 |
| TABUNG BULUH |
 |
| DUIT SYILING |
 |
| MENARA TABUNG HAJI (dekat ngan opis ambe hehe) |
 |
| GAS PECAH |
 |
| TABUNG MASE KECIK2 DLU |
ISLAM sebagai agama
syumul, mengatur umatnya tidak terhad kepada aspek sosial, politik dan ibadat,
malah ekonomi. Semua norma dan nilai ekonomi diatur dalam sumber hukum Islam
sama ada secara langsung atau tidak langsung berbeza dengan hukum ekonomi buatan
manusia.
Hal ini meletakkan ekonomi Islam jauh lebih unggul berbanding ekonomi kapitalis
dan komunis. Contoh jelas ialah konsep menabung dalam Islam sebagai usaha untuk
menuju sebuah negara damai dan sejahtera.
Islam adalah agama sederhana, yang umatnya sentiasa diarahkan untuk hidup jimat
dan tidak berbelanja secara berlebihan.
Penjimatan ini perlu dilakukan dengan mengurangkan kecenderungan untuk
menggunakan barang keperluan. Jumlah baki pendapatan yang tinggal dari
penggunaan itu, pada gilirannya, akan memungkinkan seseorang Muslim untuk cenderung
menabung lebih banyak.
Larangan berbelanja secara berlebihan dan tuntunan agama untuk menggunakan
barang berdasarkan konsep halal dan haram, mendorong umat Islam supaya
menabung.
Ini adalah tanda bahawa seorang Muslim yang baik yang sentiasa mematuhi panduan
syariah akan cenderung menabung lebih banyak dibandingkan bukan Islam.
Bagi entri kali nie ambe
nok cerita sedikit tentang kepentingan menabung. Di mana menabung atau
menyimpan duit sangat perlu dalam kehidupan kita. Bukannya ambe nok suruh
rakan2 sekelian mengejar keduniaan semata-mata nok kumpulkan duit untuk
kebahagiaan di dunia sahaja tapi semestinya kebahagian di akhirat jua. Dalam
kehidupan nie kite lalui pelbagai halangan dan cabaran. Sebagai contohnye kisah
ambe dalam minggu nie… Sakit kepala memikirkannya akibat tiada simpanan……..
MOTO AKU: cepat ahh.. cepat ahh... nk duit.. auto gear ngan
klac aku rosak nie...
AKU: mung nie nok pitih sokmo... tiap2 hari aku beri mung minum petrol tu pun
nok pitih lg.. ngade sungguh mung nie...
BHUBIS (krete aku): bos ksayanganku... bile bos nk ambik ak kt bengkel... pomen da bising
bos xambik aku lg kt bengkel nie... cepat ahh... cepat ahh...
AKU: aduh abis la pitih ak bulan nie... kene kekoh di sek mung blaker
argghhh.... mu royak ke abg pomen aku gi oversea ambik pitih hutang ak ngan
Obama...
***moral of the story please make saving for your future emergency....:)
Begitulah ceritanye…. Kalo
sape2 yg dok paham bahasa teganu ambe bleh ajor.. Maksud situasi di atas
apabila perkara yg tidak diingini berlaku contohnya kenderaan kite rosak
semestinya memerlukan duit utk proses baik pulih… jadi menabunglah wahai rakan2
pembaca sekelian…
Mereka yang tidak menabung
akan menghadapi kesulitan ekonomi yang tidak di duga pada masa depan. Oleh itu,
al-Quran meminta umatnya untuk tidak berbelanja secara berlebih-lebihan dan
tidak terlalu kikir, seperti disebutkan dalam beberapa ayat berikut ini: “Dan
janganlah kamu jadikan tanganmu terbelenggu pada lehermu dan janganlah kamu
terlalu menghulurkan kerana itu kamu menjadi tercela dan menyesali.” (Surah
al-Isra’, ayat 29). Firman Allah lagi bermaksud: “Sesungguhnya pemboros itu
adalah saudara syaitan...” (Surah al-Isra’, ayat 27) “dan...makan dan minumlah
kamu, dan janganlah berlebih-lebihan...” (Surah al-A’raf, ayat 31) “Dan
orang-orang yang apabila membelanjakan (harta), mereka tidak berlebih-lebihan
dan tidak (pula) kikir...” (Surah al-Furqan, ayat 67).
Sementara itu, Rasulullah saw dalam hadisnya cukup memberi peringatan kepada
umatnya supaya menabung sebagai cara terbaik untuk membanteras kemiskinan.
Ini dapat kita lihat daripada beberapa hadis bermaksud: “...Rasulullah saw
pernah membeli kurma dari Bani Nadhir dan menyimpannya untuk perbekalan setahun
buat keluarga...” (Hadis riwayat Bukhari); “Simpanlah sebahagian daripada harta
kamu untuk kebaikan masa depan kamu, kerana itu jauh lebih baik bagimu.” (Hadis
riwayat Bukhari).
Berdasarkan ayat al-Quran dan hadis di atas, jelas bahawa menabung, sangat
digalakkan dalam Islam..=)
*Sumber2 dr pak cik Google dan Berita Harian
Created by ^amadganu^