Thursday, 12 July 2012

Artis Wanita Melayu Cuba Bunuh Diri..

Shah Alam - Pelakon filem Appalam, Raja Ilya mengaku dia hampir mahu membunuh diri akibat tertekan kerana putus tunang selepas gambar kontroversinya bersama seorang lelaki tersebar hampir dua tahun lalu. 


Raja Ilya, 27, berkata, tindakan itu dibuat selepas tunangnya nekad meninggalkannya akibat menerima tekanan daripada pihak keluarga lelaki yang malu dengan penyebaran gambar itu. 


"Ketika gambar itu disiarkan di dalam sebuah akhbar saya sebenarnya telah mempunyai kekasih lain dan kami telahpun bertunang".


"Saya telah diberi kata dua oleh keluarga tunang sama ada mahu memilih kerjaya sebagai pelakon ataupun bersama tunang. Jadi, saya membuat keputusan untuk mengorbankan kerjaya semata-mata untuk bersama tunang ketika itu".


"Tetapi isu gambar tersebut sentiasa dibangkitkan sehingga tunang saya memutuskan tali pertunangan kami awal tahun lalu".


"Akibat daripada kejadian itu saya menjadi tertekan sehinggakan saya mengambil pil tidur berlebihan. Perbuatan buruk saya itu menyebabkan nyawa saya hampir melayang". Ujarnya kepada Mstar Online selepas ditemui pada sidang media majlis pelancaran drama bersiri Mana Hilangnya Juwita kelmarin.


Tambah Ilya lagi, akibat perbuatannya itu, hampir dua minggu dia terlantar di hospital kerana menghidap masalah buah pinggang. 


"Alhamdulillah saya kembali pulih dan sedar itu adalah tindakan bodoh yang pernah saya lakukan". Katanya.


Dalam pada itu, Raja Ilya mengaku telah bergaduh besar dengan seorang wartawan yang menyiarkan gambar tersebut selepas setahun menyimpan perasaan marah. Dia terserempak dengan wartawan tersebut di dalam sebuah kapal terbang semasa ingin ke sebuah destinasi.


"Saya tidak faham kenapa dia ingin berbuat begitu kepada saya sehinggakan hidup saya hampir musnah".


"Ketika itu juga pelbagai masalah menimpa diri saya tambahan pula emak saya disahkan mengidap penyakit Kanser. Bayangkan perasaan saya ketika itu. Memang saya bertekak dengan dia dan dia berjanji untuk membersihkan nama saya. Memang saya pegang janji dia itu sehingga ke hari ini". 


Sementara itu Raja Ilya berkata, dia sudah bersedia bangkit kembali dan membina nama sebagai pelakon disegani di negara ini. 


Katanya, cukuplah setengah tahun dia membazirkan masa dengan bersembunyi malu dan setia kepada lelaki yang tidak menghargai cintanya.


"Sekarang adalah masa untuk memperkenalkan kembali nama saya yang sudah tercalar."


Sementara itu, Raja Ilya bakal muncul dalam sebuah drama bersiri berjudul Mana Hilangnya Juwita di saluran Astro Ria bermula 9 Julai ini, jam 10 malam.
  

Hukuman Tembak AK47 Kepada Wanita Taliban Yang Dituduh Berzina


Afghanistan - Terjebak dengan cinta tiga segi, seorang wanita Afghanistan, 22, ditembak mati kerana dua pejuang Taliban tidak dapat memutuskan siapa yang dapat memiliki gadis tersebut.

Seorang wanita, Najiba, 22, ditembak mati dengan AK47 pada mulanya ditampilkan duduk di tepi parit mengenakan pakaian Jibab. Disudut kanan seorang lelaki seperti sedang memohon atau berdoa terhadap sesuatu perkara.
 Seorang lelaki yang memakai pakaian putih dan sebuah baret muncul sambil menunjukkan senapang AK47 kepadannya.

