Gambar Terkini Nora Danish Kelihatan Comel Bertudung


Harini ambe tengok makin ramai artis yang bertudung, ambe tengok satu fenomena yang baik yang berlaku dalam negara sekarang. Islam tidak larang perempuan ingin kelihatan cantik, itu adalah fitrah seorang perempuan nak cantik. . Akan tetapi, biarlah cantik mengikut syariat agama. Cantik didunia dedah itu ini, di akhirat kena rebus dalam api neraka. Buat apa kan? hehe

Ini merupakan imej terkini Nora Danish sepulangnya beliau dari Mekah Mukarramah. Sama-sama kita doakan agar beliau tetap dengan pendiriannya dalam memakai tudung serta semoga artis-artis yang lain mengikut jejak langkah Nora Danish- Info Sinar Harian


Read More

Uncle Seekers Positif Dadah- Polis Johor

 Nie laa kisah uncle Seekers  tuk hari ini, aku akan update cerita dia, sampai uncle x dijumpai lagi..hehe..

Polis Johor mengesahkan hasil ujian air kecing terhadap pengendali blog Uncle Seekers atau nama sebenarnya Syed Abdullah Syed Husein Al-Attas, yang ditahan reman sejak semalam, positif dadah.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Kontinjen Johor, Asisten Komisioner, Mohd Akhir Ishak berkata, Syed Abdullah yang direman bagi membantu siasatan berhubung penyiaran artikel dalam blognya didakwa memfitnah Sultan Johor itu positif mengambil dadah jenis morfin.

"Laporan polis telah dibuat dan kes disiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya di bawah Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952," kata kenyataan jabatan itu.

Ujian air kencing dijalankan pada jam 1.25 tengah hari tadi. Beliau kini ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya.

Laporan dibuat dan kes disiasat oleh Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Nusajaya dibawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Uncle Seekers yang didakwa memfitnah Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar melalui laman blognya, ditahan reman empat hari.

Beliau ditahan polis di Senawang kelmarin, Perintah tahanan reman ke atas beliau bersama seorang wanita dipercayai teman wanitanya, Siti Nadhirah Mohd Zain, 26, dikeluarkan oleh Majistret Md Isa Mohamed di Mahkamah Majistret Johor Bahru .

Kedua-dua mereka akan disiasat mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972. Sumber: Sinar harian
Read More

Penagih Juntai Anak Dari Tingkat 6- Gilerr

Kejadian ini berlaku di China. Memang otak ayah dia duduk kat kepala lutut..Ayah dia nie penagih dadah, sebab tu laa benggong..

BEIJING: Seorang lelaki semalam, menjuntaikan anak perempuannya berusia tiga tahun di tingkap tingkat enam di blok apartmen mereka, selepas bertengkar dengan isterinya.
Lelaki itu membuka tingkap rumah pangsa yang baru diduduki dan duduk di birai dengan hanya memegang pergelangan tangan budak kecil itu.
Kanak-kanak kecil itu dapat dilihat cuba memeluk lutut bapanya dan menjerit ketakutan.

Saksi berkata, sesekali dia menyokong tubuh anaknya dengan kakinya tetapi dia lebih banyak memegang dengan sebelah tangan saja.

Ibu kanak-kanak itu boleh didengar menjerit dari dalam rumah dan merayunya membawa kanak-kanak itu kembali ke dalam.

Jiran menelefon perkhidmatan kecemasan yang meletakkan tilam angin di bawah sebagai langkah berjaga-jaga sekiranya kanak-kanak itu terjatuh.

Anggota polis menyerbu flat itu dan mula berunding dengan lelaki berkenaan.

Selepas dia enggan membawa masuk kanak-kanak perempuan itu ke dalam, mereka terus menerpa ke arah lelaki itu dan menarik kanak-kanak perempuan itu ke tempat selamat.

Kanak-kanak itu dipercayai tidak cedera selepas kejadian itu.

