Populariti Najib: Cina naik, kaum Melayu, India susut

SHAH ALAM - Tahap populariti Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di kalangan pengundi di Semenanjung "kekal stabil" di tahap positif meskipun merekodkan sedikit penurunan membabitkan kaum Melayu dan India, demikian menurut kajian kendalian Merdeka Center.

Penemuan firma itu, yang dikeluarkan semalam, menunjukkan populariti Najib pada bulan lalu berada di paras 64 peratus berbanding 65 peratus Mei lalu.
Kajian itu juga menunjukkan paras rasa puas hati terhadap prestasi Perdana Menteri di kalangan pengundi Melayu, penduduk majoriti negara ini, dan India, kaum minoriti, masing-masing menurun daripada paras 79 peratus kepada 75 peratus dan 72 peratus kepada 69 peratus.

Bagaimanapun sokongan pengundi Cina terhadap prestasi Najib telah meningkat daripada 37 peratus pada Mei lalu kepada 42 peratus bulan lalu.
"Meskipun mengalami penurunan di kalangan pengundi kaum India dan Melayu, paras yang direkodkan masih tinggi. Cuma ada perubahan sedikit di kalangan pengundi Cina," kata Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian ketika dihubungi Sinar Harian Online.

Katanya, perkembangan itu merupakan "satu pemulihan" sokongan terhadap kepimpinan Perdana Menteri selepas perhimpunan Bersih 3.0.
Ketika ditanya sama ada ia satu peningkatan ketara sejak Pilihan Raya Umum 2008, Ibrahim berkata, masih awal untuk berkata demikian dan memerlukan satu lagi pusingan kajian untuk mendapatkan kepastian arah aliran sokongan kaum Cina kepada Najib.

Terdahulu dalam satu kenyataannya, Ibrahim berkata, pendirian komuniti-komuniti itu kemungkinan dipengaruhi oleh kebimbangan mereka tentang keadaan ekonomi negara khususnya di kalangan pengundi India.
"Ia juga ada kaitan dengan rasa tidak puas hati berhubung kenyataan berkaitan dengan aktivis (Pengerusi Bersama Bersih 2.0) Datuk S. Ambiga," kata beliau lagi.

Kajian terbaru ini dikendalikan antara 22 dan 29 Jun lalu membabitkan 1,010 pengundi berdaftar melibatkan 59 peratus pengundi Melayu, Cina (32 peratus) dan India (sembilan).
Ibrahim berkata, meskipun Najib merekodkan paras populariti yang stabil dan masih tinggi, kajian yang sama juga menunjukkan bahawa pandangan pengundi terhadap kerajaan terus mengalami penurunan.

Katanya, seramai 42 peratus responden melahirkan pendirian bahawa "mereka gembira dengan kerajaan" - satu penurunan sebanyak enam peratus berbanding kajian dikendalikan pada pertengahan Mei 2012.
"Penurunan ini sangat ketara di kalangan pengundi Melayu, di mana respons mereka yang mengatakan 'gembira' dengan kerajaan mengalami penurunan daripada 65 peratus pada bulan Mei kepada 58 peratus Jun 2012," katanya lagi.

Ibrahim juga berkata, kajian pihaknya juga menunjukkan bahawa pendirian berhubung isu-isu ekonomi khususnya kos hidup dan gaji menjadi aspek pilihan utama di kalangan pengundi - 39 peratus pada bulan lalu berbanding 33 peratus pada Mei lalu.
"Ini disusuli dengan kebimbangan berkenaan dengan kadar jenayah dan masalah sosial pada 12 peratus dan isu-isu politik sekitar lapan peratus," katanya lagi.
   Sumber : Sinar

Read More

Hari Koperasi Gagal- 5 Pengarah JPK di Tukarkan Serta Merta?

UALA LUMPUR: Ekoran kegagalan Hari Koperasi Negara 2012 baru-baru ini, Menteri Perdagangan Dalam Negeri,  Pembangunan Koperasi dan Hal Ehwal sedang melakukan pertukaran Pengarah Negeri.

Sehingga kini, sudah empat pengarah Jabatan Pembangunan Negeri telah diarahkan bertukar 24 jam pada 16 Julai lalu manakala seorang Pengarah Bahagian di ibu pejabat juga ditukar.

Pengarah JPK itu adalah dari negeri Kedah, Pahang, Terengganu and Negeri Sembilan.

Menurut blogger Rocky Bru, Pengerusi Eksekutif dan timbalan Pengerusi Lembaga Koperasi Malaysia juga bakal diambil tindakan.

Hari Koperasi Negara 2012 yang dirasmikan oleh Perdana Menteri di Stadium Bukit Jalil telah benar-benar memalukan Datuk Seri Najib Razak.

Sudahlah kedatangan ke majlis itu sangat menghampakan, sambutan peserta perhimpunan ketika Najib sedang berucap juga amat memalukan.

