Monday, 23 July 2012

Penemuan Pocong Di Kota Tinggi, Johor

KOTA TINGGI – Penduduk sebuah kampung tradisional di pinggir bandar ini digemparkan dengan satu kejadian aneh lewat petang kelmarin, ekoran penemuan lima objek menyerupai ‘pocong’ terdampar di tebing Sungai Johor.

Menurut dua sahabat, Mohd. Izzuddin Abd Karim, 18, dan Mohd. Razif Ismail, 17, dari Kampung Tembioh dekat sini, mereka terkejut apabila terlihat objek tersebut yang tiba-tiba timbul dan ‘melanggar’ paha kanannya ketika sedang asyik menjala ikan di tebing sungai berkenaan.

Mohd. Izzuddin berkata, sudah menjadi kebiasaan bila ada masa terluang beliau bersama rakannya akan menjala ikan di tepi sungai itu tetapi belum pernah terjumpa perkara aneh seperti itu sebelum ini.

Menurutnya, mereka mula turun menjala kira-kira pukul 6 petang dan sebaik tiba di tebing berhadapan dewan badminton di sini, tiba- tiba dia terhidu bau yang agak wangi seakan- akan bunga kemboja atau kapur barus tetapi tidak mengendahkannya.

“Apa lagi, saya dan rakan (Mohd. Razif) bagaikan tergamam seketika dan bergegas naik ke darat ekoran terperanjat sebaik terlihat benda itu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

“Ekoran kejadian itu saya terus menceritakannya kepada rakan-rakan lain tetapi mereka tidak mempercayainya sehinggalah muncul empat lagi objek yang serupa semalam tidak jauh dari tempat ‘pocong’ pertama ditemui.”

Menurut Mohd. Izzuddin lagi, kelima-lima objek itu kelihatan seolah-olah seperti mayat yang telah lengkap dikafan dengan kain putih.

Penemuan lima ‘pocong’ di tebing Sungai Johor di Kampung Tembioh di sini kelmarin, bukan saja menggemparkan penduduk malah menimbulkan persoalan sama ada ia mempunyai kaitan dengan kegiatan sihir yang dikenali sebagai ‘bungkem’.

Seorang penduduk, Juffri Juraimee, 55, mendakwa, kemunculan lima objek yang menyerupai ‘pocong’ itu berkemungkinan bertujuan untuk menyihir seseorang.

“Menurut orang-orang tua, mangsa yang disihir atau ‘bungkem’ biasanya akan merana sehingga boleh membawa kepada kematian.

“Namun, ilmu tersebut tidak akan menjadi sekiranya objek yang digunakan untuk menyihir seseorang itu dijumpai orang lain,” katanya ketika ditemui semalam.

Ujar Juffri, penemuan ‘pocong’ tersebut hingga kini masih menjadi tanda tanya penduduk di situ kerana kejadian seumpama itu adalah yang pertama kali berlaku di situ.

Bagaimanapun, terdapat juga pendapat mengatakan penemuan ‘pocong’ tersebut merupakan antara aktiviti membuang ancak, saka atau rawatan penyakit secara tradisional.
Tiga ketul batu berwarna kelabu kehitaman seperti batu nisan ditemui dalam bungkusan ‘pocong’ lima sekeluarga yang menggemparkan penduduk Kampung Tembioh, dekat sini kelmarin.

Selain itu, batu itu diselaputi kapas dan bungkusan plastik hitam serta bau kapur barus yang agak kuat.

Itulah yang ditemui oleh dua penduduk kampung tersebut, Mad Zamri Ademin, 37, dan Mohamad Hussin, 44, setelah memberanikan diri untuk membuka ikatan ‘pocong’ tersebut semalam.

Kelmarin, penduduk sebuah kampung tradisional di pinggir bandar Kota Tinggi digemparkan dengan penemuan lima objek menyerupai ‘pocong’ yang terdampar di tebing Sungai Johor.

Dalam pada itu, penduduk di situ meminta pihak berkenaan tidak membiarkan ‘pocong’ tersebut terbiar begitu sahaja di sungai tersebut.