Polis menahan lelaki itu yang dikatakan bertengkar dengan ibu kanak-kanak itu dan khayal kerana mengambil dadah. - DM Sumber-Metro
Artikel ini disiarkan pada : 2012/06/19
Read More

Gambar Uncle Seekers Selamba Semasa Direman

Uncle Seekers nie memang berhantu laa..kena angkut Polis masih rilek lagi siap tunjuk best lagi tu kt media..x tahan dengan awek dia sekali kena angkut, aku ingat  awek nie pun terkena sindrom Uncle kot..haha...layan
Uncle kena reman selama 4 hari, lepas keluar nie apa yang dia akan  buat aku x sempat nak pikir lagi..haha
Read More

Cara Membuat Telur Berwarna-Warni-Sempoi

Mula-mula panaskan telur k-biar masak dalam suhu bilik..kahkah




Pecahkan sebiji demi sebiji-ikut mu laa nak pecah berapa biji pun..jgn pecah kepala dah laa..pastu


mu sediakan pewarna-yang paling baik dan kekal cat rumah...pastu


Amik cat tadi letak atas sudu titik kan secukup rasa kt telur kita retakkan tadi dalam plastik yang akan kita bungkus- pastu


Dalam setengah jam atau lebih korang bukak laa dan basuh dah basuk korang kopek laa telur tu..kikiki dah mcam chef dah aku.


 Siap dan boleh makan..kikiki ( Sesuai tuk majlis kwen lerr )


Read More

Malam nie Blog Uncle Seekers akan memegang Takhta King Of Bloggers

Aku nak kongsi pasal blog yang paling hot kat  Malaysia pada masa ini..haha
Korang tengok pegeview dia sentiasa running x pernah stop..Korang rasa apa nasib Uncleseekers sekarang..lu dah bikin orang panas..
Semua TV dah mainkan Isu Unclee Seekers, malam nie dia akan pegang raja blogger kt msia..korang tunggu

 Di bawah adalah kedudukan terkini blog tempatan setakat 5 Julai 2012

1. Amenoworld                                                             Carian Google

2.Uncleseekers  
3.Papagomo
4.Kelab Greenboc
5.Milosuam
6.Dr. Mim
7. My massa
8.Aku peduli Apa
9. Anak Sungai Derhaka
10.Addin77

Carian kat google menunjukkan Uncleseekers no 4 sekarang.. terima kaseh ronyanuar.com atas info


Read More

Awek Jepun Makan Katak Puru Hidup-Hidup

Petang-petang yang syahdu, ambe nak share satu gambo tentang perangai org Jepun yang pelik-pelik nie. Awek comel yang memakan Katak hidup-hidup. Zalim sungguh ambe rasa, sebab itu Allah turun bala Tsunami kat Nippon..

Korang tengok muka katak tu, dia mintak tolong tu, mapuh laa aku kali nie, natang bodoh orang nippon nie, banyak2 makanan dalam dunia nie aku yang dipilihnya. Nasib baik ambe faham bahasa katak

Katak tu cakap, aku ingat gurau je, natang bodo nie wat suruh..mu lihat katak tu, tgh mengerang kesakitan..


Read More

Uncle Seekers Kena Tangkap


Sekitar jam 10 malam tadi, blogger Uncleseekers, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas telah ditahan olih pihak polis. Seekers kemudiannya dibawa ke balai polis Senawang, Negeri Sembilan.

Tangkapan itu diyakini urutan daripada pendedahan dalam blognya berkaitan isu kerabat diraja Johor, seperti yang dilaporkan di sini

Update: Blogger Uncleseekers dalam perjalanan balik kampong

Blogger Uncleseekers yang telah ditahan polis Senawang sekitar jam 10 malam tadi, sekarang ini dalam perjalanan balik kampong. Bedanya, selalunya beliau berkereta sendiri ke Johor Bahru tetapi malam ini Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas ke Johor Bahru dibawa olih kereta polis.