Menurut sumber, Najib tepaksa meminta orang ramai dalam majlis agar diam ketika mendengar ucapan beliau.

Ini kerana, orang ramai bukan sahaja keluar ketika beliau berucap, ramai juga antara mereka meniup serunai ketika Najib berucap, seumpama menyaksikan pertandingan bola sepak.

Ekoran itu, Datuk Seri Ismail Sabri terpaksa memohon maaf kepada Perdana Menteri dalam mesyuarat Kabinet minggu lepas.

sumber: Harakah Daily

Read More

Budak 3 Tahun Jatuh Dalam Periuk Nasi Sedang Mengelegak

Tidak dapat nak dibayangkan bagaimana sakit yang ditanggung oleh budak 3 tahun ini. Tapi apa nak buat perkara dah terjadi. Kejadian ini berlaku di Sungai Siput dimana seorang kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun melecur teruk muka dan badannya selepas terjatuh ke dalam periuk nasi yang sedang menggelegak di rumahnya di Kampung Tok Sirat, Lintang, di sini.
Dalam kejadian jam 7.30 petang Rabu minggu lalu, Nor Umairah Qaisara Mohamad Nordin, melecur teruk di kepala, tangan dan kaki akibat terjatuh ke dalam periuk nasi yang sedang dimasak.

Ibunya, Norhasimah Mat Ramli, 34, berkata, nahas berlaku ketika dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan jangkitan virus kencing tikus.

Menurutnya, anak bongsunya itu dijaga adik perempuannya, Mastura Mat Ramli, 19.“Apa yang saya tahu Umairah ketika itu sedang bermain dalam bilik bersama dua kakaknya manakala suami saya, Mohamad Nordin Mohamad, 44, sedang solat Maghrib.

Sumber: Kosmo
Read More

Benarkah Rasulullah pernah disihir? ( baca )

Benarkah Rasulullah pernah disihir. Bukankah Rasulullah itu maksum yang terpelihara daripada kejahatan manusia dan jin?

Soalan
Saya mendengar dakwaan sesetengah pihak, mengatakan Nabi Muhammad s.a.w sendiri pernah dishir betulkah ini berlaku? Tidakkah Nabi Muhammad maksum yang terpelihara daripada kejahatan manusia, adakah wujud keterangan dalam al-Quran atau as-Sunnah tentang perkara ini?

Apakah hikmah Islam melarang keras pekerjaan atau amalan sihir?

Bolehkah saya mengunakan memakai tangkal untuk menghalang kejahatan atau hasad dengki manusia?

Jawapan dari Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Jawapan 1
Nabi Muhammad s.a.w memang maksum, seperti Firman Allah yang mafhumnya, “Wahai Rasul, sampaikanlah apa yang diperturunkan kepadamu dari Tuhan kamu dan jika tidak kamu kerjakan apa yang diperintahkan itu, bererti kamu tidak menyampaikan amanat-Nya. Allah akan memelihara kamu daripada (kejahatan) manusia, sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang kafir.” (Surah al-Maaidah, 67).

Perkataan maksum jelas disebut daripada makna perkataan ‘ya’tsimuka’ (Memelihara kamu). Dalam tafsir yang muktabar, tidak ada orang yang boleh membunuhnya. Ia juga bermakna Nabi Muhammad maksum, dipelihara sehingga tidak berlaku sesuatu kemaksiatan ke atasnya. Nabi tidak melakukan kesalahan yang mendatangkan dosa.

Adapun makna keselamatan umum, sepeti Nabi disakiti sehingga pernah luka kaki baginda dibaling batu oleh kanak-kanak upahan di Taif atau terluka (mengalami berbagai kesakitan) dalam Perang Uhud, sakit kepala, demam dan sebagainya pernah berlaku ke atas baginda.

Semua ini bukan bermaksud maksum, yang dipelihara Allah S.W.T kerana baginda sebagai manusia biasa yang menerima wahyu, baginda juga berlapar, rasa dahaga, sakit dan sebagainya.

Merujuk kepada dakwaan Nabi disihir, jika diteliti huraian di atas, bermakna sihir memang boleh berlaku. Di sebut dalam hadis sahih, Daripada A’ishah r.anha: “Kata A’ishah, telah disihir Rasulullah s.a.w oleh seorang lelaki daripada Bani Zuraiq dikatakan lelaki itu ialah Labid bin al-A’sam al-Yahudi. Rasulullah s.a.w berasa tidak keruan, perkara yang telah dilakukan, baginda merasa ragu sudah dilakukan atau tidak. Nabi bertanya A’ishah, “Wahai A’ishah, apakah kamu tahu bahawa Allah S.W.T telah melakukan sesuatu ke atas diriku? Nabi menyambung dengan katanya, “ada dua orang laki-laki datang kepada ku ketika aku sedang tidur, maka salah seorang berada disisi kepalaku, seorang lagi berada disisi kakiku, maka seorang daripadanya bertanya kepada kawannya, ‘apakah sebenarnya yang dideritai oleh Muhammad ini? Maka seorang lagi menjawab, dia telah disihirkan orang. Ditanya lagi, siapakah yang telah mensihirnya? Dijawab lagi, sihirkan oleh Labid bin al-A’sam. Ditanya lagi dengan apakah dilakukan sihir itu? Jawabnya, digunakan sikat rambutnya, dengan satu ikhtiar lain (sihir). Ditanya, di manakah diletakkan barang-barang tersebut?

