliau seorang Hitam masyarakat tidak mempedulikan beliau. Tetapi kerana keikhlasan beliau tanpa mengharapkan balasan terhadap kerja membersih Masjid Nabawi, selalu mendapat perhatian Nabi sehingga laa.....

Harap-harap kisah ini menjadi pengajaran kepada ambe dan semua rakan-rakan yang budiman yang akan membaca artikel ini, demi menyahut seruan Rasulullah ( SAW ) sampaikan dari ku walaupun satu ayat-Al Hadis..walau pun x ensem, hitam, x de pengaruh tapi di kasihi Rasulullah..korang ader   layannnn....

Setiap kali Rasulullah pergi ke Masjid Nabawi..baginda akan terlihat lelaki berkulit hitam yang tidak tampan sedang membersihkan masjid..Ramai orang tidak sedar akan kehadiran dan jasa lelaki itu..Tetapi..Baginda selalu perhatikan lelaki itu..

Suatu hari..Baginda datang ke masjid Nabawi..Dan tidak ternampak kelibat lelaki itu..Kemudian baginda bertanya pada sahabatnya tentang lelaki itu..Mereka mem...beritahu yang lelaki itu sudah meninggal beberapa hari lalu..Muka Rasulullah berubah..Dan bertanya mengapa mereka tidak memberitahunya..Mereka terdiam dan menyangka baginda tidak nampak akan jasa lelaki itu..

~Rasulullah berkata "Mungkin kerana kulitnya yang hitam, mukanya yang hodoh dan kerjanya hanya membersihkan kawasan masjid menyebabkan kamu semua tidak menghiraukannya?" sahabat baginda terdiam..Dan baginda meminta mereka menunjukkan padanya kubur lelaki itu..Kemudian Rasulullah berdoa dihadapan kubur lelaki itu.."Ya Allah, Ya Tuhan kami.Berikanlah rahmat dan keampunan terhadap semua ahli kubur termasuk roh lelaki yang selama ini membersihkan Masjid Nabawi." Kemudian..Rasulullah beredar dari tanah perkuburan dan berkata pada sahabatnya "Selama ini penghuni kubur disini berada dalam kegelapan.Alhamdulillah sekarang Allah telah memperkenan permohonanku.Allah telah menerangkan semua kubur ini termasuklah kubur lelaki berkulit hitam ini."

Pada malam hari kubur disitu didapati bercahaya kerana mendapat rahmat..Dan memberi peringatan pada mereka semua..bahawa..

"Kamu harus ingat, Sesungguhnya Allah menilai sumbangan seseorang bukan berpandukan besar atau kecil,banyak atau sedikit tetapi berpandukan keikhlasan hati mereka yang melakukannya" Rasulullah s.a.w mengingatkan para sahabatnya
Read More

Ambe di sebelah BEN ASHAARI?

klik gambar untuk besarkan

Salam... Hari ni dalam SEJARAH, kikikiki. Sebab Ambe memang suka Sejarah... Kenape pulok Ambe 'exited' rini? Sebabnya, korang tengoklah, Ambe di sebelah Ben Ashaari tuuuuuu. kikikikiki.. Korang Hado? kikikiki... Jarang anak melayu buleh duk sebelah Otai Blogger Ben Ashaari ni, hehehehehe... Blog Ambe ni baru je berusia 12 hari, hehehehe.. Mude ngat lagi...

Ambe nak story sikit ni, sikit je lah ye... Ambe penah la jugak duk semeja ngn Bro Ben Ashaari ni...sekali je time tu. Masa tu 'brekpes' pagi di tepi tasik Putrajaya Presint 2.. Ambe bekpes reramai dengan kawan2 seOpis skali... Masa tu, KakiSembang ni belum wat lagi... Tak sangka pulak sekarang ni, Ambe dah ada blog Ambe sdiri... Kerja ALLAH SWT... Alhamdulillah...

                                                                      klik gambar untuk besarkan

Tak cukup setakat ni, tadi Ambe ade wat entri, Ben Ashaari sudi komen, suke Ambe.... :) Its An Honour For Me As NEW UpCOMER BLOGGER... Alhamdulillah. Time Kacih daung keladi, ade mase komen lagi :)
Read More

Lepak kt Ali Bistro


Sambil2 pekena ayam tandoori bersama Que Achmad n the gang..terlihat pekerja kat kdai mamak nie pakai t-shirt kaler pink..amacam lu berani..kahkahkah..korang tgk btul2 spender kaler koko dah laa sama ngn blog aku..jem..kalau campur pink ngn hitam apa warna yang dapat?