Lelaki berbaju putih itu membuka tembakan dengan jarak dekat di belakang Najiba.
Penembak yang tidak dikenali, terlihat menggenakan topi tradisional Afghanistan dirakam gambarnya dari jarak jauh.
Para pejabat di Afghanistan mengatakan pembunuhan terjadi kerana perselisihan faham antara dua anggota Taliban, yang telah berdebat wanita. (Sila Tekan Untuk Sambungan)

Trauma dirompak , jadikan kereta tempat tidur di waktu malam

 Akibat trauma di rompak sepasang suami isteri tidur di dalam kereta pada waktu malam, aman lagi ke negara jika rumah sendiri pun dah tidak selamat..kenapa ini terjadi?

KUALA LUMPUR – Sepasang suami isteri terpaksa tidur di dalam kereta pada waktu malam ekoran trauma selepas rumah mereka di Flat 700, Pandan Perdana, Cheras di sini dipecah masuk sebanyak dua kali dalam tempoh seminggu.

Rumah di tingkat empat itu baru disewa pada awal bulan ini dan kejadian pertama berlaku hanya tiga hari selepas mereka mendiaminya.

Mangsa, Hasrin Abdullah, 37, (gambar kecil) berkata, kejadian pertama berlaku kira-kira pukul 3.50 pagi pada 4 Julai lalu dan menyebabkan anak perempuannya cedera di leher akibat dikelar oleh perompak yang turut melarikan satu set komputer dan beg tangan.

“Kami hanya menyedari kejadian tersebut selepas mendengar jeritan anak saya yang ketika itu berada di dalam bilik tidurnya.

“Saya dan isteri terkejut apabila melihat anak saya yang berumur 17 tahun berlumuran darah kerana dikelar menggunakan pisau yang diambil suspek dari dapur rumah kami,” katanya pada sidang akhbar di sini semalam.kosmo

Gila - Kerat Dan Makan Bibir Isteri

Stockholm - Seorang professor yang percaya isteri mudanya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain, dikatakan telah memotong bibir isteri dan memakannya kerana cemburu.

Salah sebuah akhbar di Sweden, Aftonbladet melaporkan serta memetik sumber terdekat dalam kes itu berkata "Dia memotong bibir isterinya dan memakannya".

Katanya lagi "Dia tidak menyesal dengan perbuatannya itu. Dia fikir isterinya yang telah menyakiti hatinya".

Laporan itu berkata, lelaki itu yang namanya tidak didedahkan, adalah seorang professor Madya di sebuah Institut Karolinska terkenal, dilaporkan ditahan pihak polis kerana disyaki cuba membunuh dengan niat.

Manakala peguam isteri professor tersebut pula berkata "Sudah tentu wanita itu tidak berada dalam keadaan baik sama ada secara psikologi mahupun fizikal".

Peguam tersebut yang berada di mahkamah memberitahu akhbar bahawa kliennya itu mengalami 'kecedaraan parah'. Doktor belum memberitahu sama ada mereka boleh memulihkannya ataupun tidak.

Penyerangnya yang diarahkan melakukan ujian psikiatrik, dilaporkan mempunyai beberapa orang anak dengan isteri pertama tetapi perkahwinan mereka berakhir beberapa minggu sebelum mengahwini isteri kedua yang jauh lebih muda darinya.

Akhbar Aftonbladet berkata lagi, baru-baru ini dia mengesyaki isteri mudanya itu menjalinkan hubungan sulit dengan lelaki lain dari luar dan dikatakan membuat keputusan menghukumnya dengan mencacatkannya.

Sumber itu menerangkan mengapa lelaki itu memakan bibir isterinya iaitu dia tidak mahu bibir isterinya dipulihkan. Sumber.  Sinar

Gunting Rambut Pelanggan Dengan Menutup Mata


SEORANG tukang gunting di China, baru-baru ini menjadi tajuk utama di dada-dada akhbar tempatan berkenaan kaedah unik yang digunakannya untuk menggunting rambut pelanggan di kedainya.

Dengan menutup mata, Tian Hao mendakwa telah menggunakan teknik Meditasi Zen untuk merasai aura rambut pelanggannya dan mampu memotong menggunakan gunting yang tajam tanpa mencederakan.