Dijawabnya, ditanam dalam sebuah perigi namanya Perigi Darwan. Maka ditanya lagi, dengan apakah kita akan merawatkan Muhammad ini? Maka dibacakan beberapa ayat dari al-Quran. Nabi Muhammad s.a.w sedar dari tidurnya maka diberitahu kepada A’ishah, “Bahawasanya, Allah S.W.T telah menyembuhkan aku dan aku tidak mahu hal ini menjadi fitnah di kalangan manusia dan aku telah sembuh.” (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Hadis sahih ini sekurang-kurangnya memberikan kefahaman kepada kita bahawa musuh-musuh Islam, terutamanya Yahudi, akan melakukan apa sahaja untuk memenuhi kehendak mereka. Ulama bersepakat bahawa berpandukan kepada hadis sahih ini, memang ada percubaan oleh insan yang kenali melakukan sesuatu yang dipanggil sihir.

Nabi s.a.w memerintahkan sahabat, turun ke dalam perigi mencari barang-barang sihir tersebut, dikeluarkan dan Nabi telah sembuh seperti biasa.

Peristiwa ini tidak boleh disamakan dengan manusia di zaman kita yang terkena sihir sehingga hilang pertimbangan kewarasan, menderita kesakitan memanjang dengan menggangu ibadat, malah menganggu daripada melakukan kerja harian, ini semua tidak menganggu Nabi.

Nabi Muhammad cuma terasa ada sesuatu yang tidak kena berlaku dalam dirinya. Tiada siapa yang mengetahui, A’ishah pun tidak mengetahui sehingga Nabi memberitahu tentang dua orang lelaki (malaikat) datang untuk mengubat baginda dengan ayat-ayat al-muawwiyat, ayat pelindung penyakit sihir.

Sekaligus, ia merupakan panduan kepada umatnya untuk melindungi diri daripada penyakit.

Seterusnya, jelas bahawa Nabi sendiripun bila disihirkan orang, baginda sendiri tidak mengetahui, melainkan selepas Jibril a.s memberitahu bahawa baginda telah matbub (disihirkan).

Jika Nabi sendiri tidak mengetahui baginda disihirkan, bagaimana orang yang datang untuk berubat, mengadu kesakitan, tiba-tiba orang yang hendak mengubat tersebut mengatakan ‘kamu telah kena sihir?’ Datang pesakit lain, kita mengatakan pula, ‘kamu telah kena buatan orang.’

Ada yang lebih ke hadapan mengatakan, ‘kamu telah disihir fulan bin si fulan.’

Bagaimana insan biasa boleh mengetahui sihir yang kena kepada orang lain? Bukan kena kepada kepada dirinya, dengan membuat keputusan orang itu kena sihir, inilah masalah yang kita hadapi.

Tidak sepatutnya berlaku sedemikian kerana hanya Allah S.W.T sahaja mengetahuinya dan tidak ada orang yang boleh tahu hal sebenarnya.

Pengubatan disyariatkan, tetapi jangan sampai kita mendakwa orang itu kena sihir atau menuduh serta menuding jari kepada orang yang didakwa melakukan sihir.

Jawapan 2
Pekerjaan dan amalan sihir adalah sesuatu yang pada kebiasaannya mengagungkan makhluk halus sama ada yang bernama iblis, jin, syaitan dan sebagainya. Makhluk ini sememangnya bertugas sepenuh masa menyesatkan anak Adam dan menjauhkan mereka dari rahmat Allah S.W.T.

Mereka telah dilaknati Allah S.W.T, maka mereka berusaha untuk menyesatkan manusia supaya dijauhkan rahmat Allah. Salah satu caranya adalah menggunakan sihir sebagai satu profesion mereka mengajar manusia melakukan kerja jahat tersebut.

Manusia akan mudah terpengaruh apabila seorang manusia mampu melakukan perkara yang ganjil pada pandangan manusia lain. Atau seolah-olahnya ada kelebihan khusus kepada orang tertentu, yang mengetahui penyakit orang lain tanpa diberitahu. Atau mungkin boleh membaca fikiran orang lain.

Hal sedemikian ini ada kemungkinan boleh berlaku dengan bantuan makhluk halus, dapat mengagak atau makhluk halus mengetahui daripada percakapan mereka kepada diri atau kawan-kawan.

Perkara ini merangsang manusia mendampingi dan mendapatkan khidmat ahli sihir untuk menyampaikan sesuatu maksud mereka.