Published with Blogger-droid v2.0.6
Read More

Koleksi Gambar Perkahwinan Irma Hasmie dan Reza Shah Azmeer

Alhamdulillah. Irma Hasmie yang telah berhijab selamat bernikah dengan suasana Islamik dan penuh dengan adat-adat yang baik. Semoga Allah memberkati kedua-dua pengantin dan di berkati Allah sehingga ke Akhirat..Ameen

Sesungguhnya jodoh itu adalah rahsia Allah s.w.t. Setiap manusia telah ditetapkan jodohnya dari awal lagi dan manusia tidak mampu menghalang jodoh yang telah ditetapkan oleh-Nya. Artis, Irma Hasmie yang dahulunya berkasih dengan Nabil Raja Lawak hari ini telah selamat diijabkabulkan dengan jodohnya iaitu Reza Syah Azmeer.

Dengan sekali lafaz pasangan ini sah menjadi suami isteri pada tanggal 29 Jun 2012. Pada sekitar pukul 3.40 petang tadi pasangan ini sah dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan sendiri, Ibrahim Othman. Berikut adalah koleksi gambar sekitar perkahwinan Irman Hasmie dan Reza Syah Azmeer. Semoga jodohnya kekal sehingga akhir hayat.


Read More

Kucing Terkecil Di Dunia - Peebles


Ciptaan Allah melebihi fikiran Manusia yang serba kelemahan ini,  Begitulah hebatnya kehebatan ciptaan Allah di dunia ini. Kali ni, seekor kucing paling kecil di dunia telah ditemui.
Kucing yg comel ni adalah yang terkecil didunia, namanya “Peebles“. Kalau dilihat mungkin seperti anak kucing biasa tapi sebenanya Peebles berusia 2 tahun.
Peebles menjadi sebegini adalah disebabkan oleh masalah genetik yg membantutkan tumbesarannya. dengan ketinggian hanya sekitar 15.5 cm dan 49 cm panjang, kucing terkecil dunia  diiktiraf  oleh Guiness World Book Of Record. Aku ada 2 ekor..korang ada..kikiki




Read More

orang hilang-sebarkan


Assalamualaikum..hari nie ambe nak kuar makan..ambe naik lif terpandang iklan seorang wanita yang hilang dicari oleh keluarga beliau..sama-sama lah kita membantu menyebarkan iklan ini..moga2 apabila kita dalam kesusahan Allah memberi jalan keluar untuk kita semua..jangan asik berblog sahaja tetapi hendak enjoy dan mementingkan diri sendiri..
Published with Blogger-droid v2.0.6
Read More

Blog Paling Panas dan Giler tahap Gunung Everest





Assalamualaikum..korang pernah layari blog nie..UncleSeekers Seek The Truth..memang gile laa uncleseekers nie, aku x reti laa nak cete pendek kata korang baca la sendiri apa yang uncle seekers tulis..dia nie hati kering tahap Raja Kapor ke apa..org Normal pendek kata x berani laa tulis cmnie, kawan aku Abg Rony cakap dia nie dah ada surat merah ( Gila ) x tahu laa betul ke idak.. nama sebenarnya Syed Abdullah Hussein Al-Attas. Uncle nie  terkenallah dengan cerita paranormal dia kat NTV7 tu, dari dulu lagi mmg aku x layan cerita macam nie, apa yang aku tahu uncle nie memang celupar laa..korang masih ingat x kisah uncle nie dengan kisah beliau dengan Permaisuri  Agong..meh aku Refresh cerita, cerita ini kt Kosmo pada 12/4/2010

Hari ini banyak berita melaporkan Saman yang dikeluarkan peguam Siti Aishah ke atas Uncle Seekers atau nama sebenar beliau Syed Abdullah Hussein Al-Attas akibat mendedahkan maklumat sulit peribadi melalui blog beliau (Cerita lanjut).

Bekas Raja Permaisuri Agong, Cik Puan Siti Aishah Abdul Rahman kelmarin memfailkan saman terhadap pakar paranormal, Syed Abdullah Hussein Al-Attas yang lebih dikenali sebagai Uncle Seekers kerana didakwa telah membocorkan maklumat dirinya.

Siti Aishah menamakan Syed Abdullah sebagai defendan pertama manakala ayah Syed Abdullah, Syed Hussein Al-Attas sebagai defendan kedua.

Writ saman bertarikh 2 Disember itu difailkan melalui Tetuan Gunaseelan & Associates di Mahkamah Tinggi Temerloh, Pahang di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Akhtar Tahir.

