Monday, 16 July 2012

Mumia Wanita Berusia 500 Tahun Di Korea Selatan



Satu mumia wanita berusia 500 tahun, dipercayai isteri seorang pegawai tertinggi kerajaan semasa Joseon Dynasty, telah ditemui di Korea Selatan, bersama dengan beg tangan dan pakaian yang masih elok.

Ambe pun konpius jugak pasal kajian sains nie, betul ke idak x tahu pasal 500 tahun, ntah2 baru 100 tahun saja jea nak tunjuk hebat..

UNCLE SEEKERS DI BEBASKAN!

Pengkaji aktiviti paranormal, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas, atau popular dengan panggilan Uncle Seekers, dibebaskan dengan jaminan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Nusajaya hari ini.

Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Negeri ACP Mohd Akhir Ishak yang mengesahkan perkara itu, berkata Syed Abdullah, 46, dibebaskan pada 12.55 tengah hari.

Pengkaji aktiviti paranormal itu ditahan kira-kira pukul 7 malam pada 11 Julai lalu bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 4(1) Akta Hasutan 1948 selepas polis menerima laporan daripada seorang lelaki berusia 34 tahun di IPD Nusajaya pada 4 Julai.

Dia kemudian direman selama tiga hari dengan perintah daripada Mahkamah Majistret di Johor Bahru. Sebelum itu, Syed Abdullah ditahan reman selama tujuh hari bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 8(1)(d) Akta Rahsia Rasmi 1972 kerana tulisan dalam blog miliknya www.uncleseekers.blogspot.com didakwa memfitnah Sultan Johor.

Mohd Akhir berkata kertas siasatan terhadap Syed Abdullah berkaitan kes mengikut Akta Rahsia Rasmi 1972 telahpun diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya dan sedang menunggu tindakan susulan daripada mahkamah.

Polis juga, katanya masih menunggu keputusan ujian air kencing Syed Abdullah bagi kesalahan mengambil dadah.

Teman wanita Syed Abdullah yang sebelum ini ditahan untuk membantu siasatan dan dua lelaki berusia 23 serta 24 tahun yang merupakan kenalannya yang ditangkap di Tanjung Kling, Melaka pada 9 Julai lalu, telah turut dibebaskan.Bekas pengurus peribadi Syed Abdullah dan teman wanitanya yang berusia 27 tahun pula direman sehingga hari ini.- Bernama

Biar Betul-Makcik 61 Tahun Nih Sanggup Bermotosikal Sejauh 260 KM Semata-Mata Untuk Sertai Himpunan Oren

Semangat betul makcik nie..apa yang di perjuangkan oleh makcik nie?
KUALA LUMPUR, 15 JULAI : Kerana tidak sanggup lagi melihat penipuan dan kepapaan yang berlaku di dalam Felda, seorang makcik 61 tahun sanggup menunggang motorsikal sejauh 260 km untuk hadir ke Himpunan Oren Selamatkan Felda di sini semalam.
Kesungguhan dan kecekalan Salmiah Mat Jali dari Felda Ijok, di Larut, Perak itu mendapat perhatian peserta di himpunan depan Istana Negara. Lebih lagi apabila Salmiah memberitahu dia melakukan perjalanan itu seorang diri.“Dari Larut sehingga ke sini adalah dalam 260 kilometer. Makcik bertolak sejak awal pagi-pagi lagi,” ujar Salmiah yang hadir pada himpunan yang bermula sekitar jam 1 tengahari semalam.

Ketika ditanya adakah beliau risau untuk merempuhi perjalanan yang agak jauh seorang diri, Salmiah berkata:“Makcik dah biasa dah.”Beliau berhenti di dua kawasan Rehat dan Rawat (R & R) di Lebuhraya Utara-Selatan untuk berehat semasa perjalanannya.Ketika diwawancara, Salmiah masih lagi memakai topi keledarnya dengan bertudung warna oren.

Menurut Salmiah, beliau sanggup turun ke perhimpunan itu semata-mata menyatakan sokongan padunya kepada himpunan yang mahu campurtangan Yang Dipertuan Agong bagi membatalkan penyenaraian Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH).Kemuncak perhimpunan itu adalah serahan memorandum yang digubal Gabungan NGO Gerakan Selamatkan Felda (GSF) kepada pegawai Yang Di-Pertuan Agong.