Seorang penduduk, Othman Abas, 50, berkata, pihak terbabit tidak sepatutnya membiarkan keluarga ‘pocong’ itu berkampung di kawasan berkenaan.

Menurutnya, kejadian yang berlaku ini bukan sahaja memberi tanggapan tidak baik terhadap masyarakat di sini, malahan penduduk terutamanya wanita dan kanak-kanak mulai takut untuk melalui kawasan berkenaan.

Menurut Othman, setiap hari tidak kira siang atau malam, pinggir sungai di kampung ini menjadi tumpuan orang ramai memancing ikan dan udang galah.
Akhirnya ‘pocong lima sekeluarga’ yang menjadi bualan penduduk di sebuah kampung di pinggir bandar Kota Tinggi baru-baru ini menerima ‘hukumannya’.

Petugas dari Pejabat Agama Islam Daerah Kota Tinggi dilihat datang mengambil pocong-pocong terbabit untuk dibawa ke Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam di sini untuk dimusnahkan dengan cara membakarnya.

Bagaimanapun, Pegawai Tadbir Agama Daerah, Mohd. Taufik Kiyai Samsudin berkata, proses untuk membakar pocong-pocong itu mungkin memakan masa sehari dua bagi memastikan ‘pocong’ itu benar-benar kering terlebih dahulu.

“Kelima-lima ‘pocong’ itu berada dalam sungai selama beberapa hari dan ia perlu dikeringkan sebelum kita dapat membakarnya.

“Buat masa ini kita pindahkannya ke tanah perkuburan dahulu,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Kampung Tembioh di sini baru-baru ini digemparkan dengan penemuan lima sekeluarga ‘pocong’ yang ditemui dua sahabat, Mohd. Izzuddin Abd. Karim, 18, dan Mohd. Razif Ismail, 17, ketika menjala ikan di pinggir Sungai Johor dekat sini.

Kehadiran ‘pocong’ itu telah membuatkan penduduk di situ resah dan takut.

Menurut Mohd. Taufik, objek yang ditemui itu bukannya mayat manusia yang perlu disempurnakan dengan menanamnya.

Justeru, katanya, adalah wajar objek yang menyerupai mayat yang lengkap dikafankan itu dibakar sahaja.
Keresahan penduduk sekitar bandar Kota Tinggi terutama di Kampung Tembioh di sini dianggap sudah berakhir apabila kelima-lima ‘ahli keluarga pocong’ yang dijumpai baru-baru ini dibakar di tanah perkuburan Islam Kampung Makam kira-kira pukul 10 pagi semalam.

Penduduk terpaksa menggunakan minyak petrol dan kayu api kering untuk membakar kain-kain kapan lembap yang masih kuat berbau kapur barus itu satu demi satu di tapak bakar sampah dalam kawasan perkuburan tersebut.

Hanya kira-kira 20 orang berada di kawasan itu termasuk pegawai daripada Jabatan Kesihatan, Majlis Agama Daerah dan jawatankuasa Masjid Kampung Makam manakala beberapa orang wanita sekadar melihat upacara itu dari jarak kira-kira 70 meter.

Selepas proses pembakaran selesai, abu-abu daripada pembakaran itu dibiarkan sahaja di situ.

Seorang penjaga tanah perkuburan itu, Othman Markan, 39, berkata, kerja-kerja membakar pocong tersebut dilakukan pada awal pagi semalam sebaik mendapat arahan Jabatan Agama daerah.

“Semua berjalan lancar, tiada ada apa-apa masalah semasa pembakaran dibuat,” katanya.

Untuk Mengubati Penyakit Asma, Orang Di India Menelan Ikan Hidup-Hidup

Ribuan pesakit kelihatan berada di wilayah selatan India untuk mengubati penyakit asma mereka. Para pesakit tersebut siap menelan hidup-hidup ikan tuna yang sudah dilumuri dengan ramuan ubat rahsia.

Beribu-ribu orang berjalan menuju Hyderabad setiap bulan Jun untuk melakukan rawatan yang ditawarkan oleh keluarga Goud secara percuma betul-betul di hari yang dipilih oleh para ahli perbintangan.