Mahkamah tersebut kemudian menetapkan 22 Disember ini sebagai tarikh sebutan interparte untuk kes tersebut.

Dalam saman tersebut, Siti Aishah sebagai plaintif memohon perintah injuksi bagi melarang defendan pertama dan kedua untuk tidak mendedahkan sama ada secara lisan atau dalam blog-blog, surat khabar atau wakil-wakil mereka sebarang maklumat semasa plaintif menerima 'rawatan' daripada defendan.

Plaintif juga memohon perintah melarang kedua-dua defendan itu daripada menerbitkan sebarang buku, majalah, risalah atau terbitan melalui blog atau laman web mengenai plaintif.

Menurut pernyataan tuntutan, pada Jun 2010 Siti Aishah mendakwa telah meminta bantuan Syed Abdullah untuk menangani masalah emosi yang dihadapinya selepas defendan pertama membuat representasi secara lisan bahawa beliau (Syed Abdullah) boleh mengubati dan menjalankan kaunseling berhubung masalah emosi yang dihadapi oleh bekas Raja Permaisuri Agong itu. (Sumber: Kosmo Online)
Satu lagu korang tgk link nie mcm mana keringnya hati Uncle http://youtu.be/JCP5wyIN8eA..haha..

Satu lagi aku nak tunjuk apa yang Uncle Seekers tulis tentang Tengku Mahkota Johor
Beliau telah menghina Raja Muda Johor, Tunku Ismail Idris ibni Sultan Ibrahim :
 satu planet dah tahu hubungan anta berdua. Semuanya anta dah ada. Pangkat besar rupa anta kategori hensem, rumah cantik dan besar, kereta banyak, duit berlambak. Berapa ramai rakyat Johor terpaksa capmelan tembak cicak ngan lipas sebab takder duit nak kawen dan berapa ramai yang 'loan' kat Bank Rakyat dan kena bayar selama 20 tahun. Anta dah ada semua, tunggu apa lagi beb?

Sebelum terlupa, bila nak faraidkan harta pusaka yang telah diamanahkan oleh Almarhum Sultan Iskandar. Dah setahun lebih ni ! Tugas ana selesai sebab dah maklum pada anta. Anta tak nak dengar itu hak anta. Dunia mungkin boleh lepas tapi akhirat sendiri mau ingat.
"Pesanan dari ana khusus untuk anta Mail.
Langit tidak selalu cerah...

Kalau anta tak puas hati pada ana, anta boleh 'cipta' pelbagai alasan untuk fitnah ana supaya masuk 'dalam'.

Kecik punya hal....
Paling lama pun 14 hari jer dibawah seksyen 117.
Pastu, macam-macam citer ana bleh bongkar 'kemungkaran' yang ada didalam sana nanti sampai nafas ana yang terakhir."
Bukan sahaja tidak menghormati Raja Muda Johor ini, malah Uncle hanya memanggil namanya sahaja iaitu MAIL. Bahkan turut meninggalkan kata-kata berunsur ugutan. Giler x uncleseekerssss nie..haha lu pikir laa sendiri...nie betul2 paranormalllll, nie dikira perderhaka tahap apa nie..kikikiki..kite tgk apa yang berlaku seterusnya..
Read More

Ratu Rock-Ella Akhirnya mengakhiri zaman bujang



RATU rock negara Ella atau nama sebenarnya Norzila Aminuddin bakal bergelar bernikah dengan seorang juruterbang dari Muar, Johor pada 7 Julai depan.

Harian Metro pada Khamis melaporkan, sumber terdekat keluarga Ella yang enggan dikenali berkata, penyanyi berusia 46 tahun itu bakal bernikah dengan juruterbang berkenaan di rumah keluarganya di Klang dekat sini pada tarikh tersebut.

“Apa lagi yang hendak dikatakan, ia sama saja seperti majlis pernikahan orang lain. Dia (Ella) akan dinikahkan dengan seorang juruterbang dari Muar, Johor,” kata sumber itu ketika dihubungi.

Sebelum itu, Ella dikesan mengikuti kursus perkahwinan pada 3 dan 4 Mac lalu hingga menimbulkan andaian dia sudah menemui calon suami dan bakal menamatkan zaman solonya.

Bagaimanapun, Ella enggan mengulas perkara itu dan mengambil pendekatan berdiam diri.

Berita pernikahan penyanyi ini mula tersebar selepas ia disiarkan oleh beberapa blog hiburan, baru-baru ini.