Salmiah berkata, ketidakadilan agihan saham FGVH kepada peneroka berbanding pelabur adalah antara sebab yang mencetuskan kemarahannya sehingga sanggup datang daripada jauh untuk himpunan tersebut.“Saham yang mereka beri kepada warga Felda terlalu kecil, jumlahnya 800 unit. Sedangkan ada pimpinan Umno yang memperolehi saham yang besar.” ~selangorku

Kelahiran Bayi Bermata Satu



Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada pembaca. Berita tentang bayi bermata satu yang dilahir di Israel beberapa tahun lalu menjadi gempar. Ramai yang membuat ramalan, inilah dajal yang dijanjikan Allah lewat hadis-hadis Nabi Muhammad s.a.w.. Kemunculan dajal di akhir zaman memang sentiasa ditunggu-tunggu. Dan memang kita pun sekarang ini telah berada di satu episod akhir zaman. Tanda-tanda kecil kiamat sudah kita lihat hampir keseluruhannya, setiap hari. Hanya menanti tanda-tanda besar saja yang belum berlaku. Antaranya dajal.

Dajal… popularnya manusia yang memiliki nama itu. Ada berbagai-bagai versi cerita tentangnya yang menimbulkan bermacam-macam persepsi. Tapi kebanyakan orang Islam di Malaysia dan Nusantara amnya beranggapan dajal adalah makhluk bermata satu melintang. Ada juga yang mengatakan bahawa dia separuh manusia dan separuh jin kerana ibunya berasal dari keturunan jin dan ayahnya daripada bangsa Yahudi.

Sebagaimana yang telah disebutkan di awal-awal tadi, dajal adalah manusia dan sememangnya dia adalah manusia biasa. Dia bukan keturunan jin, gergasi, dewa atau apa saja yang selain manusia. Banyak persoalan yang timbul tentang dajal menjadi salah faham. Antaranya : Siapa dajal ? Di mana tempat tinggalnya ? Siapa keturunannya ? Bila dia dilahirkan ? Bagaimana rupa fizikalnya ? Bila dia akan muncul ? Dan bagaimana untuk mengelakkannya ?


Memang benar dajal tidak ada disebut di dalam al-Quran tetapi ia banyak disebut di dalam hadis nabi. Malah banyak hadis nabi yang salih menceritakan tentang dajal, yang menyebutnya sebagai salah satu tanda besar kiamat. Masalahnya banyak juga hadis yang palsu tentang dajal, ia menimbulkan salah faham masyarakat tentangnya.

Menurut pensyarah Jabatan Pengajian al-Quran dan al-Sunah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Fadlan Mohd. Othman, banyak hadis yang salih menceritakan perihal dajal yang lengkap termasuk untuk mengelakkan fitnah dajal. Katanya berdasarkan dari hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad,”Sesungguhnya dajal adalah lelaki yang pendek, badan gempal, matanya rosak (mengecut).

Kalau kamu masih ragu-ragu tentang Tuhan kamu. Sesungguhnya Tuhan kamu tidak rosak matanya. Dari situ sudah jelas bahawa dajal adalah manusia biasa yang diberikan Allah kekuasaan luar biasa. Setiap nabi yang diutus akan memberi peringatan berkenaan dajal yang matanya rosak dan pembohong. Tambahnya lagi, dajal adalah manusia yang ada keistimewaan, telah hidup sejak zaman Nabi Muhammad. Dia digelar al-Masihi ad-dajal kerana matanya yang rosak dan kebolehan luar biasanya menghidupkan orang mati. “Tertulis di dahinya perkataan, ‘Kaf-Fa-Ra’ (kafir). Tulisan itu boleh dibaca oleh semua orang Islam sama ada dia pandai membaca atau tidak. Asalkan orang itu mengucap syahadat maka tulisan itu boleh dibaca. “Yang pastinya dajal adalah manusia yang ditangguhkan ajalnya oleh Allah, sehingga suatu masa dengan keizinan Allah dia akan muncul semula untuk menguji keimanan manusia,” jelas Fadlan.

Terdapat lagi hadis yang diriwayatkan oleh Huzaifah di dalam sahih Muslim bermaksud, “Dajal ialah orang yang buta mata sebelah kirinya, lebat rambutnya serta mempunyai syurga dan neraka. Nerakanya itu merupakan syurga dan syurganya pula adalah neraka.”


Terengganu hampiri gelaran juara Sukma ke-15


Pasukan Hoki Perempuan Meraikan Kemenangan Pingat Emas..
Kemah keming molek pasukan Terengganu, hampir bergelar juara sukma 4 kali berturut-turut..jangan pandang rendah bohh org ganu..hehe

KUANTAN - Terengganu semakin hampir bergelar juara Sukan Malaysia ke-15 apabila mendahului selesa kontinjen lain pada hari kedua terakhir temasya dwi tahunan itu yang akan melabuhkan tirainya esok.

Setakat 11 malam tadi, Terengganu kini mengumpul 61 pingat emas, 24 perak dan 30 gangsa.

