Wednesday, 25 July 2012

Panas- TERKINI! Lagi ADUN BN Keluar Parti!?

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Meluan, Wong Judat yang juga Naib Presiden Parti Demokratik Progresif Sarawak (SPDP), salah satu sekutu BN di negeri itu mengumumkan akan keluar parti.

Menurutnya, tindakan itu dibuat secara rasmi hujung Julai ini.

“Pada 30 Julai nanti, saya akan bertemu dengan Presiden (SPDP), William Mawan dan Timbalannya, Tiong King Sing di Kuala Lumpur untuk membincangkan keputusan saya ini dengan mereka.

“Saya akan meletak jawatan daripada parti pada keesokan harinya (31 Julai). Bagaimanapun, hasil mesyuarat nanti tidak akan menjejaskan keputusan saya. Tiada apa pun yang boleh mengubah pendirian saya dan tiada siapa boleh menghalangnya," katanya, lapor Borneo Post.

Kelmarin di Sabah, Ahli Parlimen Tuaran, Wilfred Bumburing turut keluar BN manakala Amsir Dani, orang kanan kepada Ahli Parlimen Beaufort, Lajim Ukin meletak jawatan Ketua Umno Cawangan.

Ditanya sama ada beliau menyesali keputusan itu dan kemungkinan kehilangan semua manfaat dinikmati selama menjadi wakil rakyat BN, beliau berkata: “Manfaat apa? Kepada saya? Saya tidak melakukan perkara ini untuk kepentingan peribadi.

“Saya sudah 48 tahun, bukan budak hingusan, 17 tahun. Saya sudah matang, jadi tiada apa sangat yang hendak dikesali,” kenyataan beliau dipetik.

Judat memegang jawatan Adun Meluan selama tiga penggal bermula dengan kemenangan beliau sebagai calon bebas pada 2011.

Beliau menyertai SPDP pada 2003.

DUN Meluan berada dalam Parlimen Julau dan majoriti penduduk adalah kaum Iban.

Satu lagi DUN dalam Parlimen ini ialah Pakan.
P/S: Dah Start ugutan dah..tggu lepas nie..hehe

Awek Cantik Hisap Puting Susu Lembu-Bodo Supo Lembu..haha

Nie laa Manusia, Allah Taala bagi akal, x se pakai..haha teringat plop Allah berfirman

“Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk (isi neraka Jahannam) kebanyakan dari jin dan manusia, mereka mempunyai hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka mempunyai mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kekuasaan Allah), dan mereka mempunyai telinga (tetapi) tidak dipergunakannya untuk mendengar (ayat-ayat Allah). Mereka itu sebagai binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi. Mereka itulah Orang-Orang yang lalai.[QS. Al A'Raaf (7) ayat 179]

Lembu  pun yang dah dewasa  x buat benda bodoh  gnie..haha..Akibat nak glamour sanggup buat cmnie,lembu tu kate bodonya laa perempuan nie, nak terajang awek, kalu lelaki lama dah aku pijak perut..haha


Penjelasan Matang Ustaz Nasruddin Berkenaan Isu "Make Up"

Ramadhan Kareem ! Sahabat semua ....

1. Sedarkah kita sekarang berada di bulan Ramadhan Al Mubarak ? Bulan penuh dengan keberkatan, kerahmatan dan keampunan Allah swt.

2. Justeru itu , saya harap sangat - sangat agar kita tidak panjangkan isu 'make up' muka pada peristiwa Debat Sinar Harian yang bertajuk : PRU 13 , Orang Muda Pilih Siapa ? baru - baru ini.

3. Saya bersetuju bahawa juru 'touch up' wanita tidak sewajarnya bertindak sedemikian ke atas lelaki bukan mahramnya. Saya telah pun menegur pihak penganjur supaya menyediakan petugas juru touch up lelaki untuk lelaki pada masa - masa akan datang. Teguran itu dibuat sebaik sahaja majlis debat selesai. Penganjur bersetuju dengan teguran saya.
4. Saya sendiri sukar mengelak apabila 'diserbu' oleh satu team petugas touch up muka sewaktu rehat selepas pusingan pertama debat baru - baru ini. Insiden itu dijadikan modal oleh pihak tertentu untuk menyerang peribadi saya. Sedang ia berlaku tanpa rela dan saya tidak sempat mengelak diri kerana saya berada di atas kerusi pentas debat berdepan ratusan penonton dalam auditorium. Saya pun tidak menjangka mereka datang menerpa untuk touch up muka sewaktu rehat [untuk beri laluan kepada iklan tv penaja iaitu Astro Awani ]

5. Pun begitu, apa yang berlaku sangat dikesali. Terima kasih kepada semua pihak yang melontarkan nasihat dan teguran. Insyaallah di lain masa kami akan lebih berhati - hati. Dengan ini, Saya merayu agar gambar yang memaparkan Sahabat saya Ustaz Fathul Bari disolek itu dipadamkan dan tidak disebarkan.

Kita berpolitik secara matang dan berhemah tanpa perlu kita menyelak keaiban peribadi sesiapa. Sungguhpun saya berbeda pendapat dan berdebat dengan Ustaz Fathul Bari, suka saya tegaskan di sini, ianya tidak menghilangkan rasa hormat saya pada beliau dan saya tidak setuju beliau diaibkan sedemikian rupa.
FB Ust. Nasruddin




P/S: Berbeza pendapat perkara biasa, tapi kena jaga adab dalam berhujah jgn sampai aibkan sesama sendiri..Matang sungguh berpolitk Ustaz Nasaruddin..

Menarik-Photo Wardina di Masjidil Aqsa





Cantiknya Wardina bergambar di Masjidil Aqsa  Palestine, bilakah agaknya giliran kita diizinkan oleh Yang Maha Esa untuk menjejakkan kaki di tanah ke-3 mulia umat Islam selepas Masjidil Haram dan Masjidil Nabawi..Bilakah agaknya umat Islam dapat memerdekakan bumi Palestine dari tangan Yahudi...Sama-samalah kita berdoa di bulan yang mulia ini, kembalikan daulah Islamiyyah yang sudah lama ditinggalkan oleh Umat Islam..

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Download