- mStar Online


Read More

haiwan belaan

Aku nak sembamg pasal binatang peliharaan..mcm2 la haiwan org pelihara nie, kalau kat kg byk budak2 pelihara beruk sambil bela boleh tolong panjat kelapa..kikiki..aku lak bela ikan kelisa..bagi org yang selalu outstation, ikan kelisa laa paling bagus nak bela. X cerewet langsung air tukar 2 kali je setahun..x bgi mkan 2 minggu pun steady..kalu korang nak tahu tips bela ikan kelisa pm aku k...

Published with Blogger-droid v2.0.6
Read More

Nasi Kankang amalan syirik



Assalamualaikum...Magrib nie sebelum gua pergi makan nak sembang sikit pasal benda Syirik masyarakat melayu berkenaan  nasi kangkang,

Nasi kangkang adalah amalan khurafat segelintir masyarakat Melayu. Pengamalnya tidak takut akan dosa melakukan perkara tersebut kerana telah dihasut oleh syaitan yang akan membawa mereka ke naraka jahanam. Oleh itu jauhi ilmu tersebut walaupun dengan pelbagai alasan sekalipun.

Filem Hantu Bonceng yang dilakoni oleh Zizan menggambarkan nasi kangkang adalah satu amalan Syirik kuno masyarakat melayu yang diamalkan sehingga sekarang..

Hingga ke hari ini belum pernah ada satu garis panduan terhadap amalan ini dilakukan, mungkin kerana tiada bukti yang dapat menerangkan kesannya menjadikan ia bukanlah satu topik yang mendapat perhatian sewajarnya, dan yang pasti ia tidak dapat dibuktikan dengan sains dan teknologi menjadikan ia berlalu begitu saja atau bergerak perlahan tanpa diendahkan.



Kah kah kah..yang nie plak bukan nasi kankang tapi nak kena pelempang ngn gua..masak sambil mengangkang dan tidak bertamadun..korang jgn ikut perangai x senonoh mcm nie..

Yang nie plak mengangkang jugak..tapi gua tido sambil mengangkang..tidak Syirik kk..kah kah kah

Read More

Kejam-Bomoh bunuh anak sendiri disangkanya Haiwan

BELURAN – Seperti hilang ingatan, seorang bomoh sanggup membunuh anak lelakinya yang disangka telah bertukar menjadi seekor haiwan dengan mencucuk kedua-dua mata mangsa di rumah mereka di Ladang Metro, Telupid dekat sini malam tadi.

Berikutan insiden pukul 8 malam itu, mangsa, Nasrul Ali, 24, yang mengalami masalah mental cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Ketua Polis Daerah, Deputi Supritendan R. Sivanathan berkata, siasatan mendapati suspek berusia 44 tahun mendakwa telah melihat wajah anaknya itu bertukar menyerupai seekor haiwan
.
“Suspek lalu mengheret mangsa yang berada di luar ke dalam rumah lalu mencucuk kedua-dua mata dan memukul muka anaknya dengan batang penyapu.

“Setelah mangsa meninggal dunia, suspek memandikan mangsa dengan lapan biji air kelapa muda,” katanya di sini hari ini.

Difahamkan, semasa kejadian, hanya suspek dan anaknya berada di rumah mereka.
Tambah Sivanathan, kelapa-kelapa berkenaan kemudian disusun rapi sebelum mayat mangsa diletakkan di atas buah tersebut bersama dua biji pisang.

“Pihak kami yang dimaklumkan mengenai kejadian itu bergegas ke lokasi kejadian kira-kira pukul 1 petang ini. Kita kemudian menahan suspek yang tidak melarikan diri,” katanya.

Jelas Sivanathan, hasil soal siasat, suspek mengaku membunuh anaknya itu sebagai langkah pencegahan bagi mengelak ‘haiwan’ itu membunuhnya.

“Suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Beluran untuk disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. Mayat mangsa pula dihantar ke Hospital Daerah Beluran untuk bedah siasat,” katanya. – Utusan
Read More

Satu dalam Sejuta


Assalamualaikum..aku duk bukak Fb terjumpa laa gambar nie, sejuk hati memandang seorang perempuan yang Solehah membuka Tafsir sewaktu menunggu lampu isyarat..korang ada..hehe
Read More

Amukan gila babi





SEREMBAN - Perebutan wanita dipercayai motif utama sekumpulan 30 lelaki bersenjatakan parang mengamuk dengan memecahkan cermin dan merosakkan 28 kereta di Rumah Pangsa Lobak, di sini, pada 22 Januari lalu.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azlay Kamaruddin berkata, hasil siasatan mendapati, lelaki bernama Mani yang dicari dipercayai melarikan diri dengan teman wanita salah seorang daripada kumpulan lelaki berkenaan.

