Saturday, 21 July 2012

Dialog Antara Allah Dan Iblis..

Anas bin Malik r.a. berkata: Iblis telah bertanya pada Allah, katanya : "Wahai Tuhanku! Engkau telah memberikan anak Adam tempat kediaman untuk mereka berteduh dan berzikir kepadaMu, oleh itu tunjukkanlah padaku tempat kediaman untukku."

Firman Allah: "Tempat kediamanmu adalah di dalam tandas."

Hadis Palsu Kelebihan Solat Terawih

1. Malam Pertama: Diberi balasan seperti bayi baru dilahirkan.

2. Malam Kedua: Diampuni Allah dosanya dan bagi ibu-bapanya jika keduanya mukmin.

3. Malam Ketiga: Diseru oleh malaikat di bawah Arasy dan dengan solat tersebut diampuni Allah dosanya yang telah lalu.

4. Malam Keempat: Dibalas Allah seperti membaca kitab Taurat, Injil, Zabur, dan Quran.

5. Malam Kelima: Kemudian dikurniai Allah seolah-olah sembahyang di Masjidil Haram, Masjid Madinah, dan Masjidil Aqsa.

6. Malam Keenam: Dikurnia Allah seolah-olah dia tawaf di Baitul Makmur dan dipintakan ampun oleh segala batu dan pasir.

7. Malam Ketujuh: Dikurniai Allah seolah-olah ia berjumpa dengan Nabi Musa AS dan membantu Musa melawan Fir’aun dan Haman…

8. … demikian seterusnya hingga akhir malam ke-30.

Rasulullah S.A.W. telah pun memberikan amaran terhadap orang-orang yang mengadakan pendustaan atas namanya dengan ancaman yang berat sebagaimana sabdanya: Barang siapa sengaja mengadakan dusta atas namaku maka hendaklah dia menyediakan tempatnya dalam neraka. (Bukhori, Muslim)


Adakah tidak cukup dengan janji ganjaran dari Allah bagi orang yang menghidupkan malam Ramadan yang terdapat dalam kitab hadis shahih contohnya hadis yang bermaksud: Sesiapa yang menghidupkan malam Ramadan dengan penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran dari Allah diampunkan dosa-dosanya yang lalu. (Al-Bukhari)

Oleh itu umat Islam sekalian, terutamanya pihak seperti institusi agama di peringkat negeri dan pusat, sepatutnya prihatin terhadap perkara seperti ini demi menjaga kesucian hadis Rasul yang menjadi pegangan Ahlus Sunnah Wal Jamaah. Umat Islam janganlah mudah tertipu dengan dakyah palsu yang dikaitkan dengan Rasulullah sedangkan ianya tidak ada hubungan langsung dengan Rasulullah s.a.w. Janganlah sampai masyarakat kita melakukan sesuatu amalan dengan harapan akan mendapat pahala sedangkan sebaliknya dosa besar pula yang diperolehi dengan menyebarkan dan seterusnya beramal dengan hadis-hadis palsu seperti ini.
P/s: Hendak beramal pastikan hadis itu tidak palsu, boleh beramal walaupun hadis itu daif lagi hasan tetapi tidak boleh dibawa  berhujah..Wallahhualam..

Sumber: Amar

Jenazah Pelakon Vateran Ismail Hutson Selamat Di Kebumikan DI Seksyen 9 , Kota Damansara

PETALING JAYA 21 Julai - Jenazah pelakon veteran, Allahyarham Datuk Ismail Hutson, 73, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 9, Kota Damansara, di sini kira-kira jam 1.30 tengah hari tadi.
Ismail Hutson atau nama sebenarnya Ismail Omar menghembuskan nafas terakhir pada jam 1.13 pagi tadi akibat komplikasi penyakit jantung di Pusat Perubatan Sime Darby, Subang Jaya. Ismail dimasukkan ke Unit Rawatan Kritikal (CCU) pusat perubatan itu sejak Selasa lalu selepas 10 hari mengalami demam panas yang teruk.
Allahyarham yang juga Presiden Persatuan Artis Veteran meninggalkan dua orang balu, Hafidzah Khasbullah dan Zaiton Osman serta tujuh orang anak.
Antara filem yang pernah dilakonnya ialah Layar Lara (1997), Cinta Kita (1995), Hantu Siang (1986), Tujuh Biang Keladi (1984), Dayang Suhana (1978) dan Mr Cinderella (2003).

P/s: Semoga Allah merahmati Roh beliau di alam kubur, mati pada bulan yang berkat Ramadhan Al Mubarak- ambe selalu jugak melihat lakonan beliau, seorang yang berdisiplin dan berbakat dalam lakonan- Al Fatihah:
Sumber: Kl Pos

Dr. Stephen Carr Leon Melakukan Tesis PHD Selama 8 Tahun, Mengapa Yahudi Bijak..

Setelah berada 3 tahun di Israel kerana menjalani housemanship dibeberapa hospital disana, ada beberapa perkara yang menarik dapat saya perhatikan untuk dijadikan tesis ini, iaitu “Mengapa Yahudi Bijak?”. Memang tidak dapat dinafikan ramai cendikiawan berbangsa Yahudi, dari segala bidang, Engineering, musik, saintis dan yang paling hebat ialah bidang perniagaan, dimana ia memang paling tersohor. Hampir 70% perniagaan di dunia dikuasai oleh kaum Yahudi, dari kosmetik, pakaian, pemakanan, senjata, perhotelan, perfileman diHollywood dan sebagainya.