Baru-baru ini Tian Hao melakukan demonstrasi menggunting rambut dua orang model di salon rambut miliknya secara serentak sambil menutup mata tanpa melakukan sebarang kesilapan dan kejadian yang tidak diingini.

Tukang gunting yang memakai pakaian ala pengemis itu dikatakan tidak pernah membuat kesilapan sepanjang melakukan tugasnya sebagai seorang tukang gunting.

Sumber: Xiancity.


Orang Kanan Khalil ( Lelaki Amuk JPM ) Di Jejak

SHAH ALAM – Polis sedang mengesan seorang individu yang namanya disebut berulang kali dalam blog dan juga Facebook milik Khalil Afandi Abd Hamid yang mengamuk di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya, Isnin lalu.

Ketua Polis Daerah Putrajaya, Asisten Komisioner Abdul Razak Abdul Majid berkata, lelaki itu akan disiasat sama ada dia turut mempunyai kaitan dengan kejadian tersebut.

"Kita akan siasat kes ini secara menyeluruh termasuk kandungan blog yang ada hubungan dengan lelaki itu (Khalil) dan juga mereka yang namanya dinyatakan dalam blog itu," katanya.

Mengikut catatan yang dipercayai dibuat oleh Khalil dalam blognya, dia dalam perjuangan untuk tawan negara dan dunia bersama individu itu.

Sebagai reaksi terhadap kenyataan itu, lelaki terbabit dalam blog yang sama turut membuat pengakuan terbuka yang disertakan nama dan nombor kad pengenalannya mengakui bahawa dia "akan sentiasa bersama dengan Khalil hadapi satu pertembungan yang pasti berlaku antara kami dengan Dajal."

Wartawan Sinar Harian yang merujuk nama dan nombor Mykad lelaki itu kepada Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) diberitahu identiti berkenaan adalah milik seorang lelaki Melayu yang beralamat di Petaling Jaya.

Dalam salah satu akaun Facebook Khalil, turut dipaparkan gambar yang dinyatakan sebagai gambar mereka berdua dengan komen yang bermotif perjuangan untuk menakluk negara.

Selain mereka berdua, ada beberapa individu lain yang turut menghantar kenyataan dalam laman blog itu namun hanya menggunakan nama samaran.

Dalam perkembangan sama, Abdul Razak berkata, polis telah mengenal pasti individu yang menghantar Khalil dan rakannya, Muhdalina Ahmad, 28, ke  JPM, sebelum kejadian amuk itu meletus petang Isnin lalu.

Menurutnya, pihaknya juga sedang mengesan pemilik kenderaan yang digunakan pasangan itu bagi membantu siasatan.
Sumber ( Sinar )

Kajian Mendapati Wanita Yang Membela Kucing Lebih Cenderung Membunuh Diri

MENURUT satu kajian, pemilik kucing di kalangan wanita memiliki lebih kecenderungan untuk cuba membunuh diri disebabkan jangkitan parasit yang berasal daripada najis haiwan peliharaan itu.

Wanita yang dijangkiti oleh sejenis parasit, Toxoplasma gondii (T.gondii) yang disebarkan melalui sentuhan terhadap najis ataupun memakan daging mentah atau sayuran yang tidak dicuci bersih memiliki lebih kecenderungan berfikir untuk membunuh diri.

Dianggarkan sekitar satu pertiga penduduk dunia telah dijangkiti oleh parasit tersebut, yang mana ianya bersembunyi di sel-sel otak dan otot dan biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom jangkitan.

Jangkitan yang dinamakan sebagai toxoplasmosis itu dikaitkan dengan penyakit otak seperti, schizophrena dan perubahan tingkah laku.

Penyelidik dari U.S, Denmark, Jerman dan Sweden telah menjalankan kajian ke atas lebih 45,000 wanita Denmark yang dilahirkan di antara tahun 1992 hingga 1995.

Para penyelidik mendapati, wanita yang dijangkiti T.gondii memiliki satu setengah kali ganda kecenderungan untuk membunuh diri dibandingkan dengan wanita yang sebaliknya.

Sumber: dailymail.co.uk



Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download