Saturday, 14 July 2012

Nilai Kemanusiaan Merentasi Bangsa Dan Warna Kulit

Sayu hati melihat gambar di atas , seorang lelaki Cina  menghulur bantuan kepada seorang pemuda Melayu yang mengalami kemalangan dan menunggu ketibaan ambulans.  Dengan berbatalkan pahanya yang menampakkan kepala lutut yang bersinar dan payung bewarna kuning..respect laa sama lu uncle.

Sifat beginilah yang perlu ada dalam masyarakat sekarang, harus menghormati sesama bangsa. Jangan terlampau Rasists..kenapa kita nak letak sesuatu bangsa itu paling bagus sedang kan Allah menyebut yang paling bagus di kalangan kamu ialah orang yang paling bertaqwa..Kalau kita mengaku Melayu yang paling bagus, adakah melayu saja ke yang Islam, sedangkan kalau kita lihat statistik Islam di China dan India lebih ramai dari Melayu Islam Di Malaysia..ingat x kisah yang ambe pernah post dulu kisah lelaki kulit hitam di zaman Rasulullah ( SAW ) layannn...( Sila Klik )hehe


Adam Akademi Fantasia Ingin Jadi Ustaz?

Sebelum ini kaki sembang ada melaporkan penghijrahan artis mendekati Agama contohnya Amy Search, Akhil, Abg Jamal, bukanlah maksud kaki sembang hiburan itu lalai dan sesat. tapi manusia lah yang menyebabkan perkara itu menjadi haram contohnya hiburan sampai x solat. kalau solat pun tidak khusyuk dikira lalai juga..hehe

Ambe mendapat info yang Adam AF pula bergiat aktif dalam program-program agama. Alhamdulillah. Kini semakin ramai anak-anak muda yang menunjukkan minat dalam bidang agama. Malah, apa yang ditunjukkan oleh para selebriti patut dipuji kerana tindakan mereka selalu menjadi ikutan para peminat.Ambe ingin berkongsi beberapa gambar Adam AF yang memakai jubah bersama finalis-finalis Imam Muda.

Menurut sumber, mereka sedang melakukan sesi penggambaran merakam program yang bakal disiarkan pada Syawal nanti.  Selain itu, ada sumber yang melaporkan Adam AF bertugas sebagai pengamal perubatan Islam di Pusat Rawatan Islam Al-Hidayah.

Pusat rawatan Islam tersebut dikendalikan oleh Asyraf Muslim dan pada ketika itu Adam bertindak sebagai pembantu kepada Asyraf. Apa-apa pun, ambe berbangga dengan usaha yang ditunjukkan oleh Adam serta rakan-rakan artis yang lain apabila menunjukkan perubahan yang positif.

Semoga peminat-peminat serta mereka yang menjadikan Adam sebagai ikon akan turut sama mengambil langkah positif yang ditunjukkan olehnya. ~mynewshub

Tok Guru Nik Aziz Bersalaman Dengan Ambiga

Ambe bukak Fb ambe petang ini, terpandang laa satu post gambar Tok Guru Nik Aziz bersalaman dengan Ambiga, sebenarnya ambe dah lama tengok gambar nie, ambe buat x layan jea sebab tajuk yang diberi agak melampau sikit, dalam lubuk hati ambe x  mungkin kot Tok Guru perangai macam nie.

Lepas tu aku sembang dengan ronyanuar.com dan tanya kepada beliau berkenaan perkara ini, dia kata betul laa gambar tu. Aku masih x percaya, sedang aku belek2 kat fb. terjumpa laa gambar nie..

haha...superimpose..natang beruk sungguh laa sapa yang edit gambar nie..kalau yer pun x suka jangan laa edit2 mcmnie...selagi mu x padam fitnah yang mu buat..tanggung laa dosa sampai hari Kiamat..Ish2

Abby Abadi Terima Cabaran Ac Mizal Untuk Berdebat..

SEMALAM AC Mizal  mencabar Abby Abadi berdebat rujuk sini [AC Mizal]

Walaupun cabaran AC Mizal itu nampak bersahaja kerana beliau bersahaja untuk menonjolkan kehebatannya, tanpa disangka-sangka Abby Abadi mengeluarkan kenyataan menerima cabaran beliau [Twitter].

Bagaimanapun, masih tidak dapat dipastikan apa maksud sebenar Abby berkata "Terpanggil utk mnerima cabaran @datoacmizal" di laman twitter beliau, namun secara jelas beliau membayangkan telah menerima cabaran AC Mizal.

ReJaM© telah cuba menghubungi Abby Abadi melalui Twitter beliau sebentar tadi, namun masih belum mendapat sebarang jawapan, barangkali beliau sibuk.

Barangkali Sinar Harian sudah boleh bersiap sedia untuk menganjurkan debat antara AC Mizal dan pelakon watak inspektor Aliza, Abby Abadi.

Apa nie ngn pompuan pun ajak debat ker? Abby pun pandai ke nk debat tu? hehe

Source: ReJam..

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download