Bila sihir dilakukan, maka berlaku perkara negatif, yang paling besar sekali adalah kerosakan aqidah. Dalam beberapa hadis Rasulullah s.a.w (mafhumnya),”Sesiapa yang mendatangi ahli sihir maka sesungguhnya dia telah mensyirikkan Allah S.W.T.” (Riwayat Imam Muslim).

Hadis lain menyebut (mafhumnya), “Sesiapa yang mendatangi seorang yang mendakwa mengetahui perkara ghaib, lalu mempercayai dakwaan tersebut, sesungguhnya dia telah kufur dengan al-Quranul Karim yang diturunan kepada Nabi Muhammad.”

Dengan amalan sihir juga membuka jalan kepada seseorang mempercayai apa sahaja yang dikatakan ahli sihir kepadanya. Kata-kata seperti, ‘penyakit itu berpunca daripada orang yang terdekat kepadanya’, kadang-kadang menamakan orang tertentu (sama ada ahli keluarga atau kawan karibnya), terus dipercayai tanpa menyiasat dengan terperinci.

Hal ini boleh menimbulkan permusuhan yang berpanjangan sehingga perkara yang tidak sepatutnya berlaku, dilakukan. Lebih buruk apabila, dibalas balik dengan sihir juga.

Dalam al-Quran, Allah S.W.T menyebut (mafhumnya), “Sesungguhnya syaitan-syaitan itu mengkehendaki supaya berlakulah di kalangan kamu, permusuhan dan benci-membenci.”
(Surah ali-Imran, 91).

Jelas bahawa peluang yang terbuka kepada orang yang mendatangi ahli sihir ini, syaitan mengambil kesempatan menimbulkan permusuhan antara dua orang yang berkasih, menimbukkan kebencian yang amat sangat antara anak beranak.

Ilmu sihir merupakan perantaraan yang boleh menimbulkan caca merba dalam masyarakat. Peluang ini digunakan oleh orang yang bukan ahli sihir, tetapi mendakwa boleh melakukan hal-hal sedemikian untuk mendapat keuntungan duniawi sehingga mengenakan bayaran yang tidak tertanggung oleh pesakit.
Oleh kerana itu maka Islam sebagai agama salam sejahtera, menyelamatkan manusia dari hal-hal yang tidak baik, khasnya menjaga aqidah supaya tidak rosak, memelihara harta benda dari pemerasnya dan untuk manusia kembali kepada pertolongan Allah S.W.T.

Islam melarang dengan sekeras-kerasnya menggunakan sihir sebagai medium menyampaikan sesuatu maksud.

Jawapan 3
Di zaman permulaan Islam amalan memakai tangkal digunakan ramai masyarakat jahiliyyah. Raslullah s.a.w telah mengharamkan pengunaan tangkal dan menggantikan dengan pengunaan ayat al-Quran dan doa, khususnya memohon daripada Allah S.W.T menghindari dari sesuatu yang tidak diingini.

Dakam hadis yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dalam musnadnya, juzuk ke 4 halaman 156 disebut hadis yang mafhumnya, “Sesiapa yang menggantung tangkal, maka sesungguhnya dia telah melakukan perkara syirik.”

Hadis ini merupakan hadis umum. Berlaku suatu ketika apabila sahabat-sahabat menerima ayat al-Quran daripada Rasulullah s.a.w, diamalkan untuk menghindari ganguan, menulis ayat tersebut dikertas dan menggantungkan kepada anak-anak mereka yang belum boleh membaca al-Quran.Bila dirujuk kepada Rasulullah, baginda tidak melarangnya.

Ada sebahagian pendapat jika tangkal tersebut diperbuat daripada ayat-ayat al-Quran, maka ia diharuskan.
Pandangan ulama-ulama muktabar yang dipetik daripada Kitab al-Fatawa az-Zahabiyyah (Fatwa-fatwa yang amat berharga) pada halaman 253 bagi soalan seperti dikemukakan ini, dijawab bahawa, “Adapun penulisan ayat-ayat al-Quran dan nama-nama Allah S.W.T untuk dijadikan tangkal, maka ulama-ulama berselisih pendapat di kalangan ulama-ulama salaf ada yang mengharamkannya secara mutlak dan ada sedikit yang mengharuskannya, dengan syarat-syarat khusus. Yang paling sahih, bahawasanya penggunaan tangkal-tangkal sama ada al-Quran atau tidak, dilarang dalam hadis-hadis terdahulu. Tentang keharusan yang Rasulullah berikan kepada beberapa orang sahabat, itu adalah pada permulaan Islam. Apabila iman sudah tertanam dalam diri dan untuk mengelak daripada keburukan-keburukan yang boleh menjejaskan iman, maka, dilarang sama sekali penggunaan tangkal, walaupun menggunakan ayat al-Quran kerana, 1; mencegah daripada keburukan yang lebih besar, 2; menjaga kesucian al-Quran dari terbawa dalam tandas dan 3; membulatkan keyakinan bahawa Allah Taala sahaja yang melindungi manusia daripada segala-galanya.”