Diyakini Uncleseekers akan dihantar untuk ditahan di Balai Polis Nusajaya, Johor Bahru sementara "adik" masih ditahan di balai polis Senawang. - News update"


Read More

Salam Nifsu Syaaban 1433H

Alhamdulillah syukur kehadrat Ilahi, mlm nie Allah mengizinkan lagi daku menghirup udara ciptaanNya..Nifsu Syaaban menjenguk aku lagi...Nisfu Syaaban adalah di antara malam2 mulia dalam Islam..Rasulullah (SAW) tidak pernah tidur apabila tibanya malam ini dengan beribadat..nifsu berasal dari perkataan arab (nifs) iaitu separuh dan ini bermakna 15 hari lagi Ramadhan Al-Mubarak akan menjelang tiba..sesungguhnya Rejab bulan Allah, Syaaban bulan Muhammad (SAW) dan Ramadhan bulan umatku..

Malam nie aku sambut Nisfu Syaaban bersama-sama anak-anak buah, gua nak postkan kt blog gua..hehe

Published with Blogger-droid v2.0.6
Read More

Anak Lembu Mirip Manusia

Desa Nyakaban Timur, Kecamatan Batang-Batang Sumenep, Madura dihebohkan dengan lahirnya anak lembu yang mirip manusia. Anak lembu itu lahir tanpa bulu dan mirip kulit bayi.

Kepala dan muka bayi pun bulat mirip manusia, bahkan dua kaki depan posisinya seperti lengan manusia. Anak lembu ini lahir tidak normal dan ketika lahir mempunyai berat 2 kg dan panjang 50 cm.

Namun sayangnya, anak lembu ini hanya mampu bertahan hidup selama 17 minit. Uniknya, sang pemilik, Rasuki, mengaku akan menguburkannya seperti manusia dengan memberi kain kafan.

Rasuki menjelaskan selama 10 tahun memelihara lembu tersebut, tidak ada yang aneh yang ditemukan selama ini. 6 anak lembu sebelumnya lahir normal dan tidak ada yang aneh.“Baru kali ini terlihat aneh dan saya terkejut,” ungkapnya.

Sebelum anak lembu in lahir, Rasuki mengaku bermimpi aneh. “Ternyata, lembu saya lahir mirip manusia. Ini akan mendatangkan rezeki baik,” jelas Rasuki.
sumber: informasi.my
Read More

Lelaki Terkejut Terakam Imej Hantu

Seorang lelaki terkejut setelah dia merakam imej lembaga manusia yang dipercayai hantu ketika bercuti di utara England pada awal tahun ini.

Lelaki itu, Colin Foster, 34, menceritakan kembali bahawa imej misteri itu dirakam dengan menggunakan kamera digital yang baru dibelinya ketika melancong di North Yorkshire.

Beliau tidak mengesan apa-apa yang luar biasa sehingga pulang ke rumah dan melakukan semakan semula gambar yang telah dirakamkan.

“Saya dan teman wanita saya sedang melihat gambar-gambar tersebut. Tiba-tiba, teman wanita saya menyahut berhenti dan merampas kamera itu,” kata Colin.

“Teman wanita saya menyuruh saya membesarkan fokus pada satu bahagian gambar.
“Imej misteri itu pada awalnya tidak dapat dilihat dan semakin jelas setelah diperbesarkan. Kami tergamam dan memandang antara satu sama lain (apabila melihatnya),” ujarnya.

Sementara itu, anggota Persatuan Paranormal British, Nick Thurston berkata, imej yang dirakamkan itu jelas dan ia dianggap satu penjelmaan roh dalam bentuk manusia.
Read More

Gadis Melayu Mengaku Kafir Elak Ditangkap Zina Dengan Negro

Assalamualaikum..Mlm nie tgh layan bola terpandang lak berita kt Harian Metro gadis Melayu Sanggup Mengaku Kafir Elak Ditangkap Berzina Dengan Negro.. panas je hati nie, apa laa bodoh sangat Gadis Melayu sekarang dah lah mengaku kafir, pastu duk layan Negro..aduyai x leh terima aku..jumpa memang aku tampar jea..

