Monday, 9 July 2012

Lelaki Menjalani Pembedahan Tukar Muka Menjadi Anjing



Anjing dan Babi adalah najis Mughalazzah yang diharamkan umat Islam menyentuh..Apa pandangan korang melihat Transformasi Mamat Sewel di atas menukar muka menjadi anjing secara kekal..aku tengok dunia sekarang nie dah kembali kepada zaman yang tidak bertamadun..apa korang  boleh pikir dari muka yang hensem menukar muka kepada Anjing dengan menjalankan pembedahan kosmetik secara kekal..itu satu hal, lagi satu aku x puas hati kenapa laa ada doktor yang sanggup buat pembedahan..nak kate bodo jadi doktor..nie bukan bodo tapi buta kayu..nie lah manusia asik mengejar glamour dan kekayaan sanggup membelakangi sifat tabie manusia..kalau pegang anjing kena samak, kalau pegang malaun nie macam mana lak hukum? nanti aku tanya Ustaz Azhar..

Lelaki Amuk Di Kenal Pasti Dan Mengaku Sebagai Imam Mahadi

PUTRAJAYA - Menggelar dirinya 'Imam Mahadi', seorang lelaki bersama seorang wanita bersenjatakan pedang samurai mengamuk di pekarangan kompleks Jabatan Perdana Menteri (JPM) sebelum menyerang polis bantuan untuk memasuki kawasan berkenaan.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, dalam kejadian jam 2.30 petang tadi, kedua-dua suspek menuju ke pos pengawal keselamatan sebelum dihalang oleh polis bantuan.

Bagaimanapun suspek lelaki meletakkan pedang samurai di leher polis tersebut.

Menurutnya, polis bantuan yang bertugas terpaksa membenarkan kedua-dua suspek dan ketida berada di Kompleks B, suspek telah melibas pedang dan merosakkan dua cermin kereta jenis Hyundai Accent dan Perodua Kancil milik kakitangan JPM.

"Setelah menerima maklumat dari Pusat Kawalan,anggota Cawangan Pencegahan Jenayah (CPJ) sampai di tempat kejadian dan memperkenalkan diri sebagai polis, namun turut diserang oleh kedua-dua suspek guna pedang samurai.

"Anggota Cawangan Kereta Peronda (MPV) sampai untuk bagi bantuan turut diserang dari jarak dekat sebelum salah seorang anggota melepaskan tiga das tembakan mengenai kedua-dua suspek," katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya di sini lewat petang ini.

Abdul Razak berkata, suspek lelaki yang juga penganggur berasal dari Petaling Jaya berumur 47 tahun cedera terkena dua das tembakan di bahagian bawah perut (ari-ari) dan tangan kanan manakala suspek wanita juga seorang penganggur, berumur 28 tahun, cedera terkena tembakan di paha kanan.

"Suspek lelaki meninggal di hospital manakala suspek wanita menerima rawatan di Hospital Putrajaya dan dilaporkan stabil.

"Hasil siasatan awal mendapati suspek lelaki berkenaan mengaku dirinya 'Imam Mahadi'," katanya.
Menurut Abdul Razak, berdasarkan maklumat yang diperoleh daripada suami suspek, isterinya yang juga bekas penuntut Universiti Islam Antarabangsa Malaysia baru seminggu mengenali suspek lelaki berkenaan.
sinar harian

Lelaki Dan Pasangan Mengamuk Menggunakan Pedang Samurai Di Perkarangan JPM


Sumber gambar: Ben Ashaari.com

[DIKEMAS KINI JAM 5.45 PETANG] PUTRAJAYA - Seorang lelaki dan wanita, dipercayai pasangan suami isteri, cedera ditembak selepas membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri di sini, petang tadi.

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang itu, pasangan terbabit cuba menceroboh bangunan dengan membawa pedang samurai.

Sementara itu, Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Mohmad Salleh ketika dihubungi sebentar tadi mengesahkan seorang daripada suspek yang ditembak ketika membuat kecoh di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri petang tadi meninggal dunia.
Satu kenyataan akhbar berhubung maklumat lanjut kes akan dimaklumkan sebentar lagi oleh Pusat Media Kuala Lumpur.
Difahamkan, pengawal keselamatan cuba menghalang mereka,namun kedua-duanya bertindak ganas dan memecahkan sebuah Perodua Kancil dan dua Proton Waja di tempat letak kereta tidak jauh dari bangunan terbabit.