Sumber : Harakah Daily
Read More

Polis tutup kes KGT: Tindakan undang2 terhadap utusan kekal

KO
TA BHARU: Tindakan undang-undang akan tetap dikenakan kepada pihak tertentu sebagaimana yang telah didedahkan sebelum ini berhubung dakwaan skandal Kelantan Golden Trade (KGT) walaupun isu itu telah berakhir.

Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Ekonomi, Kewangan dan Kebajikan negeri, Datuk Husam Musa, berkata walaupun Polis Kelantan telah menutup kes terbabit, namun tindakan undang-undang terhadap pihak tertentu sama ada melalui KGT atau dirinya sendiri tetap akan diteruskan.

Pada masa yang sama beliau mengucapkan terima kasih kepada akhbar Sinar Harian, kerana meletakkan di muka hadapan akhbar berkenaan hari ini.

Bagaimanapun, Husam meminta akhbar yang menyiarkan KGT mempunyai skandal di muka hadapan sebelum ini hendaklah berlaku adil dengan meletakkan isu itu juga di muka hadapan akhbar mereka.

Beliau berkata demikian kepada media selepas mesyuarat exco, di sini tengahari tadi.

“Akhbar berkenaan kena berlaku adillah, letaklah juga berita polis tutup kes skandal KGT ni di muka hadapan, macam dulu juga.

“Saya juga meminta bloger, ngo serta mereka yang tidak berpuas hati terhadap KGT sebelum ini perlu membuat penilitian terlebih dahulu sebelum membuat kenyataan dengan lebih professional.

“Jangan sekali-kali ada unsur berniat jahat, dendam kesumat terhadap kerajaan negeri,”ujarnya.

Beliau juga turut mengkritik kenyataan sebuah bloger dan NGO yang membuat kenyataan berhubung KGT sebelum ini yang mendahului polis.

Sambungnya, mereka meminta polis membuat kenyataan yang cepat berhubung perkara itu, tetapi hari ini, apa yang mereka kehendaki telah ditunaikan dengan suatu pengumuman skandal KGT: polis tutup kes.

“Saya nak tengok reaksi mereka selepas ini secara gentelman. Jadi munasabah jugalah sebelum ini saya tidak menjawab persoalan remeh yang tidak tentu fasal ditimbulkan pihak mereka.

“Ini semua memang jelas tidak ada kes penyelewengan, sesiapa yang menyeleweng kalau hati langsung tidak ada niat untuk menyeleweng,”ujarnya.

Sambungnya, penyelewengan berlaku hasil niat seseorang, jadi sekiranya syarikat ditubuhkan untuk menjaga kepentingan kerajaan atau syarikat, sudah tentu penyelewengan tidak akan berlaku.

Husam berharap NGO yang diketuai Wan Mohd Kairul Mohammad, lebih gentelman berhubung isu tersebut.

“Polis dah siasat tak ada bukti penyelewengan, tetapi bila dia (Wan Khairul) kata ada penyelewengan, bukti yang ada padanya adalah kosong,”ujarnya.

Sepatutnya, bulan Ramadan bulan keinsafan, bulan yang diusahakan oleh umat Islam dari terpalit dari dosa.

Untuk itu, katanya kenyataan yang tidak berasas harus insaf dan kembali ke pangkal jalan bersama roh Ramadan.

LAPORAN BERKAITAN

KGT tiada penyelewengan: Terima kasih polis - Nik Aziz

http://www.dinarkel.net"


Read More

Hasan Budu ketagih curi kereta

KUALA TERENGGANU – Ketua sindiket curi kereta, Hasan Budu (gambar) bagaikan sudah ketagihan untuk terus melakukan jenayah walaupun baru dibebaskan dari Pusat Pemulihan Akhlak, Machang, Kelantan apabila dia disyaki masih terjebak dalam kegiatan jenayah.

Suspek yang sebelum ini mempunyai 15 rekod mencuri kenderaan dipercayai kembali aktif melakukan jenayah sama selepas dibebaskan dari tahanan pada April lalu apabila banyak kes curi kenderaan kini dipercayai didalangi Hasan Budu atau nama sebenarnya Samsul Bahri Awang Noh, 39.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah negeri, Asisten Komisioner K. Manoharan berkata, kegiatan jenayah suspek dari Kampung Padang Luas, Besut itu terbongkar ekoran penahanan seorang lelaki berusia 41 tahun di sebuah rumah di Kemaman pada Isnin lalu

“Suspek berkenaan mendedahkan kaitan Hasan Budu dengan penemuan lori Hino dan Mitsubishi Pajero yang berada di rumah suspek terbabit,” kata beliau.