Hanya kerana enggan dicekup ahli jawatankuasa Surau al-Munawwarah, Apartmen Lagoon Perdana, Bandar Sunway di sini selepas disyaki berkhalwat dengan lelaki warga Afrika, seorang wanita sanggup mengaku bukan Islam.


Timbalan Pengerusi Surau itu, Mohd Zuki Mohd Akhir berkata, wanita terbabit yang berusia 23 tahun dan bekerja sebagai operator telefon dicekup bersama lapan lelaki warga Afrika, kira-kira jam 10.45 malam, Selasa lalu.

Menurutnya, pihaknya melakukan pemeriksaan di tempat kejadian selepas menerima aduan mengenai kehadiran wanita terbabit dalam keadaan mencurigakan di rumah yang disewa warga Afrika itu. Katanya, selepas memperkenalkan diri, seorang penghuni membenarkan mereka masuk membuat pemeriksaan sebelum mendapati lapan lelaki warga Afrika berada di ruang tamu sambil menikmati minuman keras bersama wanita terbabit.

“Ketika soal siasat mengenai tujuan wanita terbabit berada di rumah berkenaan, dia secara sedar mengaku bukan Islam menyebabkan kami terkejut.“Tidak berpuas hati dengan jawapan itu, kami meminta kad pengenalannya untuk diperiksa. Tetapi, wanita terbabit berdolak-dalik sebelum memberitahu kad pengenalannya tertinggal di rumah,” katanya.

Mohd Zuki berkata, pihaknya kemudian menggertak untuk menyerahkan wanita terbabit kepada pihak polis selepas diyakini dia berbohong bagi mengelak diperiksa status agama pada kad pengenalannya.

“Selepas digertak, barulah wanita terbabit menyerahkan kad pengenalannya untuk diperiksa dan dalam dokumen itu menunjukkan agamanya Islam serta berasal dari Kuala Lumpur. “Dia kemudian mengaku terpaksa memberi alasan sedemikian kerana takut dikenakan tindakan,” katanya.


Read More

Gambar Hantu Kanak-Kanak Dirakam Di Kubur Tanpa Sengaja Dirakam

Kejadian gambar hantu kanak-kanak yang telah dirakam di perkuburan St. Mark di selatan Sydney, Australia telah menggemparkan penduduk. Gambar tersebut telah diambil oleh Renee English dan dia yakin tiada kanak-kanak yang melintasi tanah perkuburan tersebut.

Menurut legenda tempatan, dua kanak-kanak itu ialah David Shaw dan Blanche Moon. Mereka meninggal dunia pada 1886 selepas tergelincir dan ditimpa timbunan kayu.
Menurut English, dia yakin semasa sedang merakamkan gambar di tanah perkuburan itu, tidak ada orang yang berada di kawasan tersebut. Gambar itu kini menjadi perbincangan hangat di beberapa laman blog mengenai hantu di Internet.
sumber: informasi.my


Read More

Cacing 3 kilogram Dalam Perut Budak

Kejadian ini berlaku di Indonesia. Seorang kanak-kanak berumur dalam lingkungan 10 tahun mengadu kepada ayahnya bahawa beliau tidak boleh membuang air besar selama 4 hari.Pada ketika itu perut kanak-kanak ini susah kelihatan besar dan kembung,dengan segara ibubapanya menghantar kanak-kanak itu ke hospital. Doktor mengesyaki dalam perut kanak itu mempunyai cacing gelang, setelah di timbang hampir 3 kg cacing di dalam perut kanak tersebut Jom tengok gambar di bawah ini.
Sumber: Melayukini.net
Read More

Petua Mematahkan Sihir





Pengertian Sihir

Syeikh al-Azhar membuat penta'rifan bahawa sihir ialah amalan perbuatan yang dilakukan dengan cara mendekatkan diri kepada syaitan dan meminta tolong kepadanya. Asal pengertian kalimah sihir itu ialah memalingkan sesuatu dari hakikatnya kepada yang selainnya. Maka orang yang kena sihir melihat kebatilan sebagai kebenaran dan membayangkan sesuatu tidak menurut yang sebenarnya.Manakala dalam kamus Muhit disebut :

"Sihir ialah mengeluarkan sesuatu dalam bentuk penampilannya yang terbaik sehingga sesuatu itu mempersona dan mengkagumkan bagi orang memandangnya."