Cubaan polis untuk memujuk pasangan terbabit daripada bertindak lebih ganas tidak diendahkan, sehingga memaksa pihak berkuasa melepaskan tembakan dan mengenai mereka.

Suspek lelaki cedera dibahagian tangan kanan manakala pasangannya dibahagian peha kiri.

Kedua-dua mereka dihantar ke Hospital Putrajaya untuk rawatan lanjut.
Kira-kira jam 2.30 petang sepasang lelaki dan perempuan telah menyerang kompleks Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya Parcel B.

Setakat ini belum ada pengesahan daripada pihak polis.
Pasangan itu menyelusup masuk kompleks JPM tetapi cara mereka melepaskan diri memasuki kompleks itu yang menempatkan pejabat Perdana Menteri masih belum dipastikan.

Menurut maklumat yang diperoleh, kejadian berlaku ketika kakitangan awam sedang pulang selepas keluar makan tengah hari.

Malah maklumat yang diperoleh juga menunjukkan selepas tiga kali amaran, tiga das tembakan dilepaskan oleh pihak polis di mana penjenayah lelaki telah ditembak di lengan dan kaki manakala perempuan terkena tembakan di kaki.

Motif serangan belum diketahui dan kereta polis juga diserang dan sebuah kereta Kancil milik orang awam juga turut dipecahkan cerminnya.
Sinar

Giler Babi- Wanita Berkahwin Dengan Anjing


Orang selalu mengidamkan mempunyai lelaki yang ideal untuk dijadikan pasangan hidup. Tetapi akhir zaman ini, orang dah pinggirkan agama dalam kehidupan dan membuat perkara yang melampaui fitrah manusia...

Buat Emily Mabou, 29, hal itu tak jadi masalah baginya. Wanita dari Desa Aburi, Togo,mengatakan hanya pada anjingnya itu dia melihat  laki-laki yang selama ini didambakannya.

”Saya sudah berkawan dengan ramai laki-laki tapi mereka semua sama saja, cuma mahu seks dan suka berbohong. Anjing saya lain, dia baik, setia pada saya dan dia selalu memperlakukan saya dengan hormat,” jelas Emily.
Akhirnya dia mengahwini anjing yang dilakukan oleh paderi tempatan dan dihari ramai kenalan serta penduduk setempat.

Tapi majlis ini tak dihadiri kaum keluarga Emily kerana mereka menganggap ini adalah ”langkah gila untuk melawan rasa sepi”.
Ketika ditanya bagaimana dia akan mempunyai anak dengan 'suaminya', Emily menjawab  dia akan mengambil anak angkat.

Sumber:
Informasi.net

Tumor Raksasa Dari Rahim Seorang Wanita Dikeluarkan Seberat 23 Kg


Buenos Aires, Saiz tumor yang pernah diangkat dari tubuh manusia jarang melebihi 3 kg. Namun doktor di Argentina baru-baru ini berjaya mengangkat tumor raksasa dari rahim seorang wanita, seberat 23 kg atau setara dengan berat budak usia 4 tahun.

Wanita 54 tahun asal Lomas de Zamora, pinggiran bandar Buenos Aires itu mengalami pembengkakkan perut dalam 1,5 tahun terakhir. Dari hari ke hari, perut yang makin membesar itu membuatnya sukar melakukan aktiviti sehari-hari.

Setelah diperiksa oleh doktor di hospital, diketahui pembengkakkan itu disebabkan oleh tumor ganas yang tumbuh di rahimnya. Wanita yang tidak disebutkan namanya itu harus menjalani pembedahan untuk mengangkatnya.

Ketika datang ke Gandulfo Hospital untuk menjalani pembedahan, berat badannya telah mencapai 140 kg. Setelah operasi, berat badannya turun mendadak sebab saiz tumor yang boleh diangkat ternyata sangat besar yakni mencapai 23 kg.

Oscar Lopez, doktor bedah yang memimpin pembedahan tersebut mengatakan berat tumor tersebut setanding dengan anak kecil berusia 4 tahun. Diyakini, tumor yang diangkat dari rahim wanita itu merupakan yang terbesar di dunia hingga saat ini.

"Dalam pengertian awam, wanita ini seperti sedang mengandung anak kembar 5. Saya belum pernah mencari yang seperti ini dalam 34 tahun kerjaya saya sebagai doktor bedah," ungkap Lopez, seperti dipetik dari Dailymail.

Saat ini, wanita tersebut sudah dibenarkan pulang ke rumah. Ia hanya menjalani rawat pediatrik selama 5 hari selepas pembedahan yang berjalan kejayaan tersebut..


Sumber: Kosmo

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download