Menurut beliau, polis kemudian membuat intipan beberapa jam di kawasan rumah tersebut sebelum mengesan Hasan Budu yang memandu Mitsubishi Pajero juga kenderaan curi menghala ke rumah itu.
Bagaimanapun, Hasan Budu yang cuba ditangkap dapat menghilangkan diri.

Menurut beliau, polis percaya sejak dibebaskan, Hasan Budu telah berjaya merekrut beberapa orang anak buahnya untuk melakukan jenayah curi kenderaan di negeri ini, Kelantan, Pahang dan Pulau Pinang.
Katanya, modus operandi kumpulan Hasan Budu ialah menggunakan kunci pendua untuk menghidupkan enjin kenderaan yang mahu dicuri.

“Kumpulan tersebut berjaya melarikan kereta dalam beberapa minit tanpa mengira jenis kenderaan,” kata beliau.

Berikutan itu, Manoharan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai Hasan Budu tampil membuat laporan polis bagi menyekat aktiviti penjenayah itu.
Sumber: Kosmo

P/s: Dulu budu org wat makan jer..lening budu pun pandai curi...betul laa kite nie duk Akhir Zaman, pelik2 saja..haha
Read More

Bayi Didera Hingga Pecah Usus - Zalim

KUANTAN: “Saya tidak akan memaafkannya dan tidak sesekali menerimanya semula,” kata Norhidayah Ahmad, 22, ibu kepada bayi berusia lapan bulan yang disahkan doktor pecah usus dipercayai akibat didera teman lelaki ibu kandungnya itu.

Norhidayah yang juga ibu tunggal berkata, dia tidak menyangka teman lelakinya berusia 19 tahun itu sanggup mendera Mohamad Adam Mikhail Abdullah kerana kekasihnya itu sangat menyayangi anaknya.

“Selepas apa yang berlaku, dia tidak boleh terlepas daripada perbuatannya. Saya mahu dia rasa azab yang Adam rasa,” katanya yang ditemui di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini, semalam.

Norhidayah berkata, dia hanya menyedari ada sesuatu yang tidak kena terhadap Adam apabila anaknya itu kelihatan tidak bermaya dan muntah-muntah ketika dia pulang dari tempat kerja, awal pagi kelmarin.

Sebelum itu, Norhidayah meninggalkan Adam kepada suspek ketika keluar bekerja di tapak ekspo di hadapan Terminal Makmur, di sini, jam 8 malam Isnin lalu dan pulang semula ke bilik sewa pada jam 3 pagi kelmarin.

P/S: adakah lagi perasaan belas ihsan org akhir zaman nie, sejahat2 org Jahiliyyah pun bunuh anak perempuan jer..zaman sekarang nie x kire laki puan dah...kenapa ini terjadi?
Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya
Read More

Sambut Ramadhan Dengan Mercun Akhirnya Bahang Bodo-sakit je dpt

Budaya main mercun nie sebenonya bukan budaya kite..setahu ambe laa budaya nie berasal dari agama Budha nak sambut tahun baru Cina nak halau hantu. Org Islam jangan gok dok beng ikut pende lagu nie..haha kalu ambe panggil bodo mung marah..kang kalu netup tong gas tu mu boleh sakit...
Baru ambe oyak sakni, jgn main... mung main jugop..tapi nak wat lagu mana base degil terima laa akibatnya..jgn duk jerit laa kang ambe sepak kanggg..hehe...pepepun ambe doakan sahabat kiter nie cepat sembuh.........


Read More

Seorang Ilmuwan Amerika Masuk Islam- Mukjizat Al-Quran

Mukjizat al-Quran membuat seorang ilmuwan Amerika (Prof. William Brown) masuk Islam Ketika lafad Allah terdengar, getaran di atas suara berubah menjadi gelombang elektrik optik yang dapat ditangkap oleh monitor. Mukjizat ini membuat seorang ilmuwan terkenal Amerika memilih masuk Islam.
 
Dilaporkan bahwa sebuah pasukan ilmuwan dari Amerika menemukan bahwa sebagian dari tumbuh-tumbuhan khatulistiwa mengeluarkan frekuensi di atas suara. Dan  itu hanya dapat ditangkap oleh alatan  canggih.

Para ilmuwan ini selama tiga tahun melakukan penelitian dan melihat fenomena seperti ini membuat mereka sangat pelik. Mereka menemukan bahwa getaran di atas suara ini dapat diubah menjadi gelombang elektrik optik dan lebih dari seratus kali persaat berulang-ulang.
 
Pasukan ini kemudian membuktikan penemuan mereka di hadapan sebuah tim peneliti Inggris. Kebetulan dalam pasukan tersebut  ada seorang yang beragama Islam. Ia keturunan India.