Pengertian Sihir Dari Segi Syariah


Pendapat Ibn Qudamah al-Maqdisi berkata:
Sihir ialah ikatan,jampi dan perkataan yang diucapakan atau ditulis atau dibuat sesuatau yang mendatangkan kesan dan akibat terhadap tubuh orang yang disihir atau terhadap hati dan akal tanpa menyentuhnya secara langsung.

Maka dengan taarif ini dapatlah disimpul bahawa sihir adalah hasil kesepakatan antara penyihir dan syaitan.Biasanya syaitan akan berjanji kepada tukang sihir bahawa penyihir mesti melakukan sebahagian perbuatan yang diharamkan atau hal-hal yang mengandungi unsur syirik sebagai imbalan bantuan dan ketaatan syaitan terhadapnya untuk menyampaikan apa yang berkaitan dengan perkara yang dingininya



Cara Untuk Mematahkan Sihir 


Pilihan 1: Sentiasa berada dalam keadaan wuduk sepanjang hari. Selagi kita dalam berwuduk selagi itulah sihir tidak dapat menembusi.

Pilihan 2: Amalkan selalu minum air limau nipis. Baca 3 Qul dan selawat syifak, minum air tersebut dan baki ¼ nya siram air tersebut ke atas kepala. Jika sihir yang baharu kena akan gugur.

Pilihan 3: Amalkan mandi limau nipis sebanyak 7 biji. Potong limau tersebut dan campurkan sedikit garam bukit. Gaulkan campuran tersebut. Mandi pakai kain basahan, tutup lubang tandas jika bilik air ada tandas. Jika bilik air sekali dengan tandas, baca ayat kursi dalam hati siram air limau tadi bermula dari kepala ke bawah. Ambil limau nipis yg dipotong tadi gosokkan bermula dari kepala ke bawah. Lepas mandi kain basahan jangan diperah dan badan jangan dilap biarkan dia kering sendiri. Lepaskan kain basahan ke bawah jangan membuang kain basahan ke atas. Limau nipis lepas mandian tadi dipungut dan dibuang ke dalam sungai di mana airnya mengalir. Amalan ini patut diamal seminggu sekali. Jika istiqamah mengamal amalan ini, sukar terkena sihir/buatan manusia jahat. Amalan ini juga elok diamalkan bila badan rasa lemah dan bila terasa nak demam. Limau nipis dan garam mempunyai aura tersendiri yang menggetarkan gelombang yang tidak disukai oleh makhluk halus. Dengan itu ia akan keluar dari badan kita. Dengan kata lain jika kita di sihirkan, sihir akan gugur.

Pilihan 4: Amalkan membaca surah Al Jin setiap malam.

Pilihan 5: Wirid Bismillah 7, sebanyak 3 kali lepas subuh dan Asar.

Pilihan 6: Untuk mengelak rumah disihir ambil segenggam garam baca 3 Qul dan tabur garam tersebut di hadapan pagar depan dan belakang rumah anda.


Pilihan 7: Tidur dengan berwuduk dan membaca 3 Qul lalu disapu ke seluruh badan, kecuali kawasan kemaluan, untuk memagarkan diri.


Selamat beramal...
Read More

Buaya Seblak ditangkap

Aku terbaca Utusan..ternampakla seekor buaya ditangkap oleh orang kampung di Sarawak..yang peliknya buaya mati disebabkan penampar pawang dan diugut oleh pawang ( faham ke buaya tu kena ugut ) kah kah kah..nak baca cerita lebih korang beli sendiri laa utusan..gaji 2k bukan sayang kot..kahkahkah

Published with Blogger-droid v2.0.6
Read More

Penyokong Itali Mengamuk

Muka depan Harian Metro hari seorang konstabel Polis telah menembak rakannya kerana disindir ekoran kekalahan pasukan Itali 4-0..aku tgk pemain Itali ilek je kalah, x la sampai tembak menembak..haha...berite penuh korang beli laa Harian Metro....