Keluarga Goud mendakwa bahawa mereka mendapatkan ramuan rahsia tersebut dari orang Suci Hindu sekira 170 tahun yang lalu. Mereka menolak permintaan doktor yang meminta ramuan tersebut, dengan alasan bahawa orang suci tersebut memberi amaran bahawa keajaiban ramuan tersebut boleh hilang jika diperjualbelikan.

Seperti dipetik Straits Times, setelah para pesakit menelan ikan tersebut, mereka diwajibkan untuk diet selama 45 hari.

Mereka dilarang memakan 25 jenis makanan, seperti daging kambing, gula putih, mangga kering dan bayam. Mereka juga tidak dibenarkan makan makanan yang digoreng dan menjalankan rawatan selama dua tahun. Sumber: tabekpuang.
P/S:  Kita org Islam jgn duk cuba lak, kalau Asma pergi Hospital jgn duk cari Tok Sami- Syirik Boh..haha

19 kali kahwin, 46 anak, 100 cucu...Abg Soh Bini Ramai

KOTA BHARU- “Saya pernah berkahwin 19 kali dan mempunyai 46 orang anak serta 100 cucu.”

Demikian luahan guru silat yang lebih dikenali ramai sebagai ‘Abe Soh Bini Ramai’ atau ‘Abe Soh Silat’. Che Soh Che Ahmad, 65, yang berasal dari Kampung Babong, Pulau Melaka di sini, mempunyai kisah hidup yang unik kerana berkahwin sejak umur 15 tahun lagi.

“Jika dijumlahkan, saya mempunyai 19 isteri. Tetapi kahwin cerai dan sekarang tinggal tiga orang sahaja sebab seorang lagi sudah meninggal dunia,” katanya.

Tiga isteri Che Soh, Mariam Kadir, 53; Zawahir Mat, 52, dan Hasnah Che Omar, 52, turut serta semasa Sinar Harian ke kediaman keluarga besar itu.

Menurut Che Soh, biarpun sudah berpisah dengan isteri-isterinya yang terdahulu, namun hubungan mereka tetap baik dan masih berhubung antara satu sama lain sehingga kini.

“Anak-anak hasil bersama isteri terdahulu pun rapat dengan saya sampai sekarang termasuk hubungan baik ini juga terjalin bersama dengan anak-anak isteri sekarang yang ada 23 orang semuanya,” katanya.

Malah Che Soh berkata, apabila tiba musim raya, suasana sangat meriah dengan kehadiran kesemua 46 anaknya itu iaitu 26 lelaki dan selebihnya perempuan, berumur antara sembilan sehingga 49 tahun.

Selain itu, Che Soh berkata, dia bersyukur hubungan antara ketiga-tiga isterinya tidak mempunyai sebarang masalah malah boleh menjadi rakan baik sesama mereka.

“Cuma kadang-kadang kalau ada hal berbangkit dan ada tersinggung, terasa hati itu perkara biasa, sedangkan lidah lagi tergigit,” katanya.

UMNO Tubuh Majlis Ulama Sebagai Sayap Parti?..

SHAH ALAM - Cadangan Pengerusi Jawatankuasa Kerja Sekretariat Ulama Muda Malaysia (Ilmu), Fathul Bari Mat Jahaya yang mahu majlis ulama Umno diwujudkan semula, mendapat reaksi amat positif daripada pimpinan pusat.

Cadangan yang sudah diusulkan sejak dua tahun lalu itu akhirnya mendapat perhatian selepas Fathul Bari mengutarakannya pada debat anjuran Sinar Harian, 'PRU13: Orang muda pilih siapa?' pada Khamis minggu lalu.

Ahli Majlis Tertinggi Umno, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau amat bersetuju jika Majlis Ulama atau Lembaga Penasihat yang terdiri daripada kalangan ulama ditubuhkan bagi membolehkan parti merujuk dasar dan keputusan-keputusan agar tidak bercanggah dengan ajaran Islam.

Menurutnya, anggota majlis itu nanti mestilah terdiri daripada kalangan yang diakui mempunyai pengetahuan mendalam mengenai Islam dan berpengetahuan luas.

