Tuesday, 24 July 2012

Tidak Tahu Baca Qur’an, Kuburnya Bercahaya Menjulang Ke Langit

Suatu kisah yang diceritakan dalam tazkirah ramadhan di Masjid Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu yang sangat mengharukan dan bisa menitis air mata.

Seorang lelaki melewati sebuah kawasan perkuburan di suatu malam yang kelam dan sunyi. Tiba-tiba ia terpandang suatu cahaya yang terang benderang muncul dari sebuah kubur, dan terus menjulang ke langit. Dia merasa sedikit ketakutan dan berdebar.

 Terpegun dan kaku melihat kejadian itu. Dia terfikir kemungkinan kubur ini adalah kubur seseorang yang sangat istimewa. Samada ia seorang waliyullah atau ulamak atau orang soleh yang istimewa kedudukannya di sisi tuhan. Diambilnya sebatang kayu lalu dipacak di atas kuburan yang bercahaya itu.

Keesokannya lelaki itu datang lagi kekawasan perkuburan itu dengan ditemani orang kampung. Beliau ingin menyelidiki dan ingin mengetahui kubur siapakah yang sangat ajaib itu.

Apakah seorang tuan guru atau waliyullah atau alim ulamak atau orang soleh yang terkenal?.

Bila bertanya kepada orang kampung, mereka kehairanan kerana apa yang mereka ketahui dan pasti ini adalah kubur seorang lelaki tua, yang pernah mendiami sebuah pondok dihujung kampung bersama istrinya. Untuk mengetahui dengan lebih lanjut , lelaki itu berkunjung kerumah simati dan bertemu dengan isteri simati lalu menceritakan keajaiban yang dilihat diperkuburan suaminya.

Anihnya isteri simati terkejut dan kehairanan. Dia sangat mengenal suaminya. Suaminya bukan siapa-siapa . Suaminya seorang petani kecil. Bukan seorang kiyai, bukan seorang ahli ibadat, bukan orang soleh, apa lagi bukan imam, bukan muazzin, bukan guru quran. Malah suaminya tidak pandai membaca quran dan dia tidak pernah mendengar suaminya membaca quran. Hal ini benar-benar menimbulkan kehairan kepada lelaki tersebut dan isteri simati.

Akhirmya lelaki itu bertanya apakah perkara-perkara anih yang simati selalu lakukan dalam kehidupan sehari-harinya. Akhirnya isteri simati teringat suatu perkara yang selalu dilakukan oleh si mati, setiap kali sebelum tidur pada setiap malam. Katanya , setiap malam sebelum tidur suaminya akan mengambil wudhu, kemudian masuk di dalam suatu bilik lalu diambilnya alqur'an di atas rak, lalu dicium dan dipeluknya dengan penuh kecintaan dan kasih sayang.

Ia akan duduk dan membelek alqur'an itu sehelai demi sehelai seperti sedang membaca, sedangkan ia seorang yang buta alqur’an. Dia akan meraba-raba ayat-ayat qur’an itu dengan tangannya , seolah-olah sedang menyentuh dan mebelai sesuatu yang sangat dikasihi. Tambah isteri simati lagi, ia pernah mendengar rintihan dan esakan tangis suaminya yang sangat sedih, mendayu-dayu dengan penuh penyesalan.

“Tuhanku! ampunkanlah aku kerana aku tidak mampu membaca kalimah mu. Janganlah engkau hukum aku di atas kebodohanku ini.” “Wahai Kalam Allah, maafkan kesalahan ku. Aku tidak mampu membaca kalimah mu. Aku tidak dapat bersahabat dengan mu.

Aku tidak dapat memahami mu. Tapi aku sangat mengasihi mu. Aku sangat mencintaimu. “ “Wahai Kalamullah, jangan lah engkau mendakwa aku, jangan engkau menuduh aku dihadapanTuhan diakhirat nanti”. Cerita isteri simati lagi. Kadang-kadang suaminya tertidur di dalam bilik itu ditemani alqur’an buah hati kesayangannya.

Begitulah suaminya setiap malam sebelum tidur. Lelaki itu meminta untuk melihat alquran kesayangan suaminya itu. Benar dan sangat mengharukan apabila ia melihat naskah yang mulia itu kelihatan lusuh, helaian-helaiannya kelihatan selalu dibelek berkali-kali. Dan ada bekas-bekas airmata di kertasnya ,tanda seseorang sering menangis berjurai airmatanya tatkala membuka lembaran yang maha suci ini.

Pastinya lelaki ini sangat mulia peribadinya. Hatinya telah bersatu dengan ruh alqur’an. Dia sangat mengasihi kalimat tuhan dengan sesungguhnya. Bererti ia mengasihi tuhan dengan seluruh jiwa dan raganya. Marilah kita menghidupkan alquran di dalam masjid kita, di dalam rumah kita, di dalam diri kita, sepanjang bulan ramadhan, bulan pengampunan ini. Perkisahan ini ditulis dan disesuaikan semula untuk bacaan semua. "

oleh: Abu Hikam..

Vios Boleh Terbang-Jom Tengok







 Amacam gambar kereta Vios nie..boleh terbang rupanya vios nie, tercabar gua tengok..haha..pepun pemandu dia selamat, Alhamdulillah..kejadian berlaku di Felda Nitar, Mersing Johor..kawan2 Kalau de info tolong bgthu gua enjin apa dia pakai..nak sangkut kt kereta gua, raya gempak sikit..hehe
Published with Blogger-droid v2.0.6

Kecoh Pasal Artis Bertudung Merokok..haha

 Kecoh pasal gambar artis Indonesia dalam gambar ini  Zaskia Adya Mecca, kalau korang selalu layan sinetron kt TV3 selalulah ada minah nie selalu pegang watak muslimah yang baik ala-ala Ustazah ler. Memalukan saja perempuan muslimah yang lain bertudung.  Ini kerana  gambar  ini menunjukkan beliau memakai tudung  dan menghisap rokok pulak dengan kawan-kawannya.  serta didakwa juga mempunyai   tatoo.

bagi gua laa dosa bukak aurat tu lebih besar dari hisap rokok tu, rokok ade jugak org kate makruh. Tapi bab bukak aurat haram beb, tiada pilihan..ntah2 yang kutuk pun 4 kotak sehari hisap rokok..kalau pakai tudung dah hisap rokok, cuba korang bayangkan kalau minah nie bukak tudung nth2 hisap dadah ( Nasib baik laa pakai tudung )..hehe..

Pepun x elok seorang muslimah hisap rokok, nampak tidak berakhlak. Masyarakat pun jangan cepat2 membuat hukuman, ntah2 dia tengah shooting filem daa...

Mujur Artis bertudung  seorang selebriti Indonesia. Kalau di Malaysia dah lama dah kena terjah kt Azwan Ali..hehe..

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download