Setelah melakukan ujikaji selama lima hari, ilmuwan Inggris juga menjadi kagum  dengan apa yang mereka lihat. Namun, ilmuwan muslim ini mengatakan bahwa hal ini sudah diyakini oleh kaum muslimin sejak 1400 tahun yang lalu. Mereka yang mendengar ucapan itu memintanya untuk lebih jauh menjelaskan masalah yang disebutnya. Ia kemudian membaca ayat yang berbunyi: 


“Dan tak ada suatu pun melainkan bertasbih dengan memuji- Nya, tetapi kamu sekalian tidak mengerti tasbih mereka. Sesungguhnya Dia adalah Maha Penyayang lagi Maha Pengampun” (Isra’: 44).
Read More

Mengimbas Kembali Tragedi Ambon Yang Menyayat Hati

Pada tahun 1998, orang-orang Kristian telah menyerang dan membakar sebuah perkampungan Islam bersama masjidnya sekali. Orang-orang Islam gempar lalu mengadukan hal itu kepada pemerintah. Pihak pemerintah berjanji untuk menyelesaikan masalah tersebut.

Selang dua minggu kemudian, Pasukan Merah (Kristian) menyerang dan membakar sebuah lagi perkampungan Islam bersama masjidnya. Orang-orang Islam seluruh Ambon masih bersabar dan tidak bertindak balas. Inilah akhlak mulia penganut agama Islam yang nyata jauh berbeza dengan orang bukan Islam. Mereka terus mengadu kepada pihak berkuasa. Pihak berkuasa berjanji untuk menangkap dan mengadili petualang-petualang tersebut.

Dua minggu selepas itu, sebuah lagi kampung orang Islam diserang dan dibakar. Hangus kesemuanya. Sikap melampau penganut Kristian ini adalah kerana mereka merasakan yang orang Islam langsung tidak sensitif. Memang inilah pula sikap kebanyakan umat Islam hari ini. Contohnya dalam kes murtad (keluar daripada Islam). Semua orang tahu begitu banyak orang Islam murtad tetapi langsung tidak mahu bertindak apa-apa. Sekurang-kurangnya jadikanlah ia sebagai bahan perbualan bersama kawan-kawan. Selain itu, sokonglah pihak-pihak yang mahu berusaha membenteras gejala ini.

Walaupun sudah tiga buah kampung dijadikan padang jarak padang tekukur, namun alim ulama Islam di Ambon masih bersabar dan belum mahu mengeluarkan arahan untuk bertindak balas. Kristian semakin bermaharajalela. Mereka merancang sesuatu yang jauh lebih besar, iaitu untuk menghapuskan seluruh jiwa dan harta-benda umat Islam Ambon.

Menjelang Hari Raya Aidil Fitri pada malam 27 Ramadhan tahun 1999 lalu (inilah Tragedi Idul Fitri Berdarah), orang-orang Kristian dari luar terutamanya Maluku berbondong-bondong datang ke Ambon. Kononnya pada malam tersebut Nabi Isa (Jesus Christ) akan turun di Ambon.

Ini berbeza dengan umat Islam yang banyak keluar dari Ambon untuk pulang berhari raya bersama sanak-saudara. Ketika ini nisbah orang Islam berbanding Kristian ialah 3 Muslim: 10 Kristian. Ketika umat Islam lain beriktikaf di masjid (qiamullail), pengganas Kristian membuat rancangan untuk menghabisi seluruh umat Islam ketika mereka bersolat Hari Raya.

Ini kerana umat Islam akan bersolat di tengah padang, maka mudahlah disembelih beramai-ramai.Dengan kuasa Allah SWT Yang Maha Mengatur Rencana, entah bagaimana pengganas Kristian gagal menyerang pada masa yang ditetapkan. Inilah pertolongan Allah. Jika tidak, umat Islam seluruh Ambon telah lama pupus.

Namun begitu, serangan pengganas melanda pada pukul 3 petang, di kala umat Islam sedang berehat sesudah menunaikan solat fardhu Zohor. Serangan dilakukan di seluruh Ambon. Serangan pengganas begitu teratur dan rapi. Mereka dibahagikan kepada empat pasukan. Pasukan pertama adalah barisan pemanah. Anak-anak panah mereka tidak kosong, sebaliknya berisi racun dan ada yang berapi. Dengan itu, kebakaran cepat merebak.

Barisan kedua ialah pengganas bertombak dan berlembing. Barisan ketiga pula merupakan pengganas-pengganas Kristian yang berpedang dan berparang. Sementara barisan keempat ialah pengganas yang menyapu licin (mencuri) semua barang berharga milik orang Islam lalu membakar apa saja yang tertinggal. Umat Islam cuba membalas dengan bersenjatakan pisau dapur, batu-batu dan buluh runcing, namun dengan begitu mudah pertahanan mereka dirobohkan oleh pengganas. Bayangkan, ketika itu (mengikut nisbah), 30 pejuang Islam terpaksa berhadapan dengan 100 pengganas Kristian. Maka tewaslah orang-orang Islam dengan mudahnya.

sebulan sebelum serangan dilakukan, petugas beragama Kristian telah mengenalpasti identiti agama ibu-ibu yang bakal melahirkan bayi. Pada masa serangan dilakukan, ibu-ibu Islam ditempatkan dalam sebuah bilik.
Perut-perut mereka dibelah dengan pedang dan anak dalam kandungan dikeluarkan lalu dipotong-potong.Setelah perut ibu-ibu Muslim itu dibelah, bayinya dikeluarkan dan dipotong-potong, pengganas Kristian memasukkan kucing-kucing yang masih hidup ke dalam perut mereka lalu menjahitnya kembali. Apalagi, menggeleparlah kucing itu di dalam perut membuatkan ibu-ibu Muslim tadi mati dalam keadaan yang amat menyiksakan.