Published with Blogger-droid v2.0.6
Read More

Ganja Di Benarkan Di Uruguay

Uruguay bakal menjadi kerajaan pertama membenarkan penjualan ganja kepada rakyatnya..apa yang korang faham pasal ganja nie-setahu aku ganja nie bahan oraganic, samalah macam dadah, daun ketum. yang salahnya korang laa yang menyalahgunakan  ganja dalam kehidupan..mesti korang masih ingat cerita P-Ramlee kan x silap aku cerita 3 Abdul, pada zaman dulu ganja x haram tapi belacan  yang haram..hehe..

MEMILIKI ganja merupakan kesalahan berat mengikut undang-undang Malaysia. Jika seseorang terbukti memiliki ganja dengan berat 500 g ke atas, boleh dikenakan hukuman gantung sampai mati.Berbeza dengan Uruguay, negara Amerika Latin itu bakal menjadi negara pertama di dunia di mana kerajaan akan menjual ganja kepada rakyatnya.  Tindakan itu dikatakan sebagai salah satu usaha kerajaan untuk mengurangkan peningkatan kadar jenayah yang semakin meruncing.



Di bawah rancangan itu, hanya kerajaan dibenarkan untuk menjual ganja kepada golongan dewasa yang telah mendaftar di dalam pengkalan data kerajaan sekaligus membolehkan pihak kerajaan memantau pembelian ganja di kalangan rakyat.

Menteri pertahanan Uruguay, Eleuterio Fernandez Huidobro berkata langkah itu bertujuan untuk mengurangkan kadar jenayah negara dengan cara mengekang keuntungan yang diperolehi oleh pengedar dadah.

Selain itu langkah tersebut dijangka dapat mengelakkan pengguna daripada beralih kepada dadah yang lebih berat. Akhbar tempatan melaporkan, duit cukai yang diperolehi daripada hasil jualan ganja itu nanti akan disalurkan kepada usaha memulihkan penagih dadah.

Tiada undang-undang menghalang penggunaan ganja di Uruguay. Pemilikan dadah untuk kegunaan sendiri juga bukan merupakan satu kesalahan jenayah. Media tempatan turut melaporkan, orang ramai yang mengambil ganja melebihi kadar yang ditetapkan akan melalui proses pemulihan ketagihan.

Sumber: Daily Mail


Read More

Makan Kentut Ubat Kepada Masalah Darah Tinggi

Kah kah kah..terbaca plak pasal kajian daripada  Hospital Zhongda, terletak di Nanjing China bahawa kentut nie Ubat kepada masalah darah tinggi, terpikir jugak aku rupa-rupanya kentut aku selama nie adalah manfaat untuk saing2 aku..



SIAPA sangka, rupa-rupanya kentut juga mampu memberikan kebaikan kepada kesihatan manusia.Menurut satu kajian yang dijalankan di Hospital Zhongda, terletak di Nanjing China, Hydrogen Sulfida yang terkandung di dalam kentut mampu menurunkan tekanan darah tinggi.

Namun para penyelidik masih belum dapat mengenal pasti berapa banyakkah dos kentut yang harus dimakan oleh seorang pesakit darah tinggi bagi menyembuhkannya.Turut menjadi persoalan ialah, sama ada seseorang pesakit itu dapat menerima kaedah "makan kentut" ini sebagai satu bentuk rawatan.

Sebelum ini, satu kajian yang telah dibuat di Universiti Johns Hopkins menunjukkan, tekanan darah tinggi seekor tikus mampu dikawal menggunakan Hidrogen sulfida daripada kentut.Namun kaedah ini belum lagi dibuat ujikaji ke atas manusia.

Ada ke sesiapa di sini yang sanggup menjadi Objek ujikaji ini?



Sumber: wantchinatimes.com
Read More

Ambe di dalam Bloglist Ben Ashaari?

