Assalamualaikum semua..hari nie ambe nak cerita pasal lelaki kulit hitam di zaman Rasulullah, kerjanya mencuci Masjid Nabi, oleh kerana beliau seorang Hitam masyarakat tidak mempedulikan beliau. Tetapi kerana keikhlasan beliau tanpa mengharapkan balasan terhadap kerja membersih Masjid Nabawi, selalu mendapat perhatian Nabi sehingga laa.....
Harap-harap kisah ini menjadi pengajaran kepada ambe dan semua rakan-rakan yang budiman yang akan membaca artikel ini, demi menyahut seruan Rasulullah ( SAW ) sampaikan dari ku walaupun satu ayat-Al Hadis..walau pun x ensem, hitam, x de pengaruh tapi di kasihi Rasulullah..korang ader layannnn....
Setiap
kali Rasulullah pergi ke Masjid Nabawi..baginda akan terlihat lelaki
berkulit hitam yang tidak tampan sedang membersihkan masjid..Ramai
orang tidak sedar akan kehadiran dan jasa lelaki itu..Tetapi..Baginda
selalu perhatikan lelaki itu..
Suatu hari..Baginda datang ke masjid
Nabawi..Dan tidak ternampak kelibat lelaki itu..Kemudian baginda
bertanya pada sahabatnya tentang lelaki itu..Mereka mem...beritahu
yang lelaki itu sudah meninggal beberapa hari lalu..Muka Rasulullah
berubah..Dan bertanya mengapa mereka tidak memberitahunya..Mereka
terdiam dan menyangka baginda tidak nampak akan jasa lelaki itu..
~Rasulullah berkata "Mungkin kerana kulitnya yang hitam, mukanya yang
hodoh dan kerjanya hanya membersihkan kawasan masjid menyebabkan kamu
semua tidak menghiraukannya?" sahabat baginda terdiam..Dan baginda
meminta mereka menunjukkan padanya kubur lelaki itu..Kemudian
Rasulullah berdoa dihadapan kubur lelaki itu.."Ya Allah, Ya Tuhan
kami.Berikanlah rahmat dan keampunan terhadap semua ahli kubur termasuk
roh lelaki yang selama ini membersihkan Masjid Nabawi."
Kemudian..Rasulullah beredar dari tanah perkuburan dan berkata pada
sahabatnya "Selama ini penghuni kubur disini berada dalam
kegelapan.Alhamdulillah sekarang Allah telah memperkenan
permohonanku.Allah telah menerangkan semua kubur ini termasuklah kubur
lelaki berkulit hitam ini."
Pada malam hari kubur disitu didapati bercahaya kerana mendapat rahmat..Dan memberi peringatan pada mereka semua..bahawa..
"Kamu harus ingat, Sesungguhnya Allah menilai sumbangan seseorang bukan
berpandukan besar atau kecil,banyak atau sedikit tetapi berpandukan
keikhlasan hati mereka yang melakukannya" Rasulullah s.a.w mengingatkan
para sahabatnya