Gadis Di Arah Bogel Kerana....

  BATU PAHAT – “Hanya kerana dituduh mencuri, saya diarahkan menanggalkan pakaian saya.

“Ketika itu saya hanya menurut kerana saya baru empat hari bekerja dan tidak tahu prosedur alam pekerjaan ini,” kata Leena, 24, (bukan nama sebenar) yang mendakwa dia menjadi mangsa tindakan melampau seorang penyelia ketika ditemui Sinar Harian, semalam.

Ulama Muda Umno Bidas Papagomo

SHAH ALAM: Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekreteriat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahaya pada sidang media di Kompleks Karangkraf semalam menolak budaya fitnah yang dilakukan oleh blogger pro Umno, Papagomo.

Kenapa Tak Rogol Saya?

Kisah benar ini berlaku di US. Ia tentang seorang wanita dari Malaysia yang bekerja di US. Dia memakai tudung dan memiliki akhlak yang baik.

Lelaki Gila Seks - Joging Dengan Coli Di Shah Alam

SHAH ALAM – “Apa salah saya bang? Saya cuma jogging je kat sini”, ujar seorang lelaki gila seks setelah dia berjaya diberkas penduduk selepas mencuri beberapa coli dan seluar dalam wanita di flat PKNS Seksyen 7, dekat sini, pagi tadi.
 
Dalam kejadian kira-kira jam 6 pagi itu, suspek berusia dalam lingkungan lewat 20-an cuba mengaburi penduduk dengan memberi pelbagai alasan namun tembelangnya terbongkar apabila beberapa helai pakaian dalam wanita ditemui berhampiran tempat dia bersembunyi.
 
Difahamkan, lelaki tersebut pernah ditangkap melakukan perbuatan sama beberapa bulan lalu di kawasan perumahan berhampiran.
 
Saksi yang mahu dikenali sebagai Saiful berkata dia terkejut mendengar jeritan penduduk sebelum bergegas keluar rumah untuk melihat apa yang berlaku.
Selepas itu katanya, dia melihat kelibat seorang lelaki berbadan gempal melarikan diri dan dikejar seorang penduduk.
 
“Saya dan rakan serumah turun membantu mengejar lelaki itu. Kami berjaya memberkasnya setengah jam kemudian  selepas dia keluar dari tempat persembunyiannya,” katanya.
Katanya, lelaki gila seks berkenaan diserahkan kepada unit peronda polis dan dibawa ke balai polis berhampiran.
 
Sumber : malaysiasensasi.net
P/S: Zaman nie mcam2 jenis giler..ade gila harta, gila pangkat, gile glamour dan betul2 gile iaitu giler babi..kahkahkah..

Segmen: Bloglist Ramadhan


Salam

Ambe sempat lak join segmen pagi2 ni. KLIK SINI ye kalu nk join jugak... 

Selamat BerSegmen... 

Temuramah Eksklusif!! Uncle Seekers Bakal Dedah Penyelewengan Mahathir Pula-Biar Betul?

Berikut adalah pendedahan blog Kerajaan Rakyat yang menziarahi blog Uncle Seekers setelah di bebaskan dengan jaminan polis. Ikuti temuramah blog Kerajaan Rakyat bersama Uncle Seekers..
Petang semalam, disatu tempat  Kerajaan Rakyat kunjungi Uncleseekers yang baru balik direman   di lokap balai polis jalan Ayer Molek, Johor Bahru. Manakala lokasi keduanya di balai polis Nusajaya, juga di daerah Johore Bahru.

Dalam pertemuan sepetang, semalam, Adeek ( Perempuan yang bersama Uncle ) sempat masak lemak ikan cili api, telur dadar and sayur goreng. Ramuannya sama seperti masakan adeek dulu-dulu, tetapi rasanya semakin enak! Agaknya, seperti Uncleseekers, Adeek juga telah mendapat ilham baru setelah 10 hari mereka di tahan Ayer Molek dan Nusajaya!

Dalam perbualan mereka semalam, Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas minta Kerajaan Rakyat sampaikan salaamnya kepada semua pembaca Kerajaan Rakyat.

Buat beberapa ketika ini, Uncleseekers masih ingin terus berehat. Bila tiba ketikanya nanti Syed Abdullah Syed Hussein Al-Attas akan hanya menulis sesuatu yang terkait dengan Tun Mahathir Mohammad. 
Satu lagi pendedahan esklusif tentang penyelewengan dana bernilai ratusan billion oleh Tun Mahathir.

Mohammad, Tun Daim Zainuddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa mereka berada di persada kuasa.
Kami sedang memikirkan samada wajar Uncleseekers membuat blog baru atau pendedahan tersebut akan dibuat di SINI.

P/S: Uncle Seekers nie nak bongkar pasal Tun Mahathir.Mohammad, Tun Daim Zainuddin dan Datuk Seri Anwar Ibrahim pula, sama2 kiter saksikan realiti atau sekadar omong2 kosong..

Gambar Gangster China Tersebar Kaya Raya, di Klik 4,5 Juta Kali Dalam Dua Hari


Gambar gengster China yang tercicir henset,dan diupload di internet menjadi gambar yang paling popular ketika ini.Dalam tempoh dua hari telah dilihagt 4.5 juta kali.
Gambar-gambar itu memperlihatkan gaya hidup gengster China yang di kelilingi  wang dan kereta mewah.

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download