"Kalau sayap (majlis ulama), ia akan menjadi seperti sayap Wanita, Pemuda dan Puteri, ia juga mesti mempunyai keanggotaan di semua peringkat majlis kerja tertinggi, bahagian dan cawangan. Ia mesti melalui proses pemilihan dan kempen yang sama.

"Saya bimbang akan berlaku politiking di pelbagai peringkat yang boleh mendatangkan kesan tidak semestinya baik kerana ia melibatkan agama.

Misalnya di peringkat cawangan dan bahagian siapakah layak dipanggil ulama dan boleh bertanding untuk memegang kepimpinan sayap berkenaan.

Bagi saya keilmuan seseorang tidak boleh ditentukan oleh kuasa majoriti," katanya kepada Sinar Harian semalam.

Sebelum ini, beberapa pemimpin pusat Umno menyokong penubuhan Majlis Ulama ini, antaranya, Naib Presiden, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ahli Majlis Tertinggi, Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Datuk Seri Shahidan Kassim.

Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan berkata, beliau bersetuju usul ini dibawa dan dibincangkan di dalam mesyuarat Majlis Tertinggi Umno yang akan  datang.

"Jika kita semua setuju, barulah memikirkan bentuk struktur dan organisasinya," katanya.
Sumber : Sinar

P/S: Nanti suruh laa Mahathir jadi Mursyidul Am..hehe

Tragedi Ramadan berulang, adik kedua maut kemalangan

SEREMBAN – "Ini kali kedua kami kehilangan keluarga dalam bulan Ramadan," kata Muhamad Saifullah Zainal Abidin, 19, adik kepada mangsa kemalangan di Kilometer 261.7 Lebuh Raya Utara - Selatan, arah utara, di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, mangsa, Muhamad Taufiq Zainal Abidin, 20, maut selepas motosikal jenis Yamaha RXZ ditungganginya terbabas dan merempuh pengadang besi.

“Beberapa tahun lalu saya kehilangan adik sehari sebelum Aidilfitri apabila dilanggar kereta. Kali ini, saya kehilangan abang pula ketika hari pertama Ramadan,” katanya yang merupakan anak kedua dari empat adik beradik.

Difahamkan, Muhamad Taufik merupakan adik beradik sulung.

Menurut Muhamad Saifullah, kali terakhir dia bertemu abangnya yang bekerja sebagai penghantar barang, Sabtu lalu kerana sejak beberapa hari lalu, dia bermalam di rumah rakannya di Senawang.

“Saya macam tidak percaya apabila terima panggilan telefon daripada ibu saya ketika waktu sahur pagi tadi (semalam) memberitahu arwah meninggal dunia kerana kemalangan,” katanya ketika ditemui Sinar Harian di pekarangan Bilik Mayat Hospital Tuanku Ja'afar, di sini, semalam.

Sementara itu, rakan mangsa, Fadzhil Abdul Rahman, 23, berkata, dia sepatutnya bersahur bersama arwah dan rakan-rakan lain, namun terkejut sebaik sahaja diberitahu arwah telah meninggal dunia.

“Saya sepatutnya sahur bersama arwah pagi tadi (semalam). Kali terakhir saya bercakap denganya kira-kira 3.50 pagi.  Saya terkejut menerima panggilan telefon daripada seorang rakan beberapa minit kemudian memaklumkan arwah terlibat dalam kemala-ngan," katanya.

Menurutnya, sejak hari pertama Ramadan, arwah beria-ria mengajak dia dan rakan-rakan lain berkumpul untuk berbuka puasa bersama tetapi tidak kesampaian kerana masing-masing bercadang berbuka puasa dengan keluarga.

"Sebab itu kami merancang bersahur bersama,” katanya.

Katanya, sehari sebelum kejadian, arwah sempat menghantar sistem pesanan ringkas (SMS) kepadanya memohon maaf sempena Ramadan.

Dalam pada itu, jurucakap polis berkata, ketika kejadian, mangsa bersama seorang lagi rakannya masing-masing menunggang motosikal dalam perjalanan menuju ke Nilai.