Assalamualaikum..sebelum ambe pergi main badminton nie..nak cerita sikit pasal Blogger Otai Ben Ashaari
( Semoga Allah membekati keluarga beliau )..sekarang ini ambe dalam Bloglist Mr Ben..yippii..bukan apa sebenonya, untuk makluman ambe nie kalau bab penulisan memang hancur dan tiada kesenian, haha ayat pun copy n paste tapi akhir-akhir ini try laa blajo menulis sikit. Tapi kalau sembang kedai kopi memang x de orang  laa boleh mengalahkan daku..kahkahkah..kat kg ker, pejabat ker, kt rumah ke orang memang gelar aku kaki sembang, sekali sembang pecah meja.

Korang tengok ayat pun macam budak sekolah tadika jaa..hehe aku peduli apa...banyak gua blaja dari Otai Que Achmad, sebenarnya bukan apa pun buat blog nie sekadar mengisi masa lapang. Kalau dulu masa lapang tengok TV3, sekarang nie bukak blog tu jea..haha..pepehal gua ucapkan untuk diri gua selamat berjaya...kikiki...terima kasih semua...
Read More

Kanibal Moden, Makan Bayi

Assalamualaikum semua..Petang-petang nie ambe teringat lak pasal satu tabiat orang Jepun, makan bayi yang mati or keguguran. Mungkin korang semua pernah lihat lah gambar nie..x pe laa saja aku nak share..mengikut fahaman orang Jepun nie, daging budak nie berkhasiat, cukup laa zat2, muka cantik..haha nie laa buat aku jadi marah,  org tempat aku panggil natang beruk punya orang, banyak-banyak makanan ciptaan Allah makanan nie ko pilih..sebab tu Allah kata Dalam Al-Quran manusia jika dia sesat, dia akan hina dan bodoh macam binatang dan bahkan lebih sesat lagi..



Read More

Bayi di Patahkan Kaki Dan Tangan

Harini ambe terbaca Harian Metro terpandang laa satu tajuk bayi tiga bulan dicedera pengasuh, dipatahkan kakinya dan tangan pekej terus, ciannya baby tu..zalimkan..pepun kita belum  tahu siasatan Polis macam mana..kadang-kadang  bila Polis buat siasatan Mak Bapak dia yang dera plak..Kadang-kadang aku terpikir jugak suasana penderaan yang berlaku hari nie, bukan setakat Pengasuh dera bayi. Mak dan Ayah pun didera oleh anak sendiri. Hari-hari dalam paper sampai nak muntah aku baca, kes rogol, buang bayi jangan cerita la..kalau x de sehari dalam Metro mmg peliklaa , rompak banyak laa lagi kalau aku nak cerita..pendek kata kesimpulan dari cerita ini, masyarakat kita sudah jauh meninggalkan Agama dalam kehidupan, adat-adat  yang baik dianggap Kuno, Mak-Ayah asik mengejar dunia sehingga mengabaikan anak-anak ..Pepehal layan cete nie kt Harian Metro- Kalau korang nak baca penuh pergilaa beli sendiri-haha




PASIR GUDANG: Seorang bayi lelaki berusia tiga bulan, patah tangan dan kaki kiri hingga terpaksa ditahan di wad kanak-kanak Hospital Sultan Ismail (HSI), dipercayai didera pengasuh di sebuah rumah di Taman Bukit Dahlia di sini, Jumaat lalu.

Kecederaan mangsa, Muhammad Zafran Anaqi Muhammad Razali atau Zafran dikesan bapanya, Muhammad Razali Hamzah, 32, ketika membawanya keluar dari rumah pengasuh yang juga jirannya kira-kira jam 12.30 tengah hari.

Muhammad Razali yang juga warden Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) di Johor Bahru berkata, dia bersama isteri, Salmah Aya, 31, seorang guru, pada mulanya cuba memujuk Zafran selepas bayinya itu tidak berhenti menangis selama hampir sejam.



Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.







Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

ENTRI TERBAIK

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.