Dua daripada enam pingat emas kontinjen Terengganu hari ini diperoleh menerusi acara memanah iaitu Recurve berpasukan lelaki (pusingan Olimpik) dan Compound berpasukan wanita (pusingan Olimpik).

Atlet angkat berat Mohamad Norfarhan Ideris yang beraksi dalam kategori berat badan 105kg lelaki menyumbang dua pingat emas kepada Terengganu menerusi acara snatch dan clean & jerk.

Dua lagi pingat emas Terengganu disumbang Mohd Hafizuddin Hakim Mohd Zahari dalam acara tinju (kategori berat badan 44-46kg lelaki) dan skuad hoki wanita.

Selangor kekal menghuni tangga kedua dengan kutipan keseluruhan 47 pingat emas, 53 perak dan 57 gangsa.

Dua pingat emas Selangor hari ini diraih menerusi acara badminton perseorangan wanita (Yang Li Lian) dan tenpin bowling berpasukan wanita.

Tuan rumah Pahang menduduki tangga ketiga dalam kedudukan kutipan pingat dengan 44 emas, 38 perak dan 37 gangsa.

Dua daripada empat pingat emas Pahang adalah daripada sukan tinju yang dimenangi Mohd Haifizi Di (kategori berat badan 60kg lelaki) dan Muhammmad Fitri Abu Bakar (kategori berat badan 56kg lelaki).

Dua lagi pingat emas adalah menerusi acara pencak silat berpasukan dan badminton campuran (Chooi Kah Ming/ Lai Pei Jing).

Pungutan pingat pada hari terakhir Sukma Pahang esok, tertumpu kepada sukan skuasy (acara berpasukan lelaki dan wanita), petanque (berpasukan lelaki dan wanita) dan gimrama (disiplin bola, gelung dan EPG). - Bernama

Khinzir Beranak Separuh Manusia Dan Separuh Khinzir

Real atau Photoshop atau memang nampak buatan manusia seperti memakaikan costum?? huhu

Kejadian seekor khinzir melahirkan anak yang memiliki tubuh separuh manusia menggemparkan masyarakat antarabangsa terutama di kalangan doktor. Sebaik sahaja berita ini disebarkan secara meluas, ramai di kalangan doktor dari Amerika Syarikat dan Kanada dikejarkan ke bekas negara Soviet Union itu untuk memeriksa bayi lelaki yang memiliki tubuh separuh khinzir dan separuh manusia itu.

Anak khinzir yang dinamakan Alexander, seberat 3 kg dan mempunyai muncung serta rambut seperti bulu khinzir. Sepasang kakinya adalah normal dan tangannya menyerupai tangan binatang (kaki). Kajian baka menunjukkan bayi itu memiliki kromosom manusia dan khinzir. Dia mempunyai otak manusia dan adakala menangis seperti bayi normal tetapi ada kalanya dia mendengus seperti khinzir di dalam kandang.

Menurut laporan, anak khinzir itu dilahirkan hasil ujikaji genetik ganjil yang dijalankan oleh penternak khinzir, Yuri Tenchin yang menyuntik air mani manusia pada dua ekor khinzir. Ujikaji aneh yang dibuat enam bulan lalu itu berjaya membuatkan seekor khinzir melahirkan bayi khinzir perempuan tetapi mati ketika dilahirkan. Menurut Tenchin, dia menjalankan ujikaji itu untuk membaiki baka mutu khinzir. Dia mahu menghasilkan spesis khinzir yang mampu menjaga diri mereka sendiri

Ujian genetik ini menimbulkan kemarahan pemimpin agama kerana manusia tidak berhak campur tangan dalam urusan Tuhan. Beberapa pakar dari Amerika dan Kanada bagaimanapun berpendapat kewujudan bayi khinzir itu mungkin berpunca daripada kesan radioaktif yang menyelaputi Ukraine selepas kejadian kebocoran kilang nuklear Chernobyl pada April 1986. Menurut pakar radiasi, dia tidak fikir dalam apa cara kebetulan sekalipun kejadian kacukan baka manusia dan binatang boleh berhasil. Ini kerana Alexander dilahirkan di bandar Slavutich, 160km dari reaktor Chernobyl.

Adalah mustahil seekor khinzir boleh mengandungkan anak manusia. Alexander dilaporkan lebih gembira menjalani kehidupan sebagai seekor khinzir daripada seorang bayi. Dia gemar bergelumang dengan lumpur dan mengotori makanannya. Cara dia makan tidak ubah seperti khinzir. Dia menghulurkan muncung kepada makanan sambil tangannya mencarik-carik meja.

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download