“Disebabkan tidak berpuas hati, mereka mengamuk memecahkan cermin kereta penduduk di kawasan berkenaan.

“Pihak polis masih mengesan pasangan kekasih terbabit bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurutnya, pihaknya juga telah menahan 15 lelaki berusia 22 hingga 35 tahun di sekitar daerah ini, kira-kira jam 5 pagi sehari selepas kejadian.

“Seramai 12 daripada mereka bagaimanapun dibebaskan dengan jaminan polis dan tiga lagi dipercayai dalang utama masih ditahan,” katanya.

Sinar Harian sebelum ini melaporkan, sekumpulan 30 lelaki bersenjatakan parang mengamuk dengan memecahkan cermin dan merosakkan 28 kereta di rumah pangsa berkenaan.

sumber: Sinar harian 








budak-budak sekarang ini sikit-sikit nak mengamuk. Perkara kecil jek dah boom..ingatkan lawan yahudi ka apa..nie pasal berebut awek jea..kikiki.... yang jadi mangsa kereta penduduk kampung..ingat harta mak bapak
korang punya ker..ptuihh..emosi laa plak aku nie..sory...hehe..

kalau berebut pahala ok jugak nie berebut awek..patut laa awek dia lari pun..pakwe dia gengster..kikiki..mangkuk nie pun satu punya laa ramai lagi awek kat dalam dunia nie..haha..aku rasa korang nie terpengaruh dengan cerita tamil nie..kahkahkah..bodo punya orang Nang bokinang
Read More



Tahniah Astro Oasis kerana menyiarkan Kuliyyah Ustaz Idrus bermula 3 Julai 2012 setiap Selasa, Rabu dan Khamis..InsyaAllah program ini akan menarik ramai golongan muda dalam  mengikuti kuliyyah Agama yang santai dan mudah difahami. Ustaz yang dikenali melalui Youtube dan juga digelar Ustaz Youtube merupakan anak kelahiran Terengganu dan menyampaikan Kuliyyah dalam bahasa pekat Terengganu kadang kala menggunakan bahasa yang kurang difahami ( aku faham lantak korang laa )..kikiki..

Program tersebut di kenali sebagai “Kemah Keming Ustaz Azhar Idrus”. Memang kena dengan identiti dan cara beliau kerana walau di mana pun Ustaz Azhar Idrus memberi ceramah atau kuliah, 

Aku nak xplain cket pasal kemah keming nie. Kemah keming bermaksud Padat dan ringkas. Setiap penyampaian walau pun sedikit tetapi mempunyai makna atau sampai kepada penonton. Lebih kurang macam itu laa..nak lebih-lebih korang laa tambah sendiri. Pepehal selamat menonton..
Read More

Mesti Baca- Filipina di belasah Malaysia

Tahniah pasukan Malaysia kerana berjaya membelasah Filipina dalam Kelayakan Piala Asia  ( AFC ) B 22 2012..

Perlawanan yang berlangsung pada jam 4.45 petang ini dimenangi oleh Malaysia dengan jaringan 7-0.
Anak buat Ong Kim Swee memulakan pesta gol mereka pada minit ke 2 perlawan. Gol-gol malaysia 7 bijik di skor oleh rozaimi 2′, 35′, 69 (pen), 74,. fandi 32′, zaharulnizam 40′, saarvindran 90′ + 1.

Pasukan Malaysia beraksi seperti YoYo..harap-harap lepas ini, pasukan Malaysia lebih fokus apabila bertemu dengan pasukan yang lebih berkualiti seperti Jepun.




Read More

Menarik-Nora Danish dan Yana bertudung


 Alamak cunnya cik adik nie..sorang janda dan sorang lagi anak dara..sapa dia nie x payah laa aku nak perkenalkan lagi korang pun dah kenal...cantik kan, sapa kata pakai tudung x cantik..pepehal gua harap lu jgn lepas nie bukak balik nanti gua sebat...gurau jea laa, buat slow2  walaupun pun terpaksa, lama-lama datang ikhlas..tapi masalahnya kita x tahu bila lu atau gua blah dari dunia nie..wakakaka..pepehal bak kate nabil lu pikir laa sendiri..dan bak kate mael lambung-aku x makan rasuah..x kena mengena langsung..haha ikut aku laaa nak tulis apa pun...kikii
Assalamualaikum semua 



Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.