Hanya Allah saja yang tahu mengapa segala musibah ini diturunkan kepada masyarakat Islam Ambon.
“Orang-orang Yahudi dan Nasrani tidak akan senang kepada kamu hingga kamu mengikuti agama mereka. Katakanlah: “Sesungguhnya petunjuk Allah itulah petunjuk (yang benar)”. Dan sesungguhnya jika kamu mengikuti kemauan mereka setelah pengetahuan datang kepadamu, maka Allah tidak lagi menjadi pelindung dan penolong bagimu.

” (QS. Al-Baqorah: 120).~~ajal menjemput tak siapa menduga.ujian bertandang tak siapa meminta.iman dan taqwa pahatkan didada agar beroleh kasih yang Isa.

Al-Fatihah untuk Umat Islam Ambon yang Syahid..Ameen


Read More

Labels

10 Model Kereta Yang Mengalami Penurunan (2) 9 Tahanan (1) Ac Mizal (1) AES (1) Agama (1) Ajaran Sesat (2) akhir zaman (1) Amanat Haji Hadi (4) Anuar Musa (2) Anwar Ibrahim (4) Awie Kelab Malam (1) Bashar Al Assad (4) Bawani (1) Bawani UUM (1) Berita Panas (54) Biodata Haji Abdur Rahman Limbong bin Haji Abdul Hamid (1) Bogel (3) Bola Sepak (1) bunuh diri (1) C Sugumaran dibelasah sehingga mati. (1) Ceramah (1) curang (2) Dajal laknatullah (1) Dibunuh Kejam (7) Diet Yang Berkesan (1) Digantung Kerja. (1) Drama Sehangat Asmara (1) Fahaman Syiah Yang Songsang (5) Gila (2) gym (1) Harga Kereta Turun (1) Hasan Nasrullah (1) Hina Islam (1) i (1) info kaki sembang (441) Info KakiSembang (82) Info Rileklaa (12) Info TintaMerah (22) Isteri Mat Yo Mengamuk (2) Janda (1) KakiSembang join Contest (1) KakiSembang join segmen (2) KakiSembang menulis (8) Kejadian Ribut Di Pulau Pinang (1) Kemalangan (1) Kematian (3) Kematian Kanang Anak Langkau (1) Kesesatan Syiah (20) khalwat (2) kiamat (1) KL112 (4) Kompaun DBKL (1) kosmo (1) Krisis di Syria (13) Kristian Di Malaysia (1) ku (1) LAHAD DATU (6) listen listen listen (1) Live Streaming (1) Maharaja Lawak Mega 2012 Final Minggu10 Part3 Boboi (1) Makanan pelik (1) maksiat (1) Maulidur Rasul (1) Menutup aurat (2) MLM 2012 (1) Mujahidin Syiria (10) Mujahidin Syria (10) Nabi Muhammad ( SAW ) (2) Nabi Muhammad s.a.w (2) Nasharudin Mat Isa (2) Nasihat (1) ng (1) ngeri (5) Patrick Teoh Biadap (1) pelacuran (1) Pelik (25) Pencuri (2) pengajaran (2) Pengemis (1) Penjenayah (4) perlawanan Johor Darul Takzim vs Kelantan (1) Pilihanraya (1) Politik (9) PRU 13 (3) Puan Sharifah Zohra Jabeen Syed Shah Miskin (2) Rasuah (1) Rasulullah S.A.W (1) Rogol (16) Rosmah Mansor (3) Rusuhan Di turki (1) Saidina Umar Ibni Khattab (1) Sekadar Renungan bersama TintaMerah (88) Semakan Daftar Pemilih SPR (1) sex (10) sosej usus babi (1) SPRM (1) Sultan Sulu (2) Syiah (21) tazkirah (16) Tian Chua (1) Tragedi (1) Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat (1) Ulama (1) Ustaz Azhar Idrus (9) Wanita Kencing Dan Mandi Dalam Keretapi (1)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Makhluk Allah Bertandang

Search This Blog

Loading...

Sembang Minggu ini ( Tersohor )

Blog Archive

Google+ Followers

Kepada sesiapa yang ingin berurusan ataupun ingin menyumbang 'entri' untuk di'post'kan ke kakiSembang.com, sila email je Ambe di: admin@kakisembang.com

Followers

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Powered by Blogger.