Ketika tiba di tempat kejadian, rakan mangsa yang berada di hadapan bergesel dengan sebuah van ketika cuba memotong kenderaan itu, sebelum terbabas.

“Mangsa yang berada di belakang cuba mengelak daripada melanggar rakannya, tetapi dia hilang kawalan lalu merempuh besi pengadang jalan.

“Rempuhan kuat itu menyebabkan mangsa tercampak dan maut di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan badan,” katanya.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian.
Sumber: Sinar Harian..

P/S: Al-Fatihah kepada Arwah, semoga keluarga beliau sabar dalam menghadapi dugaan yang besar ini..

Orang-orang yang memperolehi doa para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI
Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci’” (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wal Tarhib I/37)
2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT
Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang diantara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia” (Sahih Muslim no. 469)
3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT
Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang – orang yang berada pada saf – saf terhadapan” (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)
4. ORANG YANG
MENYAMBUNG SAF (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf)
Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang – orang yang menyambung saf – saf” (Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)
5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH
Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu” (Sahih Bukhari no. 782)
6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT
Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia’” (Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)
Beramal/ dan mengharapkan Rahmat di bulan mulia ini...

Susahnnya laa Ambe Nak Cari Makan

Wahai Tuhanku, sesungguhnya aku berhajat kepada sebarang rezeki anugerah serta pemberian yang engkau berikan.” -Doa Nabi Musa-

Hujan yang turun melimpahkan rahmat. Makanan yang baik dan halal membawa berkat. Perniagaan yang maju mengurniakan nikmat. Zuriat yang baik mendoakan kebahagiaan di akhirat.

Meski rezeki setiap manusia sudah ditentukan Allah, usaha perlu dikerah, berserah jalan terindah. Pintalah dengan penuh kerendahan, pasti Allah sedia mengabulkan.

Asap rokok: Wanita boleh minta cerai

Hakim beri syarat amalan merokok ancam kesihatan

Riyadh: Wanita Arab Saudi yang berdepan masalah kesihatan kerana suami mereka merokok dibolehkan memfailkan kes cerai terhadap suami, kata hakim yang ditemubual akhbar Al Watan.

Hakim Mahkamah Rayuan, Ebrahim Khodairi, berkata peraturan undang-undang dipohon dalam kes seperti itu yang boleh sampai ke tahap perceraian.
Jejas kesihatan

“Jika seorang wanita mengahwini seorang lelaki yang merokok dan disebabkan perbuatan itu si isteri mengalami masalah kesihatan seperti sakit dada dan alahan teruk, selepas menyatakan beliau sebenarnya tidak mahu mengahwini perokok, perkahwinan mereka perlu ditamatkan kerana kerosakan disebabkan asap rokok dan pasangan berkenaan sudah tidak boleh hidup bersama lagi,” kata Khodairi.

Bagaimanapun, ia tidak termasuk kes wanita yang memang mengetahui bakal suaminya merokok sebelum berkahwin.

Tambahan lagi, tempoh perkahwinan adalah satu lagi faktor bagi hakim untuk diambil kira, tambahnya.
Sebagai contoh, kes wanita yang sudah berkahwin 20 tahun dengan perokok, akan digugurkan kerana wanita berkenaan sudah menerima hakikat itu.

Terima pelbagai reaksi

Kenyataan Khodairi menerima pelbagai reaksi yang disiarkan laman web rangkaian sosial.

“Bagaimana saya hendak meyakinkan suami saya supaya berhenti merokok?” soal seorang wanita Arab Saudi.

“Saudara lelaki saya merokok dan saya tidak tahan dengannya. Jika ini kesnya, semua wanita akan diceraikan,” kata seorang lagi lelaki, merujuk kepada peratus tinggi perokok di Arab Saudi.

Menurut perangkaan rasmi, ada hampir enam juta perokok di Arab Saudi termasuk 600,000 wanita dan 772,000 remaja, pelajar sekolah menengah dan tinggi.

Arab Saudi adalah pengimport keempat terbesar rokok dunia, lapor akhbar. – Agensi

P/S: kalau gtu gak ramai laa kena cerai lepas nie..kikik

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download